Select Page
Cara Pangkah Undi Betul Menurut SPR 2018 – PRU14

Cara Pangkah Undi Betul Menurut SPR 2018 – PRU14

CARA UNDI BETUL MENURUT SPR – PRU 14

Assalamu’alaikum wbt. Baru ni saya ada share dalam FB saya cara pangkah undi yang betul. Namun telah ditegur oleh sahabat saya bahawa cara yang saya kongsikan tersebut adalah untuk undi PERUBATAN.org , maka saya telah buang poster ini daripada FB saya.

CARA PANGKAH UNDI BETUL

Dalam Facebook dan Google, terlalu banyak cara pangkah undi yang dikongsikan sampai kita pun tak tahu yang mana yang sahih dan paling tepat.

Selagi mana tak ada info yang benar daripada SPR, bagaimana mungkin kita dapat tahu cara mengundi yang betul.

Ya, memang lah cara nak pangkah ni sebenarnya simple sahaja. Tapi tetap kita nak pastikan yang undi kita itu diterima nanti, dan tidak berlaku sebarang kesalahan.

Lepas tu, saya pergi masuk dalam laman web SPR untuk cari panduan cara nak mengundi pada 9 Mei 2018 ini. Tiada.

Saya cuba cari di Facebook jika ada maklumat official daripada SPR. Tiada.

Maka kemudian saya cuba call hotline SPR. 10 ke 20 minit juga saya cuba call sampai dapat pegawai yang betul dapat bantu selesaikan masalah ini. Saya akan share apa yang saya dapat daripada pegawai tersebut. Sebab saya sangat memerlukan info yang sahih.

Dalam posting kali ini, saya nak share beberapa info yang telah saya baca dan saya cuba susun semula supaya kita semua ada panduan cara betul untuk pangkah undi pilihanraya ke 14 ini.

 

CARA UNDI BETUL MENURUT SPR

1. SEMAK STATUS

Anda boleh semak status undian anda dengan mudah melalui 2 cara ini.

Yang pertama: SMS

Yang kedua: laman web

 

SMS

Cara Pangkah Pilihanraya 1

Untuk kaedah pertama iaitu SMS, anda hanya perlu hantarkan SMS ini ke 15888

SPR<jarak>NoKP

Contoh: SPR 781022062231 → SMS ke 15888

Anda kena bayar cas untuk SMS.

 

Laman Web

cara pangkah undi betul

Untuk kaedah kedua lebih mudah dan tiada kos.

Masuk laman web ini: https://pengundi.spr.gov.my/ kemudian masukkan nombor IC anda di ruangan kosong.

Jika anda telah berdaftar, nama dan maklumat undian anda akan dipaparkan di skrin telefon bimbit atau komputer anda.

 

2. KENALPASTI LOKASI MENGUNDI

Pastikan anda tahu di mana lokasi anda sepatutnya mengundi. Jangan tersalah tempat!

Nak cek lokasi mengundi juga perlu rujuk pada poin pertama.

Maklumat tempat anda mengundi disenaraikan di sana.

cara pangkah undi betul 2

cara pangkah undi betul

Peringatan. Walaupun anda berasal dari KL dan isteri anda dari Kelantan, anda perlu cek dahulu di mana lokasi mengundi. Sebab mungkin dahulu isteri dah daftar di kampung dan anda pula daftar di KL. Maka mungkin anda perlu ‘berpisah’ beberapa hari demi mengundi.

 

3. WAKTU MENGUNDI

Bagi PRU 14 ini, hari mengundi adalah pada 9 Mei 2018 dan secara amnya bermula 8.00am ke 5.00pm.

Berikut adalah maklumat daripada laman web SPR

“Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya ada didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan.

Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara.

Namun demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Setiap pusat mengundi biasanya mempunyai lebih dari satu tempat mengundi.

Ianya diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu.

Bagi pengundi-pengundi tidak hadir atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi yang ditetapkan.

Namun demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus pada jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.”

Sumber: http://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/penjalanan-pilihan-raya/umum

 

4. 7 LANGKAH PENGUNDIAN

cara pangkah undi betul

Poster 7 langkah pengundian ini telah dibuat oleh SPR sendiri dan saya sudah sahkan dengan pegawai SPR melalui telefon bahawa ia adalah sahih.

7 langkah tersebut adalah seperti berikut:

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
  2. Serahkan MyKad/Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
  3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi di dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
  7. Keluarkan segera dari Tempat Mengundi. 

5. CARA PANGKAH CALON DAN PARTI

Walaupun ini perkara yang agak remeh, namun ramai yang terkeliru sebab ramai sangat yang viralkan maklumat yang belum tentu betul.

Semasa saya call pegawai SPR sebentar tadi, katanya PDF yang saya baca bertajuk “Panduan Untuk Memutuskan Undi Ragu – mengandungi pindaan hingga 2017” tersebut adalah maklumat yang sahih.

cara pangkah undi

 

Antara perkara yang saya diberitahu adalah

  1. Pangkah dalam ruangan kotak sahaja
  2. Pastikan anda pangkah dengan sangat jelas
  3. Jangan pangkah lebih daripada satu kotak

Dan saya tanya juga, bagaimana kalau pengundi tidak pangkah tapi hanya bagi bentuk tick begini ✔?

Jawabnya, ia diterima. Yang penting adalah kita perlu pastikan undian kita tersebut adalah sangat jelas untuk diketahui oleh pemeriksa kertas undi.

cara pangkah undi betul

Namun, sebagai langkah selamat pada saya buat sahaja bentuk pangkah dengan jelas dalam kertas undi. Simple.

Di bawah ini, saya tunjukkan contoh undi yang masih diterima oleh SPR menurut pegawai SPR yang saya hubungi sebentar tadi.

Boleh download di sini: https://drive.google.com/file/d/12coCmzZnh_krpIhtxPtVJLy_Nw96_bfJ/view

Selamat mengundi!

error: Content is protected !!