Select Page
Jalan Ke Masjid Syeikh Zayed bin Sultan Hayyan al-Maktoum, Abu Dhabi

Jalan Ke Masjid Syeikh Zayed bin Sultan Hayyan al-Maktoum, Abu Dhabi

Inilah bentuk dalam masjid Syeikh Zayed bin Sultan Hayyan al-Maktoum di Abu Dhabi, UAE.

Ia merupakan masjid ke-3 terbesar di dunia sekaligus menjadikannya masjid terbesar di negara tersebut. 

Kawasan solat utama bahagian ini hanya dibuka untuk solat Jumaat sahaja, dan solat waktu lain maka ada ruang solat lain yang disediakan.

Masjid ini menjadi tumpuan utama pelancong di Abu Dhabi kerana rekabentuknya yang sangat indah dari luar ke dalam.

Dari luar sahaja, anda dapat lihat masjid ini yang bersaiz sangat besar dan serba putih kelihatan seperti dibina menggunakan batu marmar putih dan bahan binaannya terbuat dari bahan yang sangat berkualiti dan tahan untuk tempoh masa yang sangat panjang.

Syeikh Zayed bin Sultan Hayyan al-Maktoum di Abu Dhabi

Karpet dalam masjid ini merupakan karpet yang terbesar di dunia yang dibuat dari negara Iran dengan keluasan 5627 meter persegi dengan berat 35 tan keseluruhannya.

Lampu Chandelier di masjid ada 7 buah semuanya, dan lampu Chandelier yang terbesar di masjid ini adalah yang ke-3 terbesar di dunia, dan ke-2 terbesar yang wujud di dalam Masjid diimport dari Munich, Jerman dan terbuat menggunakan kristal Swarovski. 

Bagi solat raya, masjid ini dapat menghimpunkan lebih dari 40,000 jemaah umat Islam untuk menunaikan solat tersebut.

Semasa tiba sahaja ke masjid ini, kami tidak terus pergi masuk ke masjid. Bahkan sebelum itu kami perlu pergi daftar dahulu untuk melawat ke masjid ini. 

Ini adalah gambar sebelum masuk ke masjid. jika perasan di belakang saya terdapat berbelas atau puluhan bas. Bas kami parkir di sana.

Kami perlu turun ke bawah tanah, ada kawasan yang disediakan untuk pendaftaran. Daan sepanjang perjalanan, di bawah itu juga terdapat pelbagai kedai-kedai cenderamata, restoran dan sebagainya yang disediakan untuk para pelancong. 

Gambar di atas ini adalah semasa kami berada dalam proses untuk pendaftaran masuk ke masjid ini. Ia agak mengambil sedikit masa. Dan penziarah perlu berjalan kaki mengikuti terowong bawah tanah untuk ke masjid tersebut. 

Di masjid ini, pelawat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dengan gaya-gaya yang pelik, atau gaya romantis. Pelawat hanya dibenarkan mengambil gambar-gambar biasa sahaja.

Setibanya kami ke masjid ini, kami ambil berpeluang untuk bergambar sebanyak mungkin. Rekabentuk masjid ini tersangatlah indah, dengan binaan yang serba putih dan berlantaikan batu marmar menjadikannya tempat yang sangat cantik untuk bergambar. 

Ini adalah rekabentuk tiang-tiang yang terdapat pada masjid ini.

Bersama Mr. Hoe, CEO bagi Cuckoo International MAL Sdn. Bhd.

Ini pula adalah lokasi berwudhu di masjid ini. Saya dapatkan gambar ini dari https://www.pinterest.com/fietbeurskens/ kerana semasa berada di sana, telefon bimbit saya sangat panas dan tidak dapat digunakan untuk mengambil gambar. 

Tempat berwudhu di masjid ini antara tempat yang agak cantik dengan pelbagai rekabentuk yang terdapat di sekitarnya.

Sekiranya singgah ke masjid ini, ambil peluang untuk solat di kawasan yang disediakan untuk solat ini. Ini adalah ruang solat utama untuk solat 5 waktu. Kecuali seperti gambar di bawah ini, ia hanya dibuka untuk solat Jumaat sahaja.

Ini adalah ruang solat utama di masjid ini. Pelawat hanya dibenarkan untuk melihat dari pintu gerbang masjid ini sahaja.

Sempat bergambar di sudut-sudut menarik di masjid ini. 

masjid syeikh zayed bin sultan hayan mosque abu dhabi uae dubai

masjid syeikh zayed bin sultan hayan mosque abu dhabi uae dubai

Cantik kan masjid ini? MasyaAllah.

Namun bagi umat Islam yang hadir ke masjid, selain daripada bergambar maka utamakanlah untuk pergi dan tunaikan solat tahiyyatul masjid bagi memuliakan rumah Allah.

Kenapa UAE (United Arab Emirates | دولة الإمارات العربية المتحدة | Emeriah Arab Bersatu ) dinamakan UAE?

Kenapa UAE (United Arab Emirates | دولة الإمارات العربية المتحدة | Emeriah Arab Bersatu ) dinamakan UAE?

Kenapa UAE (United Arab Emirates | دولة الإمارات العربية المتحدة | Emeriah Arab Bersatu ) dinamakan UAE?

Ia dinamakan UAE kerana ia merupakan gabungan 7 buah daerah besar iaitu

1. Dubai
2. Abu Dhabi
3. Sharjah
4. Ras al-Khaimah
5. Ajman
6. Fujairah
7. Umm al-Quwain

Negara ini mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1971 dan menemui industri minyak pada tahun 1966.

Sebelum penemuan minyak pada 1966, lautan di sekitar UAE ini terkenal dengan industri “Pearl Diving”, iaitu mencari mutiara asli.

Namun selepas penemuan minyak dan ia dijadikan industri utama di sini, mutiara asli telah semakin pupus kerana kerosakan ekosistem di lautan.

Kini, Dubai dan sekitarnya menjadi satu pusat pelancongan utama di dunia.

Dan lebih mengejutkan, ia menjadi industri utama selepas industri minyak.

Inilah sebabnya penguasa UAE melaburkan berbillion Dirham untuk pembangunan di UAE dan menjadikannya bandar moden tarikan pelancong seluruh dunia.

Burj al-Arab di belakang saya ini telah siap dibina pada tahun 1999, merupakan bangunan yang terawal menjadi tarikan pelancong sebelum terbinanya pembangunan Burj Khalifa iaitu bangunan tertinggi di dunia yang siap dibina pada tahun 2009 dengan ketinggian 848 meter.

Bagaimana Kami Solat Dalam Kapal Terbang?

Bagaimana Kami Solat Dalam Kapal Terbang?

Dalam perjalanan pulang dari Dubai ke Malaysia, kami akan melalui waktu Zohor hingga Isya’ di dalam pesawat.

Ini bermakna kami tidak dapat solat di atas daratan kerana perjalanan memakan masa panjang.

Maka antara isu yang akan berlaku adalah: solat.

Bagaimana nak solat dalam kapal terbang sebab kita masih belum mendarat? 

Adakah saya ada pilihan untuk tinggalkan solat Zuhur dan Asar, kemudian qadha’ solat di Malaysia? (sudah pasti tidak)

Apa yang menarik mengenai pesawat Emirates Airbus A380 yang kami naik ini adalah ia mempunyai ruangan yang besar dan membolehkan kami untuk solat di dalamnya dengan sempurna.

Ya. Kami tidak perlu solat di atas kerusi, kami hanya perlu tanya kepada pramugari sekiranya ada ruang untuk menunaikan solat.

Setelah ditanya, pramugari tersebut terus bantu kami dan tunjukkan kepada kami ruang-ruang yang memungkinkan kami untuk solat.

Ruangan yang ditujukan kepada kami adalah di belakang sekali. (seperti dalam gambar di bawah)

Begitu juga kiblat. Pesawat ini mempunyai kompas DAN arah kiblat memudahkan penumpang untuk mengetahui ruang yang sesuai untuk menunaikan solat.

Sekiranya tiada kompas kiblat, maka usahakan untuk halakan diri kita ke arah Mekah. Kita boleh rujuk kompas yang ada di dalam pesawat.

Selain itu, para penumpang juga boleh berwudhu di dalam pesawat, namun pastikan penggunaan air yang minimal kerana air di pesawat adalah terhad.

Tidak dinafikan sebahagian pesawat mempunyai ruangan yang sangat terhad yang tidak memungkinkan penumpang untuk solat dalam bentuk sempurna (berdiri & hadap kiblat). Namun usahakan solat semampu mungkin. 

Rujuk kepada ustaz anda dan tanya bagaimana cara untuk solat di pesawat sekiranya tiada ruang untuk solat dengan sempurna. 

Jujur saya katakan, nak solat di pesawat dalam keadaan sekeliling kita ada ramai Non-Muslim mungkin akan terdetik rasa segan nak solat. 

Tapi perasaan tersebut mestilah dilawan. 

Kerana tiada apa dalam hidup kita yang lebih penting berbanding ketaatan kepada perintah Allah, dan perlu ingat pengakhiran hidup kita adalah bertemu dengan Allah. 

Letakkan dalam hati, bagaimana jika ajal kita adalah di dalam pesawat ini. Adakah kita akan ‘bahagia’ bertemu Allah dalam keadaan meninggalkan solat?

