Alhamdulillah done daftar persekolahan anak untuk 2021. Baru dapat tahu sekolah dah mula bukak sejak 4hb. Semoga semuanya berjalan lancar. Nak daftar tadika untuk 2 orang anak adalah satu perjuangan luarbiasa.

Besar kos nak kena keluarkan. Nak menangis jugak bayar tadi. Huhu. Sebab hujung tahun, awal tahun memang biasanya orang akan banyak berbelanja untuk pelbagai sebab. Semoga Allah balas dengan lebih baik.

Begitulah hakikatnya tugas kita sebagai ibubapa. Bukan takat cari duit untuk makan minum, bahkan yang penting adalah untuk ilmu, agama dan pembentukan sahsiah anak-anak.

Bila kita cari duit lebih, tak semestinya kita perlu ada mindset nak jadi materialistik.

Bila kita ada duit lebih, kita boleh PILIH sekolah yang lebih baik untuk anak-anak. Supaya mereka boleh berada dalam environment yang paling baik, paling selamat. Selebihnya kita berserah kepada Allah.

Alhamdulillah, sekarang ada banyak platform untuk memulakan perniagaan tanpa sebarang modal. Kita boleh buat pendapatan tambahan, tak kisah sama ada kecil atau besar.

Yang penting kita usaha untuk bantu diri dan keluarga kita. Siapa lagi yang nak tolong diri kita, anak-anak kita kalau bukan kita sendiri yang berusaha?

Berat hati nak sekolahkan anak-anak esok. Huu. Sebab sejak kecik memang dok rumah jer. Last year ada juga hantar mereka sekolah, tapi sebab PKP maka sekolah 3 bulan jer lepas tu berhenti.

Memang kita suka keberadaan anak-anak depan mata setiap masa, especially bagi kami yang memang dah WFH sejak hampir 4 tahun lalu.

Tapi pada masa sama kami kena terima hakikat bahawa kita TAK BOLEH nak gabungkan fokus kerja + fokus jaga anak depan mata. Ia kurang berkesan bagi kes saya dan wife yang memang kerja dari rumah. Bila fokus, pasti stres level meningkat. Dan bila tengah fokus dan anak tengah meragam, gaduh dsb, itulah kemuncak kesabaran yang perlu ditahan. Hahaha.

Untuk persekolahan 2021 ini. They need this. Dan kami juga sangat perlukan mereka untuk bersekolah.

Bila mereka sekolah, kami kena pulun buat kerja. Bila balik, itu masa kita dengan mereka.

Mereka makin membesar, perlukan masa untuk belajar. Perlukan masa untuk berkawan dan bersosial. Perlukan masa untuk belajar hidup lebih berdikari tanpa kita di sisi. Kita juga perlukan masa untuk untuk diri kita fokus buat kerja, berehat dan sebagainya.

Bak kata sahabat saya tadi, tutup mata bayar je. Semoga 2021 jadi tahun yang lebih baik, bahagia, ceria untuk kami dan anak-anak.

Kita sedar, ada je possibility sekolah tutup lagi. Tapi apa pun tawakkal pada Allah. Moga Dia bagi jalan keluar terbaik.

Doakan kami ❤️

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: