Select Page

Alhamdulillah! Cuckoo belanja saya pergi bercuti pada bulan Ogos yang lepas sebab saya capai target jualan di Cuckoo sebagai pengurus jualan.

Pagi tarikh 28 Ogos 2019 saya bergerak dari rumah, dihantar oleh isteri tercinta untuk ke KLIA bagi mengikuti penerbangan Emirates Airlines yang berlepas pada sekitar jam 10.00 pagi.

Trip kali ini ditaja sepenuhnya oleh Cuckoo!

Setibanya ke KLIA saya terus pergi ke kaunter untuk tiket untuk dapatkan tiket penerbangan dan urusan bagasi.

Dalam group WhatsApp kami sebelum ini, salah seorang yang turut hadir dalam rombongan kami berkongsi jika ingin pergi ke luar negara, kita tidak perlu membeli kad sim (sim card) baru kerana kita boleh menyewa portable WiFi di sana.

Bercuti ke dubai 3 - glocalme

Ini bermakna sepanjang berada di Dubai, kami hanya perlu gunakan portable WiFi untuk gunakan Internet.

Harganya juga agak berpatutan. Sekitar RM20 untuk sehari, kami berkongsi 3 orang sepanjang 5 hari berada di Dubai.

Pesawat yang kami naiki pula adalah Emirates Airlines. Ini adalah kali pertama saya menaiki pesawat ini.

Bagi saya, ini adalah satu pengalaman yang cukup bagus. Namun kali ini pesawat yang kami naiki sangat penuh kerana pada waktu tersebut adalah cuti musim panas.

Sepanjang penerbangan, makanan diberikan sebanyak 2 kali.

Yang pertama adalah makanan berat dan yang kedua pula adalah makan ringan, iaitu roti.

Sepanjang hidup, pesawat yang pernah saya naiki adalah Malaysia Airlines, AirAsia dan Lion Air (semasa pergi Haji). Manakala Emirates ini adalah pesawat keempat yang saya naiki.

Bagi saya, pesawat Emirates Airlines ini adalah antara yang terbaik dan selesa untuk dinaiki. Namun untuk tempat duduk pula ia adalah sedikit sempit bagi saya mungkin kerana kaki saya panjang. Huu.

Bercuti ke dubai - emirates airlines 2

Ruang 3 baris. Susunan 3-4-3. Tak terlalu luas, dan tak terlalu sempit. Biasa untuk kelas ekonomi.

Bercuti ke dubai - emirates airlines 2

Makanan disediakan 2 kali dalam pesawat. Makanan berat hanya 1 kali sahaja.

Namun keseluruhannya, ia adalah satu pengalaman yang cukup baik.

Pesawat ini juga menyediakan skrin hiburan bagi menonton rancangan, filem dan sebagainya.

Berbeza dengan pesawat lain yang pernah saya naiki, skrin ini juga boleh memaparkan pandangan dari hadapan pesawat dan dari bawah pesawat untuk melihat apa yang ada di hadapan dan di bawah pesawat.

Apa yang mengujakan adalah pandangan ketika pesawat hendak berlepas dan ketika ia mendarat. Maka anda boleh lihat bangunan-bangunan yang berada di hadapan dan bawah pesawat.

Kami tiba di lapangan terbang Dubai pada jam sekitar 12.00 tengah hari waktu UAE, iaitu sekitar jam 4 petang waktu Malaysia. Pada masa itu, saya dan bos saya terus pergi ke surau untuk menunaikan solat waktu Zohor jamaโ€™ dengan solat Asar. Selepas solat terus pergi keluar untuk selesaikan urusan bagasi.

Untuk pengetahuan anda, kod lokasi Dubai yang biasanya tertulis di paparan skrin di lapangan terbang adalah DXB.

Lapangan terbang Dubai ini merupakan antara lapangan terbang yang paling sibuk di dunia yang menguruskan penumpang antarabangsa.