Begitulah kemudahan yang boleh digunakan walaupun dalam keadaan yang serba sempit, namun ibadah kita kepada Allah mestilah diutamakan.

__

Tumpang gambar bos saya solat di pesawat 😉

Bagaimana Dubai Jadi Tumpuan Pelancong Seluruh Dunia?

Bagaimana Dubai Jadi Tumpuan Pelancong Seluruh Dunia?

Bagaimana Dubai yang pernah menjadi hanya padang pasir gersang di persisir laut kini menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia?

Sesiapa yang singgah ke Dubai pasti akan nampak bangsa dari seluruh dunia melancong ke sana.

Tidak kira bangsa Amerika, Eropah, Afrika, Arab, Asia, teemasuklah Malaysia semuanya datang ke sini untuk melancong.

Namun apakah strategi dan tarikan yang dilakukan untuk tarik orang ramai ke negara ini?

PALING BESAR, PALING PANJANG, PALING TINGGI – Antara tarikan yang dibuat oleh mereka termasuklah dengan membina bangunan yang terbesar dan tertinggi dunia.

Lihat sahaja Burj Khalifa yang menjadi bangunan tertinggi dunia dengan ketinggian 848 meter (hampir 1km) dan 163 tingkat. Ia menjadi lokasi tumpuan ke-6 dunia pada tahun 2018.

Burj Khalifa menerima anggaran 5000 pelawat sehari dan tiket paling murah adalah pada harga 149 AED (sekitar RM171.15) seorang untuk naik ke tingkat 124 dan 125. Untuk naik ke tingkat paling tinggi iaitu tingkat 152, 153 dan 154 bayarannya adalah sebanyak 608 AED (sekitar RM700). Filem Amerika berjudul Mission Impossible juga pernah dilakonkan di Burj Khalifa.

Selain menjadi tumpuan pelancong, Burj Khalifa menempatkan pejabat korporat, hotel mewah, sekolah golongan elit dan rumah mewah.

Begitu juga pusat beli belah yang ada berhampirannya iaitu Dubai Mall, yang menjadi pusat beli belah ke-2 paling besar di dunia.

Dengan wujudnya pusat beli belah ke-2 terbesar di dunia ini, ia telah menarik ratusan atau ribuan jenama-jenama terkenal untuk letakkan kedai-kedai mereka di sana sekaligus menarik minat warga dunia untuk ke sana membeli belah.

Di tepi Burj Khalifa adalah The Dubai Fountain. Ia merupakan tasik buatan manusia yang mempunyai sistem air pancut koreografi (air pancut musikal & menari) yang terbesar di dunia dengan keluasan 12 hektar (30 ekar) keseluruhannya. Ia menjadi tumpuan utama pelancong pada waktu malam kerana setiap malam bermula 6.30 petang hingga 11.00 malam, pertunjukan air pancut akan diadakan di sana.

Selain pertunjukan, pelancong juga boleh menaiki bot yang disediakan di The Dubai Fountain untuk melihat keindahan tasik dan bangunan di sekelilingnya.

Dubai juga mempunyai hotel tertinggi di dunia iaitu Gevora Hotel dengan ketinggian 356.3 meter dan 75 tingkat yang siap pada tahun 2017. Sebelumnya pula JW Marriott Marquis Dubai pernah menjadi hotel tertinggi di dunia dan kedua-duanya adalah di Dubai.

Taman tema dalam bangunan (indoor theme park) terbesar dunia juga terletak di Dubai, iaitu IMG Worlds of Adventure dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi dan mampu menerima pelawat hingga 20,000 pada satu masa. (harga tiket seorang adalah 299 AED – sekitar RM350)

Dubai juga mempunyai pulau buatan manusia yang cukup besar, dan antara yang terbesar di dunia iaitu Palm Jumeirah. Namun akan ada beberapa buah pulau buatan manusia yang lebih besar yang akan siap dibina di Dubai antaranya Palm Jebel Ali dan The World Islands. Yas Island yang terletak di Abu Dhabi pula merupakan pulau buatan manusia ke-2 terbesar di dunia, juga terletak di UAE.

Lapangan terbang terbesar dunia pula akan terletak di Abu Dhabi, iaitu sebuah pusat bandar di UAE yang paling terkenal selepas Dubai. Kapasiti lapangan terbang tersebut dapat menampung sehingga 30 juta orang setahun.

UAE (United Arab Emirates) merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber asli, iaitu minyak dan gas asli. Sekitar 85% daripada kekayaan negara tersebut adalah hasil dari eksport minyak (2009).

Namun industri pelancongan pula menjadi industri kedua terbesar di Dubai. Di timur tengah, Dubai merupakan lokasi pelancongan nombor 1. Manakala di seluruh dunia, Dubai menjadi negara ke-5 paling popular bagi sektor pelancongan (menurut MasterCard Global Destination Cities Index).

