Select Page
*Kredit gambar kepada www.lamankongsi.com
Citer pasal SPM ni memang sedih sikit. Dulu masa SPM, ambe dapat 1A jer iaitu subjek matematik. Yang lain memang semua ke laut. Fail ada dalam 1 atau 2 subjek.
 
Masa tu, memang rasa tak ada harapan nak sambung belajar IPTA. Tengok kawan-kawan, anak-anak kawan mok, sepupu-sepupu semua hebat-hebat belaka. Kita ni pula, memang daripada zaman sekolah pemalas. Main game je kerja.
 
Rasa macam bodoh gila. Apply UPU tu pun semata-mata nak cuba nasib je. Tahu ambe memang tak layak nak masuk IPTA pun.
 
Tapi zaman SPM tu memang dah giat guna internet. 10 tahun lepas, ambe mencari-cari juga peluang untuk buat bisnes sendiri. Kononnya nak import barang daripada China guna website macam AliBaba. Kita amek lah order beli barangan elektronik. Masa tu, PS3, iPhone dengan iPod yang ada screen tu baru keluar.
 
Teruja sangat bila harga yang ‘supplier’ bagi tu sangat murah. Ambe bank in RM5000 ke China, pinjam dengan orang tua. Bila tunggu lepas seminggu, takde feedback. Lepas 2 minggu, takde feedback. Lepas sebulan pun takde feedback. Ah sudah, aku sudah kena kencing!
 
Baru rasa nak berjaya lepas dapat result SPM yang hampeh. Kena kencing pulak lepas tu. Memang rasa macam looser habis. Takde harapan nak sambung belajar.
 
Mak ayah dah risau takut ambe dah taknak sambung belajar lagi. Lagi-lagi zaman sekarang ni, kerja bukan senang nak dapat lebih-lebih lagi kalau takde ‘education’.
 
Bila ambe dengar ada kawan nak sambung belajar kat Kolej Shahputra di Kuantan, mulalah harapan bersinar kembali. Walaupun masa tu dalam otak fikir, “Ah kolej je..”. Dan benda yang agak meyakinkan ambe untuk sambung ke Shahputra masa tu adalah sebab program Diploma in Business Management yang ambe ambil tu ada akreditasi daripada UPM.
 
Lepas 3 tahun, ambe tamatkan belajar di Kolej Shahputra dan bergraduasi di UPM Serdang. Bangga beb. Sebab masa tu rasa kita orang paling bodoh sekali, tapi dapat juga merasa graduasi di universiti tempatan. Huhu.
 
Sebenarnya, masa tahun 2 lagi kat Shahputra, ambe dah pasang niat. Niat nak berubah. Ambe kata pada diri sendiri, lepas ambe habis Shahputra ni ambe nak sambung belajar ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
 
Masa tu, bercerita juga kat mok ayoh kate nak masuk ke UIA lepas belajar. Semangat memang kuat masa tu. Asyik masuk website UIA jer sebab. Mok ayoh memang terharu, suka sangat la sebab kita masih nak sambung belajar. Lebih-lebih lagi di UIA, antara universiti berprestij di Malaysia.
 
Baru masuk sem ke-6, ambe dah minta lecturer untuk tolong buatkan surat sokongan daripada Shahputra untuk mohon masuk ke UIA.
 
Bila dah habis belajar, cuba apply lagi kat UPU untuk masuk ke UIA. Kali ni dah rasa makin yakin sebab ambe dah ada Diploma. Siap pergi ke UIA lagi, mok ayoh hantar dari Kuantan semata-mata nak submit dokumen hard copy pada bahagian admin UIA Gombak.
 
Result dia memang best. GAGAL LAGI. Cuba appeal, pergi direct ke UIA masa intake baru mula pun GAGAL juga. Dia kata, kena ikut sistem.
 
Masa tu memang sedih betul, sebab dah bertahun mimpi nak masuk UIA tapi tak dapat-dapat.
 
Doa, dan terus usaha. Ambe cuba lagi apply secara direct tanpa melalui UPU. Kali ni, minta lecturer kolej Shahputra, Puan Saripah buatkan lagi surat sokongan. Pada masa sama, cuba pakai cable lain. Minta tolong exco Pahang untuk buatkan satu surat sokongan khas untuk masuk UIA.
 
Ambe pergi ke UIA lepas tu untuk submit lagi dokumen secara direct. Masa tu, admin kata “Ada surat ni pun belum tentu awak dapat masuk dik”. Masa tu ambe rasa, “Takpe aku tawakkal je pada Allah”. Bismillah, submit surat tu.
 
Berbulan-bulan tunggu, dapat surat daripada UIA. UIA bagi surat tawaran untuk sambung pengajian di UIA. Menitis juga air mata masa tu, gembira beb. Huhu.
 
Bila dah graduasi di UIA, rasa nak merasa sambung ijazah sarjana di oversea pulok.
 
Ambe tahu, ramai kawan-kawan kat UIA yang ikutkan ‘senang’ nak dapat masuk UIA. Tapi kat luar sana, ada juga orang yang susah payah nak dapat masuk IPTA sebab bukan senang.
 
Mungkin awok atau anak-anak tuan/puan ada yang SPM agak kurang bagus tahun ni. Tapi jangan sesekali anggap diri awok macam sampah. Jangan sesekali anggap anak tuan/puan memang takde harapan. Sentiasa bagi harapan, jangan rendahkan emosi dia.
 
InsyaAllah harapan sentiasa ada bagi yang cuba untuk terus berusaha. Sebab gagal masa SPM ni bukan penentu awok akan gagal dalam hidup. Cuba dan terus cuba lagi. Tak semestinya kena ambil degree. Cari benda yang awok rasa awok boleh buat dengan terbaik dan terus menuntut ilmu dan tingkatkan skil.
 
Awok hanya akan gagal dalam hidup bila awok hilang harapan pada diri sendiri dan tujuan dalam hidup. Jangan lemah dan cepat sangat mengalah. Teruskan berlari!

Saya merupakan seorang konsultan jualan penapis air dan udara jenama Cuckoo. Selain daripada itu, saya gemar menulis dan berkongsi pengalaman hidup saya dengan anda semua. Saya juga suka berkongsi mengenai bisnes dan buku yang pernah saya baca. Tahun 2017, saya pergi menunaikan ibadah Haji. Saya turut kongsikan sebahagian tips berdasarkan pengalaman saya untuk Haji di usia muda.

error: Content is protected !!