Select Page
Berapa Kos Servis Pertama Honda Civic FC Turbo Charged?

Berapa Kos Servis Pertama Honda Civic FC Turbo Charged?

Berapa kos servis pertama Honda Civic FC?

Hari ini aku baru pergi hantar servis Honda Civic aku.

Sebenarnya ini kali ke-2 hantar servis. Cuma, servis yang pertama tu hanya sekadar cek minyak enjin sahaja dan tak perlu bayar apa-apa.

Untuk servis kali ini, aku perlu tukar minyak hitam. Bermakna dah kena mula bayar untuk servis.

Kalau anda perasan di bahagian KM ni, baru je capai 5594km sahaja kereta aku bergerak.

kos servis honda civic fc 1.5 turbo charged

Tapi dah kena servis. Secara asal, kereta ini perlu diservis bila capai 10000km atau cukup 6 bulan.

Tapi kenapa baru 5594 km dah kena servis?

Haa.. Sebabnya aku guna Honda Civic 1.5 Turbo Charged.

Kalau kita guna Honda Civic Turbo Charged, indikator untuk tukar minyak hitam tak sama seperti model biasa 1.8.

Indikatornya termasuklah:

1. 10000km
2. 6 bulan
3. Keluar signal A/B untuk servis

kos servis honda civic fc 1.5 turbo charged

kos servis honda civic fc 1.5 turbo charged

Apabila signal A dan B ini keluar, maka pemilik kereta perlu bersedia untuk pergi servis walaupun belum capai 10000km atau 6 bulan.

Berapa pula kos servis kali pertama ni?

Hari ni aku hanya bayar RM237.37 sahaja. Kos ini termasuk

  1. Honda 10,000km Service Maintenance – RM63.60
  2. LBR: Engine Oil Drain Plug/Gasket – RM39.75
  3. Washer Drain Plug – RM1.96
  4.  SN 0W-20 Fully Synthetic – RM132.06

Pada aku, kos macam ni kena lah dengan harga kereta yang dibeli. In fact, kos ni tak jauh beza dengan kos aku servis Perodua Alza masa first service dulu.

Of course Service Center akan upsell kita untuk upgrade jenis minyak, alignment tayar dan sebagainya. Kalau tak perlu, tak payah upgrade pun tak apa.

Untuk anda yang tengah survey untuk beli Honda Civic FC 1.5 Turbo Charged ini, pada aku kos servis ni agak ok. Dan aku yakin harganya tak semahal servis kereta-kereta jenama Eropah.

Sebelum aku habiskan post ini, aku nak share sebenarnya anda boleh je nak cek berapa kos servis dalam laman web Honda.

Klik je sini untuk dapat harganya: https://www.honda.com.my/service_maintenance/maintenance

Apa pendapat anda? Mohon komen di bawah

Takut Kereta Honda Civic Kena Curi? Guna Locktech Pedal Lock

Takut Kereta Honda Civic Kena Curi? Guna Locktech Pedal Lock

Semalam aku baru pergi kedai Max Automart di Gombak untuk pasang extra pedal lock untuk kereta Honda Civic baru aku.

Lepas dekat sebulan order, barulah stok sampai. Lama betul. Huhu. Sebab sekarang ni Malaysia masih lagi menikmati ‘Tax Holiday’, ramai yang berebut untuk beli kereta baru sebelum SST diperkenalkan semula pada 1 September 2018 nanti.

Namun, kebelakangan ni banyak dengar pula kes kecurian kereta di seluruh Malaysia. Aku pun jadi seram juga sebab risaukan kereta baru ni.

Aku tanya Sales Advisor Honda yang aku deal sebelum ni, beliau cadangkan untuk guna pedal lock untuk extra safety.

So aku Google-lah untuk cari pedal lock yang paling sesuai dan bagus untuk digunakan.

Mula-mula aku terjumpa brand Geneo. Geneo ni brand tempatan, Made in Malaysia.

Dan bila aku cari di kedai aksesori kenderaan masa tengah jalan-jalan, aku jumpa kedai Max Automart. Mereka tawarkan brand Locktech. Locktech ni pula brand dari negara Thailand.

Penjual di kedai ni cuba convince aku. Katanya Locktech ni lagi bagus, lagi solid dan lagi selamat untuk digunakan. Aku malas fikir panjang sangat, order je terus sebab aku nak pastikan kereta aku ni secured.