66% sumber ekonomi UAE bagi sektor pelancongan hanya terletak di Dubai.

Negara UAE sangat berkerja keras untuk memastikan negara tersebut dapat menjadi tumpuan warga dunia supaya ia kekal terus relevan di mata dunia, sekaligus menjadikannya sebuah negara yang dapat ‘survive’ dengan bisnes dalam sektor pelancongan selepas sektor minyak dan gas asli.

Syeikh Muhammad bin Rasyid al-Maktoum, iaitu perdana menteri UAE dan pemerintah Dubai merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan mempunyai impian besar untuk menjadikan Dubai nombor 1 di mata dunia.

Sejak dahulu beliau berimpian untuk membina bangunan pencakar langit di Dubai, yang mana sekitar 50 tahun lalu Dubai hanyalah padang pasir di persisir lautan.

Kuncinya: Jadi berbeza dengan yang lain (Differentiate)

Bangunan besar dan bangunan pencakar langit ada di hampir setiap bandar besar di seluruh dunia. Namun bandar mana sahaja yang mempunyai bangunan PALING besar dan PALING tinggi?

Dengan impian yang besar, strategi yang betul dan gerak kerja yang luarbiasa, kini Dubai merupakan antara bandar yang sangat kaya, mempunyai bangunan tertinggi dunia dan antara bandar paling moden yang menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia.

Kenapa Ejen Penapis Air Selalu Pergi Bercuti Luar Negara?

Kenapa Ejen Penapis Air Selalu Pergi Bercuti Luar Negara?

Kenapa ejen-ejen penapis air pergi bercuti luar negara (dan suka tunjuk gambar bercuti)?

1. Setiap syarikat yang menawarkan sistem ejen pasti mempunyai tawaran komisyen dan insentif.

2. Komisyen adalah dalam bentuk wang ringgit. Orang yang jadi ejen dan menjual, sudah pasti hasil yang diinginkan adalah wang ringgit.

3. Insentif pula boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Ada bentuk wang, ada yang dapat hadiah, ada yang dapat percutian, ada yang dapat kenderaan dan sebagainya.

4. Apa yang membezakan setiap syarikat dengan syarikat yang lain adalah berapa komisyen yang akan diterima dan apakah insentif yang ditawarkan oleh syarikat?

5. Syarikat yang menawarkan insentif, pasti mempunyai kriteria dan syarat yang perlu dicapai oleh setiap ejen, manager, stokis dsb. Sebagai contoh: Perlu jual 60 unit penapis air dalam 6 bulan dapat pakej bercuti ke negara X secara percuma. Tawaran hanya untuk 30 ejen sahaja.

Perbelanjaan untuk pergi bercuti sudah pasti tinggi kerana ia melibatkan banyak kos yang besar termasuklah penerbangan, pengangkutan, penginapan, makanan dsb namun semuanya ditanggung oleh syarikat.

6. Tawaran ini akan memotivasikan ejen-ejen untuk berkerja lebih keras supaya dapat insentif percutian tersebut.

7. Apabila ejen-ejen berkerja keras untuk capai insentif peecutian, secara automatik jualan syarikat akan naik mendadak.

8. Apabila jualan syarikat meningkat, keuntungan yang diterima juga meningkat. Maka syarikat mampu untuk berkembang pesar dan memberi lebih banyak komisyen dan boleh ‘belanja’ ejen pergi bercuti

9. Boleh dikatakan, dalam 1000 ejen yang buat jualan mungkin sekitar 5 hingga 10 orang sahaja yang layak terima insentif tersebut. Bergantung kepada kriteria syarikat.

10. Ejen yang berjaya menerima insentif tersebut adalah antara ejen yang bagus di mata syarikat (dan capai kriteria yang diletakkan oleh mereka)

11. Ini juga bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa syarikat yang menawarkan bisnes ejen tersebut adalah syarikat yang stabil, bagus, menguntungkan serta seronok untuk berkerja.

12. Bagi pihak ejen pula, terima tawaran bercuti ini adalah satu bentuk reward yang ditunggu-tunggu. Ini dapat memotivasikan ejen-ejen lain untuk berkerja keras untuk capai insentif yang sama seperti ejen tersebut. (bukan senang-senang nak capai insentif)

13. Selain itu, ejen-ejen yang berjaya capai insentif tersebut dapat jadikan gambar dan video bercuti mereka sebagai modal untuk merekrut sahabat handai untuk bersama dalam bisnes itu.

14. Sekaligus apabila lebih ramai yang ikut bisnes tersebut, ejen tersebut berpotensi untuk dapat keuntungan yang lebih besar sekiranya ejen-ejen dibawahnya turut membuat jualan.