Di Wikipedia ada nyatakan bahawa jumlah penumpang yang dikendalikan di Dubai sepanjang tahun 2017 adalah 88 juta penumpang dan telah merekodkan sekitar 409,493 pesawat yang datang dan pergi dari lapangan terbang ini.

Di bawah ini saya kongsikan sedikit gambar ketika kami tiba di lapangan terbang Dubai.

Setibanya di bandar Dubai, rasa agak teruja juga melihat bangunan-bangunan yang besar, tinggi dan moden berada di bandar Dubai ini.

Sumber gambar: arabiannightsafari.com/

Memang tidak sangka, sebuah negara Arab begini juga boleh mencapai tahap kemajuan yang sangat pesat.

Lihat sahaja bangunan-bangunan yang ada di sini yang terbina dengan sangat kemas, mewah, megah dan rapi.

Sepanjang berada di bandar Dubai ini juga saya perasan sampah-sampah tidak dibuang merata-rata oleh para penduduknya. Ia merupakan sebuah negara yang bersih.

Di samping menjadi negara yang kaya, Dubai sangat menjaga standard kebersihannya. Dan itu sekaligus menjadikannya sebuah lokasi tumpuan pelancong.

 

KENZA RESTAURANT

Perjalanan pertama kami setibanya ke Dubai adalah pergi ke Kenza Restaurant berhampiran dengan hotel kami.

Di sini, makan minum kami semuanya disediakan secara bufet. Memang seronok sebab boleh ambil makanan apa sahaja yang kita nak. Hehe.

Makanan pun tak jauh beza macam hotel-hotel yang ada di Malaysia, jujur cakap. Cuma mungkin ada beberapa lauk dan manisan sahaja yang tiada di Malaysia.

Lepas makan, kami dibawa keluar daripada restoran ini ke tempat untuk bergambar. Di sini semasa bergambar berlatarbelakangkan menara Burj Khalifa, iaitu menara tertinggi di dunia!

Bercuti ke dubai

Bercuti ke dubai

Lepas makan di restoran tersebut, kami dibawa ke hotel untuk check-in, simpan barang. Memang kejap sahaja.

Kemudian terus turun ke lobi untuk bersedia pergi ke lokasi seterusnya iaitu Dubai Frame.

 

DUBAI FRAME

Lokasi ini adalah antara lokasi menarik yang kami singgah sepanjang berada di Dubai.

Dubai Frame ini apa benda?

Ia merupakan sebuah frame gambar TERBESAR di seluruh dunia yang terletak di Dubai.

Ye lah kan. Sebab Dubai memang menjenamakan tempatnya sebagai sebuah bandar yang mempunyai segala apa yang paling besar dan paling tinggi di dunia.

Lihat sahaja menara tertinggi dunia terletak di Dubai, hotel tertinggi di dunia ada di Dubai, tasik koreografi terbesar di dunia ada di Dubai dan macam-macam lagi.

Ini adalah antara cara Dubai menjadikan bandarnya bandar tumpuan pelancong seluruh dunia.

Untunglah datang tahun ni. Sebab bangunan ini siap pada tahun 2018. Masih fresh lagi tu.

Bangunan ni adalah setinggi 150 meter, ada 48 tingkat semuanya.

Okay, kalau korang pergi melancong ke sini korang boleh tengok sejarah Dubai, sebelum dan selepas.

Semasa masuk ke dalam bangunan ini, kita akan lalu kawasan yang akan tunjukkan sejarah Dubai.

Kemudian di atas kita akan lihat Dubai sekarang.

Antara benda paling ketara yang korang akan nampak masa di atas nanti antaranya, kita akan lihat di kanan kita adalah Dubai Baru (New Dubai) dan sebelah kiri kita adalah Dubai Lama (Old Dubai).

Belakang saya adalah kawasan New Dubai

 

Ini kawasan Old Dubai

Haa, masa tu baru tahu rupanya ada Dubai Baru dan Dubai Lama.