 

Harga

curi honda civic

Harga Locktech untuk kereta Honda Civic FC ni adalah RM350 siap pasang. Brand Geneo yang aku research sebelum ni murah sikit, sekitar RM325 tak silap aku.

Pada aku, Locktech (dan sejenisnya) ni harganya agak mahal jugak. Sebab biasanya pedal lock yang biasa-biasa harganya bawah RM100.

Tapi sebab aku nak yang bagus dan tahan lama, maka Locktech ni juga jadi pilihan aku.

RM350 untuk extra safety ni insyaAllah berbaloi untuk aku.

 

Fungsi

Sumber gambar: https://forum.lowyat.net/topic/2324118

Locktech ni mudah je fungsinya. Kita hanya perlu tarik penarik ni untuk lock.

Apa yang ia akan lock nanti adalah bahagian brek.

Lepas kau tarik pedal lock ni, kau dah tak boleh tekan brek lagi. Memang padu. Masa nak unlock pun, memang terasa spring yang tarik semula lock tu sangat solid. Memang rasa premium habis.

Apa kesannya? Kalau tak boleh tekan brek, ini bermakna enjin juga tak boleh nak start. Mantap kan?

curi honda civic

 

Pemasangan

curi honda civic locktech

Dalam website jualan Locktech dan Geneo ni mereka claim nak pasang pedal lock ni boleh DIY. Tapi sebab aku takut salah pasang, aku pilih untuk serahkan kepada yang pakar.

Tak perlu nak buang masa untuk berfikir dan habiskan peluh untuk pasang.

Tempoh pemasangan pun tak lama. Sekitar 15-20 minit je dah siap.

curi honda civic locktech

Dan tak perlu nak potong wayar, drill dan sebagainya. Jangan risau, kereta anda tak akan kena tebuk pun untuk pasang Locktech ni.

 

Ganggu Sistem Kereta?

curi honda civic locktech

Apa yang buat aku tertanya-tanya sebelum guna Locktech ni, adakah ia akan ganggu sistem elektronik kereta lepas pakai?

Sepanjang apa yang aku cek, ia tak bagi kesan pun. Sebab takde cable pun yang perlu dipotong. Plug and play sahaja. So, ini pada aku memang tak bagi kesan pun pada sistem elektronik kereta.

Lepas dah pasang pun, fungsi remote start kereta pun masih boleh digunakan macam biasa.

 

Mana Nak Dapatkan Locktech?

Korang boleh dapatkan Locktech ni kat banyak tempat. Ini tempat yang aku cadangkan

  1. Kedai aksesori kereta berhampiran – Cuba tanya dulu kedai yang berhampiran kalau mereka ada jual Locktech (atau Geneo)
  2. LowYat.Net – Korang boleh beli dari link ni https://forum.lowyat.net/topic/2324118 . Kalau nak ambil terus, kena pergi KL (tak silap di Jalan Ipoh)
  3. Max AutoMart Gombak – Boleh cari di sini http://www.maxautomartgombak.com/ Ini tempat aku beli di Gombak. Harganya RM350 sahaja
  4. Mudah.My – Yang ni aku baru perasan. Harga boleh dapat serendah RM260 jer. Jauh lagi murah. Tapi pasang sendiri. Boleh cek sini. WWF Auto Accessories – No. 35, Jalan Sri Permaisuri 8, Bandar Sri Permaisuri, 56000 KL (same row jpj permaisuri and maybank permaisuri) Interested Please Call / SMS Or Whatsapp : 012-6909880 / 03-91728533
    curi honda civic locktech
  5.  Lazada – Harga terkini dalam RM380/unit

 

Kesimpulan

Ya aku tahu. Kereta Honda Civic ni memang idaman ramai orang. Cuma ramai yang takut nak beli sebab antaranya takut dicuri (moga Allah lindungi kita daripada ujian tersebut).

Cuma antara ikhtiar yang kita boleh buat adalah letak extra protection atau extra lock yang betul-betul solid supaya dapat lindungi kenderaan kita daripada dicuri.

Lepas guna Locktech ni, jiwa aku rasa tenteram sikit. Huhu. Itulah, aku cuba bertawakkal dan serah diri kepada Allah lepas dah usaha untuk lindungi kereta dengan menggunakan Locktech ni.

 

Apa Pendapat Korang?

Cuba share sikit kalau korang ada apa-apa pendapat atau soalan nak tanya. Komen je kat bawah ni ya!

error: Content is protected !!