15. Kadang kala ini menjadi satu bentuk salah faham kerana sebahagian menganggap tujuan berkongsi kejayaan tersebut adalah semata-mata untuk menunjuk kesenangan. Persepsi ini perlu dibetulkan dan dilihat dari sudut positif.

__

Saya terima insentif percutian ke Dubai pada 29 Ogos hingga 2 September 2019 kerana capai target yang diletakkan oleh syarikat, alhamdulillah.

Syarikat letakkan target “capai dan pergi” bagi tempoh 2 bulan sahaja, siapa yang capai target tersebut paling cepat akan terima tawaran insentif tersebut.

Ada kalanya kita perlu usaha untuk lompat lebih tinggi untuk capai sesuatu yang pada awalnya kita rasa ‘mustahil’.

Review Grand Lexis Port Dickson – Kolam Renang Peribadi. Berbaloi Kah?

Review Grand Lexis Port Dickson – Kolam Renang Peribadi. Berbaloi Kah?

REVIEW HOTEL – GRAND LEXIS PD 2019

Masa pergi Umrah bulan Disember lepas, isteri saya request untuk pergi berbulan madu. Ye lah kan, sebab tahun 2019 ni dah masuk tahun ke-5 perkahwinan kami. Tapi dah berapa lama kami tak pergi dating berdua.

So, masa kat Mekah lagi saya dah dok survey kat mana nak stay untuk honeymoon. So, antara tempat yang tak terlalu jauh, selesa dan mudah untuk pergi adalah Port Dickson.

Ada banyak hotel yang saya survey pada masa tu, tapi yang menarik minat saya hanya 2 hotel iaitu Grand Lexis Port Dickson dan Avani Sepang.

Balik je dari Umrah, lepas beberapa hari lepas tu saya booking hotel di Grand Lexis, Port Dickson dan saya rasa itulah antara hotel yang okay untuk kami singgah.

Itu pun sebab sebelum ni saya pernah pergi Lexis Hotel (berbeza dengan Grand Lexis) dan saya tengok banyak review pasal Grand Lexis ni.

Yang menariknya adalah sebab ada indoor pool dalam hotel ni. Setiap bilik ada private pool tersendiri. Memang lain daripada yang lain. Inilah hotel yang pertama kali saya dengar ada private pool di setiap hotel.

Anak-anak tinggalkan kat rumah mertua, nasib juga adik-adik ipar yang baik hati sudi untuk jadi babysitter untuk jaga mereka. Hoho.

grand lexis garden pool villa

 

VIDEO REVIEW (4 minit)

 

HOTEL

Hotel Grand Lexis ni terletak di Port Dickson. Masa saya pergi dari Sungai Buloh pun rasanya sekitar 1 jam 20 minit je. Tak jauh pun.

Hotel ni memang biasa orang yang datang pasti ada 3 sebab utama je.

  1. Honeymoon
  2. Bawa keluarga bercuti / family day
  3. Event company

Dan hotel ni juga ada ramai pelawat dari seluruh dunia yang hadir untuk tujuan sama.

 

PAKEJ BILIK

Kita disediakan dengan beberapa pilihan bilik di hotel Grand Lexis PD. Harga saya letakkan di bawah berserta breakfast, berdasarkan yang diletakkan dalam laman web hotel ini grandlexispd.com/en/

Bilik pun ada pelbagai jenis, dan boleh dibahagikan kepada 3 jenis

Sky Living (Sama Bangunan Hotel)

Sky Pool Villa – RM782.40/malam

Sky Grand Pool Villa – RM1126.40/malam

Garden Living (Darat, Konsep Taman)

Garden Pool Villa – RM654.40/malam

Deluxe Suite – RM726.40/malam

Grand Garden Pool Villa – RM782.40/malam

Premier Suite – RM950.40/malam

Water Villa (Atas Laut)

Deluxe Pool Villa – RM614.40/malam

Executive Pool Villa – RM742.40/malam

Premium Pool Villa – RM830.40/malam

Grand Pool Villa – RM910.41/malam

Fuh, banyak kan? Yang kami pilih adalah Garden Pool Villa, tepi laut tapi bukan atas laut.

 

TARIKAN UTAMA

grand lexis garden pool villa

Jeng jeng! Tarikan utama hotel ini semestinya adalah kolam renang di dalam bilik. Dan bilik yang bersaiz sangat luas. Senang kata, kalau kita datang ke hotel ini bukanlah tujuan utamanya untuk kita pergi meronda luar hotel (kecuali untuk makan). Mostly yang datang sini adalah untuk stay di hotel ini hingga balik.

Dari satu sudut, memang sangat bagus bila ada private pool dalam bilik hotel yang kita tinggal. Atas dasar isu aurat dan bentuk tubuh lebih mudah kelihatan bila berenang di kolam renang awam walaupun dah tutup dengan pakaian berlapis-lapis.

Maka Grand Lexis ni menawarkan bilik yang lebih ‘Islamik’. Hoho. Mudahlah kalau nak bawa isteri dan anak-anak tanpa perlu risau mengenai isu aurat untuk anak dan isteri.

Kolam renang ni saiznya agak sederhana, boleh nak berenang dan memang sesuai untuk sebuah bilik hotel begini. Kedalamannya sekitar 4 kaki. Untuk bawa anak-anak kecil anda perlu lebih berhati-hati dan perlu ada pantauan sebab kedalamannya 4 kaki. Kalau anak-anak dah besar mungkin tak risau sangat.

grand lexis garden pool villa

Bolehlah bawa baju dan seluar renang, goggle, pelampung untuk anak dan lain-lain.

Tempat shower pun disediakan di hujung kolam renang untuk anda mandi sebelum dan selepas berenang.

Ada satu tingkap (pintu kecil) yang menghubungkan hujung kolam renang dan tandas.

 

KOLAM TERTUTUP ATAU TERBUKA?

grand lexis garden pool villa

Berdasarkan pengalaman saya tinggal di bilik Garden Pool Villa yang berada atas kawasan darat. Ini kerana Garden Pool Villa ada 2 tingkat. Upper level (tingkat atas) dan lower level (tingkat bawah)

Jika anda inginkan lebih privacy, anda boleh request daripada hotel untuk sediakan anda bilik yang ada kolam renang tertutup.

Boleh dikatakan, semua bilik yang ada di tingkat atas ada kolam renang yang terbuka. Bilik di tingkat bawah ada kolam renang tertutup semua dinding dan ada bumbung.

Bilik tingkat atas semestinya ada view yang lebih menarik, namun kolam renangnya juga kurang privacy.

Bilik tingkat bawah pula walaupun kolam renang ada privacy, namun tiada pemandangan luar yang menarik.

Pilihan di tangan anda.

Kalau ada bajet lebih, pilih je Water Villa (bilik di atas laut). Kolam renang confirm semuanya tertutup, tapi ada tingkap kecil panjang ke bawah. Kalau nak privacy taknak bagi orang yang lalu di sisi hotel nampak bilik anda, boleh letak towel di tingkap untuk cover cermin kecil tersebut.

 

GAMBAR BILIK

grand lexis garden pool villa

Gambar dari luar bilik

grand lexis garden pool villa

Wide View

grand lexis garden pool villa

Teh dan Kopi

grand lexis garden pool villa

Ruang Bilik Air

grand lexis garden pool villa

Ruang Pantry – ada microwave

grand lexis garden pool villa

Perhatian – Kolam Renang

grand lexis garden pool villa

View dari luar hotel – Wide view

grand lexis garden pool villa

Grand Lexis

grand lexis garden pool villa

Kawasan Kolam Renang – Kanak-kanak

grand lexis garden pool villa

Kolam Renang Hotel

grand lexis garden pool villa

Katil

grand lexis garden pool villa

Katil saiz King

grand lexis garden pool villa

Laluan ke bilik air. Sebelah kiri adalah kolam renang.

grand lexis garden pool villa

Katil King Size 2 Unit

grand lexis garden pool villa

Pemandangan dari dalam bilik

grand lexis garden pool villa

Toilet

grand lexis garden pool villa

Sudut berbeza

grand lexis garden pool villa

View dari luar

grand lexis garden pool villa

View dari bilik ke pantry

grand lexis garden pool villa

Shower Room

grand lexis garden pool villa

View luar bilik

grand lexis garden pool villa

View luar bilik. 2 tingkat, atas lain bawah lain

grand lexis garden pool villa

View dari dalam bilik

Berjalan di hotel di waktu malam

Pak Ustat. Hoho!

View di waktu malam

WAKTU CHECK IN – CHECK OUT

Waktu Check in bagi hotel ini adalah pada jam 3.00pm.

So kalau nak datang sini, boleh lah bergerak awal sikit. Nak gerak pagi dari KL pun tak apa. Tapi yang penting kita dah plan mana je lokasi kita nak singgah. Kalau tak plan, memang kita pun akan terkapai-kapai nak cari tempat berjalan, tempat makan dan sebagainya.

Kami sendiri singgah ke Mitsui Outlet di Sepang dalam perjalanan nak ke Grand Lexis PD ni. Sampai Grand Lexis PD pada jam 4.00pm (lebih kurang).