Dubai Lama ini adalah kawasan asal penduduk Dubai tradisional. Asalnya mereka tinggal di sana kawasan persisiran pantai.

Namun apabila Dubai berkembang semakin moden, mereka perlu membuka bandar baru bagi tujuan tersebut.

Kita dapat tengok kat sana kawasan Dubai Lama bangunannya nampak lebih klasik.

Dubai Baru pula bangunannya serba moden dan penuh dengan pencakar langit.

Senang kata, Dubai Frame ni lokasinya berada betul-betul di sempadan Dubai Baru dan Dubai Lama. Menarik kan?

Selain itu, tengok cermin atas lantai ini. Ini antara attraction yang menarik juga di Dubai Frame ini.

Masa nak berdiri atas cermin ni punyalah gayat. Haha.

Sebab kita ada 150 meter dari darat. Ada di tingkat 48. Tengok bawah semua dah macam semut kecil-kecil jer.

Takut juga kalau cermin tu pecah, huhu. Tapi tak pecah pun sebab cermin yang diletakkan tu memang cermin yang sangat berkualiti tahan pecah.

Cuma kata pemandu pelancong di situ, jangan lompat je atas cermin ni. Sebab takut pecah.

Lepas selesai dan puas bergambar di atas, kami ambil lif dan turun ke bawah.

Sebelum turun ke bawah tu, sempat bergambar dekat gambar Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum iaitu Perdana Menteri UAE atau penguasa Dubai.

Dekat bawah pula ada pertunjukan perancangan masa depan Dubai, dan juga kedai cenderamata. Done!

Seusai keluar, apa lagi. Sesi bergambar lagi!

 

HARD ROCK CAFE DUBAI

Bercuti ke dubai - hard rock cafe 9

Sejujurnya, inilah pertama kali dalam hidup aku jejakkan kaki ke dalam Hard Rock Cafe. Sebelum ni tak pernah aku tahu Hard Rock Cafe tu ada apa. Haha.

Bila cek kat Wikipedia, Hard Rock Cafe ni bermula pada tahun 1971 di London dan dibuka oleh warga Amerika iaitu Isaac Tigrett and Peter Morton.

Selain sebagai sebuah restoran, ia juga mengumpulkan barang-barang memorabilia Rock & Roll di restoran tersebut seperti gitar, pakaian/kostum, tandatangan artis Rock & Roll dan sebagainya.

Pencuci mulut sebelum makanan utama sampai

Dinner malam ni makan Fish & Chip

Malam ni aku pilih untuk makan Fish & Chip. Sedap jugak Fish & Chip kat sini.

Sambil makan tu, kami dijamukan sekali dengan lagu-lagu Rock & Roll di hotel tersebut.

Disebabkan masuk ke dalam restoran ni lambat, tempat duduk aku betul-betul di sebelah stage. Toleh kepala je untuk tengok artis atas pentas.

Lepas makan, sempat shopping baju dekat Hard Rock Cafe punya kedai cenderamata.

Inilah kali pertama beli baju Hard Rock Cafe sepanjang hidup.

Bercuti ke dubai - hard rock cafe 6

Baru aku tahu biasanya orang beli barang, pakaian Hard Rock Cafe ni sebagai collection. Dekat mana negara mereka pergi, di situ mereka beli collection Hard Rock Cafe. Ada yang beli baju, ada yang beli cawan, topi, fridge magnet dan sebagainya.

Bercuti ke dubai - hard rock cafe 8

Boleh lah buat kenangan negara mana kita pernah singgah. Huu. Tapi hobi macam ni mahal lah sikit. Tapi bagi sebahagian orang, ia berbaloi sebab itulah satu-satunya memori mereka jejakkan kaki ke negara tersebut.. Sebab satu helai baju pun dah dekat RM100.

Bercuti ke dubai - hard rock cafe 7

Okay guys, siri ke-2 akan bersambung nanti ya!

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: