Select Page

Siapa yang tiada keinginan untuk pergi menunaikan ibadah Haji?

Namun kini ramai yang mengadu tak dapat-dapat tawaran untuk pergi Haji. Ia boleh jadi kerana pelbagai sebab. Namun di sini bukanlah tujuan kita untuk membincangkan sebab apa tak dapat tawaran.

Kita di sini akan bincangkan bagaimana caranya untuk dapat pergi Haji pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, insyaAllah.

Namun, sebelum anda menghantar surat permohonan untuk pergi Haji, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu dan lakukan sebelum merayu.

 

1. Sudah Daftar Haji

Pastikan anda sudah daftar dengan Tabung Haji untuk pergi Haji. Ini kerana jika anda masih belum daftar, surat anda tidak akan dilayan kerana anda tidak mengikut proses yang betul.

Bagaimana nak daftar Haji dengan Tabung Haji? Pergi sahaja ke pejabat Tabung Haji berhampiran, buka akaun Tabung Haji dan minta pegawai untuk daftarkan anda untuk pergi Haji.

Ingat, ada buku Tabung Haji tak bermakna anda dah daftar Haji. Tidak. Anda akan dapat kuota pergi Haji lepas anda sudah daftar sahaja.  Nak daftar Haji perlu ada baki wang dalam akaun Tabung Haji sekurang-kurangnya RM1300 (atau RM1350) dan wang ini tidak boleh diusik.

 

2. Baki Simpanan Akaun Tabung Haji Dipenuhkan Segera

Jika anda sudah daftar Haji, pastikan anda usaha untuk penuhkan wang dalam akaun Tabung Haji dengan segera. Pastikan gaji bulanan anda disimpan sebahagiannya khas untuk pergi Haji. Tabung Haji memerlukan sekitar RM9980 untuk anda pergi Haji. Kos ini akan berubah dari semasa ke semasa.

 

3. Sedia Untuk Pergi Haji Pada Tahun Tersebut

Jika anda nak hantar surat rayuan Haji, pastikan anda sudah bersedia nak pergi pada tahun tersebut. Jangan risau kalau baki akaun belum mencukupi, hantar sahaja surat untuk pergi Haji, cepat-cepat penuhkan RM9980 dan bertawakkal kepada Allah. Banyakkan berdoa.

 

4. Senaraikan Alasan Nak Pergi Haji Lebih Awal

Apa alasan anda nak pergi Haji lebih awal? Senaraikan untuk dimasukkan dalam surat itu nanti. Ada banyak alasan yang boleh difikirkan dan berikan hanya yang relevan sahaja.

Contohnya: Takut tahun depan mengandung, anak nak sekolah tahun depan, tak ada mahram pada tahun berikutnya, usia dah makin tua dan pelbagai lagi. Anda lebih tahu keperluan anda.

 

5. Tawakkal Kepada Allah

Jangan lupa yang semua proses yang kita lakukan ini hanyalah usaha kita, namun Allah yang menentukan. Ini kerana pergi Haji ini adalah jemputan Allah. Itu sebabnya anda dipanggil sebagai DhuyufurRahman jika pergi menunaikan ibadah Haji yang bermaksud Tetamu Allah.

Jika anda tidak dijemput pada tahun tersebut, cuba lagi tahun hadapan. Cuba hingga dapat. Moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk pergi Haji, amin!

 

Contoh Surat Rayuan Dikongsikan Di Bawah


Daripada:

Wan Ahmad Fadhil bin XXXXX XXXXX,
+6 013 991 6967,
(Alamat Rumah).

Kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Tuan/Puan, 19.10.2018

PER: RAYUAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI 1440H

1. (ISI KANDUNGAN) Saya merupakan pendaftar haji yang berdaftar pada tarikh 10 Ogos 2003. Saya ingin merayu untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun 1440H. Dilampirkan butir peribadi saya seperti berikut:

Nama penuh: WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXXX
No kad pengenalan: XXXXXXXXXX
No akaun TH: XXXXXXXXX
No daftar: XXXXXXXXXX
No telefon: +6 013 xxxxxxxx

2. (ALASAN PERMOHONAN) Untuk pengetahuan Tuan, saya ingin menunaikan ibadah Haji pada tahun 1440H (2019) kerana saya sudah bersedia untuk menunaikan Haji. Tahun 2020 kelak, anak saya akan mula bersekolah dan itu membuatkan pada tahun tersebut dan tahun-tahun berikutnya lebih mencabar untuk saya pergi menunaikan ibadah Haji kerana terpaksa menguruskan persekolahan anak.

Timbang rasa pihak Tuan/Puan sangat dihargai. Saya akhiri dengan ucapan jazakumullahu khairan jazaa’.

Yang benar,

………………………….

WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXX


Surat rayuan Tabung Haji itu saya emel ke emel berikut: th-info@lth.gov.my

Surat fizikal pula boleh dihantar ke alamat berikut:

Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

 

Download Contoh Surat Rayuan Haji Di Bawah

Sila isi maklumat di bawah:

 

Ikuti pengalaman saya pergi Haji pada usia muda tahun 2017 di sini.

Saya merupakan seorang konsultan jualan penapis air dan udara jenama Cuckoo. Selain daripada itu, saya gemar menulis dan berkongsi pengalaman hidup saya dengan anda semua. Saya juga suka berkongsi mengenai bisnes dan buku yang pernah saya baca. Tahun 2017, saya pergi menunaikan ibadah Haji. Saya turut kongsikan sebahagian tips berdasarkan pengalaman saya untuk Haji di usia muda.

error: Content is protected !!