Waktu Check-Out pula adalah pada jam 11.00am berdasarkan laman web. Tapi waktu paling lambat nak keluar dari bilik hotel adalah pada jam 12.00pm.

 

BREAKFAST

Roselle Coffee House

Breakfast di Grand Lexis PD ni pada saya agak nice juga. Tak jauh beza dengan hotel-hotel yang lain.

Di sini, seperti biasa disediakan pelbagai sajian untuk breakfast. Dan waktu terakhir untuk breakfast adalah pada jam 10.30 pagi. Kalau nak breakfast tu, datang awal sikit.

Makanan yang disediakan antaranya, western food seperti bacon, omelette, hash brown, red beans dsb. Ada juga kawasan yang disediakan pelbagai jenis roti, buah-buahan, roti canai, nasi lemak, makanan oriental lain. Juga di sana juga disediakan pelbagai jus, kopi dan teh.

grand lexis review

Kopi!

grand lexis garden pool villa

Round 1 – Fight!

grand lexis garden pool villa

Ruang makan

grand lexis garden pool villa

Roselle Coffee House

 

 

MAKANAN DI PD

Port Dickson ni bukanlah satu kawasan pelancongan yang terkenal dengan makanan sedap. Sebab memang orang datang ke sini semata-mata untuk bercuti, bukan untuk cari makan. Hoho.

Makanan di PD ni memang agak susah nak cari yang sedap, melainkan kalau ada review daripada orang lain.

Bawah ni saya share beberapa senarai kedai makan yang dicadangkan oleh blog www.caridestinasi.com, ada 21 kedai manak yang dicadangkan.

  1. Kafe Kampung Kaw Port Dickson
  2. Mient’s Burger
  3. MHR Burger’s Port Dickson
  4. PD Famous Cendol Coconut Shake Power
  5. Double Que Thai Cuisine Port Dickson
  6. Restoren Aden (Makanan Arab)
  7. Asam Pedas Kasih Ibu
  8. Restoran Mimi Seafood Village Kampung Kemang
  9. Restoran Deen Berjaya / Kari Kepala Ikan Deen
  10. Warung Salai Port Dickson
  11. Warung Hassan Murtabak
  12. Ayam Bakar Station Port Dickson
  13. Warung Mah Mah Nasi Ayam 1
  14. King’s Char Kuey Teow
  15. Cowboy Place Nasi Kukus Ayam
  16. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar
  17. Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup
  18. Cendol Bakar Caw Teluk Kemang
  19. Restoran Kulit Kayu Manis
  20. D’Terapung
  21. Embok Village Steamboat & Seafood
  22. Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang

So, ini antara senarai kedai makan yang dicadangkan dalam blog ini. Detailnya anda boleh dapatkan di sini https://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-port-dickson/

Di sana, sempat makan nasi Arab untuk dinner di Restoran Aden. Tak jauh dari hotel, sekitar 10 minit sahaja perjalanan.

grand lexis garden pool villa

 

BEZA LEXIS PD DAN GRAND LEXIS PD

Disember 2016, saya pernah pergi ke hotel Lexis PD dengan keluarga. Pada masa tu memang ikutkan nak pergi ke Grand Lexis, tapi sebab kekangan bajet memang tak jadi nak pergi.

Terpaksa turunkan sikit bajet dan pilih untuk pergi ke Lexis PD.

Lexis ni sebuah hotel yang tak jauh beza dengan Grand Lexis. Bezanya adalah Grand Lexis ada private pool, ada kolam renang dalam setiap bilik. Lexis pula hanya ada bath tub. Itu sahaja

Tapi bilik bagi kedua-dua hotel ni memang sangat besar dan luas. Namun bilik di Grand Lexis ternyata lebih luas sebab ada kolam renang.

 

BOOKING DI MANA MURAH?

Kalau nak book hotel ni, normally memang saya tak akan book melalui hotel itu directly sebab biasanya lebih mahal.

Kalau nak lebih murah, boleh booking terus melalui laman web booking hotel seperti:

  • Booking
  • Agoda
  • Trivago
  • Hotels.com
  • Traveloka
  • dan sebagainya

Lepas survey, saya pilih untuk booking dari laman web www.booking.com sebab ia tawarkan pilihan bilik yang termurah dalam internet.

grand lexis garden pool villa

Harga yang ditawarkan dalam sistem adalah RM439 sahaja, tapi bila dah masuk Tax dan Service Charge maka harganya akan jadi sekitar RM510. Tapi, masih lebih berbaloi berbanding beli direct daripada hotel sebab harganya berkemungkinan akan mencecah RM700 bagi satu malam bagi bilik yang paling basic sekalipun.

Tempah dengan harga tu pun kami masih lagi disediakan dengan makanan breakfast, bukan hotel sahaja tanpa breakfast.

 

PENDAPAT SAYA?

grand lexis review

Pengalaman daripada booking hingga balikke rumah agak baik. Sebelum booking pun memang dah survey pasal hotel Grand Lexis ni. Tempat paling nikmat untuk nak booking hotel semestinya www.tripadvisor.com sebab hampir semua hotel yang listed dalam sistem hotel booking, pasti akan ada review.

Bila dah ada knowledge mengenai hotel, maka sebelum booking saya dah call hotel awal-awal untuk tanya cara untuk dapatkan bilik Lower Level.

Katanya kalau nak bilik Lower Level, letak je dalam remarks masa tempah bilik untuk dapatkan bilik lower level. Dan normally, hotel pasti akan reply request kita. Walaupun pada masa tu saya tempah gunakan laman web www.booking.com

Masa nak check-in pun mudah. Mereka hanya minta IC dan deposit RM100 yang akan dipulangkan semula masa check-out nanti.

Dalam bilik pun disediakan kipas dan aircon. Kalau anda jenis orang yang tak gemar pakai aircon, maka anda ada pilihan untuk pakai kipas sahaja.

Kalau anda jenis perlukan suhu bilik yang sejuk, boleh guna aircon dan kipas. Huhu. Semua ikut citarasa masing-masing.

Cuma, kalau boleh masa masuk bilik tu bolehlah riki-riki sikit bantal, towel dsb pastikan semua bersih dan tak berbau busuk. Pengalaman kami, ada satu bantal yang ada bau air liur basi. Yuck! So tolong cek dulu, kalau ada yang tak kena boleh call je reception untuk minta mereka tukar bantal, towel dsb.

Haa, satu lagi. Kalau nampak orang tawarkan bilik di Lexis, Grand Lexis, Grand Lexis Hibiscus dsb yang dijual pada harga murr murr (murah murah), maka berhati-hati. Bukan semua bilik di sini adalah milik syarikat Lexis dan diselenggara oleh syarikat Lexis.

Ada sebahagian kecil bilik di sini telah dibeli oleh private owner. Maka pengurusan bilik adalah berbeza. Maka layanan yang bakal anda terima juga berbeza. Perasaannya sama macam anda tinggal di Homestay je. Hoho. Sebab saya pernah ada pengalaman tinggal di Lexis PD 2 malam.

1 malam saya tinggal di bilik Lexis. 1 malam lagi saya tinggal di bilik private owner. Memang boleh jimat dalam RM100, tapi masih lagi mahal. Dan anda tak rasa macam tinggal di hotel pun. Segala kemudahan hotel tak boleh nak dimanfaatkan sepenuhnya.

Mungkin pengalaman begini berbeza ikut individu, tapi bilik private owner memang tak rasa eksklusif untuk saya. Huhu.

Berapa bintang saya bagi untuk hotel ini? Sejujurnya, 7.8/10. Haha.

grand lexis review

 

KESIMPULAN

Bagi saya, kalau anda nak datang ke hotel ni untuk percutian memang sangat okay kalau kena dengan bajet. Tapi pasal bajet, semua tu kita boleh rancang.

Jika anda tinggal di area KL pun, nak pergi ke hotel ni tak lah jauh sangat. Tapi memang tak banyak bangunan-bangunan pencakar langit kelihatan di sini walaupun dekat je nak ke PD dari KL. Tenang sikit jiwa dan fikiran.

Hotel ni memang jadi tarikan yang sangat kuat bagi rakyat Malaysia, bukan sekadar tu malah pelancong luar negara pun ramai yang singgah ke hotel ni. Dahsyat sungguh.

Bila tengok kat komen-komen di blog lain, di FB dan sebagainya memang hotel ini akan jadi wish list bagi golongan isteri untuk ber-honeymoon di sini.

Tak membazir ke pergi hotel mahal-mahal ni? Pada saya, bergantung. Jika anda dah kerja penat siang malam, dan ada sedia bajet tahunan untuk bercuti maka apa salahnya pergi untuk tenangkan fikiran, untuk relax dan spend time bersama keluarga. Kan?

InsyaAllah pasti boleh, doalah minta kepada Allah untuk kita direzekikan untuk bercuti di sini dan moga Allah mudahkan urusan anda semua.

Kalau ada sedia bajet, cuba lah datang ke sini. InsyaAllah ia satu pengalaman yang sangat berbaloi!

 

GRAND LEXIS, PORT DICKSON

Website: http://www.grandlexispd.com/
Facebook: https://www.facebook.com/grandlexispd
Toll Free: 1 800 88 0017
Tel: (6) (06) 653 2000
Fax: (6) (06) 651 5330
E-mail: reservations@grandlexispd.com
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

error: Content is protected !!