Daftar Anak-Anak Ke Tadika 2021…

Daftar Anak-Anak Ke Tadika 2021…

Alhamdulillah done daftar persekolahan anak untuk 2021. Baru dapat tahu sekolah dah mula bukak sejak 4hb. Semoga semuanya berjalan lancar. Nak daftar tadika untuk 2 orang anak adalah satu perjuangan luarbiasa.

Besar kos nak kena keluarkan. Nak menangis jugak bayar tadi. Huhu. Sebab hujung tahun, awal tahun memang biasanya orang akan banyak berbelanja untuk pelbagai sebab. Semoga Allah balas dengan lebih baik.

Begitulah hakikatnya tugas kita sebagai ibubapa. Bukan takat cari duit untuk makan minum, bahkan yang penting adalah untuk ilmu, agama dan pembentukan sahsiah anak-anak.

Bila kita cari duit lebih, tak semestinya kita perlu ada mindset nak jadi materialistik.

Bila kita ada duit lebih, kita boleh PILIH sekolah yang lebih baik untuk anak-anak. Supaya mereka boleh berada dalam environment yang paling baik, paling selamat. Selebihnya kita berserah kepada Allah.

Alhamdulillah, sekarang ada banyak platform untuk memulakan perniagaan tanpa sebarang modal. Kita boleh buat pendapatan tambahan, tak kisah sama ada kecil atau besar.

Yang penting kita usaha untuk bantu diri dan keluarga kita. Siapa lagi yang nak tolong diri kita, anak-anak kita kalau bukan kita sendiri yang berusaha?

Berat hati nak sekolahkan anak-anak esok. Huu. Sebab sejak kecik memang dok rumah jer. Last year ada juga hantar mereka sekolah, tapi sebab PKP maka sekolah 3 bulan jer lepas tu berhenti.

Memang kita suka keberadaan anak-anak depan mata setiap masa, especially bagi kami yang memang dah WFH sejak hampir 4 tahun lalu.

Tapi pada masa sama kami kena terima hakikat bahawa kita TAK BOLEH nak gabungkan fokus kerja + fokus jaga anak depan mata. Ia kurang berkesan bagi kes saya dan wife yang memang kerja dari rumah. Bila fokus, pasti stres level meningkat. Dan bila tengah fokus dan anak tengah meragam, gaduh dsb, itulah kemuncak kesabaran yang perlu ditahan. Hahaha.

Untuk persekolahan 2021 ini. They need this. Dan kami juga sangat perlukan mereka untuk bersekolah.

Bila mereka sekolah, kami kena pulun buat kerja. Bila balik, itu masa kita dengan mereka.

Mereka makin membesar, perlukan masa untuk belajar. Perlukan masa untuk berkawan dan bersosial. Perlukan masa untuk belajar hidup lebih berdikari tanpa kita di sisi. Kita juga perlukan masa untuk untuk diri kita fokus buat kerja, berehat dan sebagainya.

Bak kata sahabat saya tadi, tutup mata bayar je. Semoga 2021 jadi tahun yang lebih baik, bahagia, ceria untuk kami dan anak-anak.

Kita sedar, ada je possibility sekolah tutup lagi. Tapi apa pun tawakkal pada Allah. Moga Dia bagi jalan keluar terbaik.

Doakan kami ❤️

Masalah Kini Anak-Anak Hidup Dalam ‘Double Life’…  Kenapa Ini Berlaku?

Masalah Kini Anak-Anak Hidup Dalam ‘Double Life’… Kenapa Ini Berlaku?

Ustaz Hasrizal ada sebut semalam mengenai anak-anak kecil hingga remaja yang hidup dalam “Double Life”.

Double life ni cane? Yang saya ingat, ustaz maksudkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai dua jenis kehidupan:

1. Depan mak ayah dia lain
2. Bila bersendirian, dengan kawan-kawan dia lain

Double life anak-anak ni berlaku apabila mak ayah mempunyai ‘expectation’ bahawa anak-anak mereka mesti jadi apa yang diorang nak.

Mak ayah tak boleh terima kalau anak yang mereka besarkan tak jadi ikut apa yang mereka nak, tak capai expectation mereka.

(hingga anak-anak tiada ruang untuk ‘jadi diri mereka’ depan mak ayah)

Depan mak ayah, anak itu mungkin seorang yang nampak beragama, Islamik, bertudung, jaga solat, jaga adab dan sebagainya.

Bila bersendirian, kat luar, semua itu dia tinggal. Dia buat semua di atas hanya sebab nak puaskan hati mak ayah dia. (dan mungkin mak ayah dia tak berleter panjang, marah, sedih, terasa hati dsb)

Pengalaman beliau sendiri yang pernah mengajar di sekolah Islam, berdepan dengan anak-anak yang mempunyai masalah begini.

Kadang kala kita dengar, anak-anak masuk sekolah agama, sekolah tahfiz tetapi merokok, couple, buli, gangsterisme, ketagihan pornografi dan sebagainya.

Dan lebih teruk lagi jika mereka berzina atau jadi homoseksual sejak usia remaja.

Itulah ‘dual life’ yang dihadapi anak-anak muda remaja zaman sekarang yang mana mak ayah langsung TAK TAHU sisi gelap kehidupan anak-anak mereka.

__

Kenapa semua ini berlaku?

Ustaz Hasrizal ada sebut dalam video FB live tu antaranya disebabkan oleh ketiadaan 2 perkara ini pada mak ayah dengan anak-anak:

1. TRANSPARENCY – Ketelusan. Anak-anak tak telus dengan mak ayahnya.

2. NEGOTIATION – Anak-anak tiada ruang dan peluang bernegosiasi, berbincang dengan mak ayah.

Apabila anak-anak tak dapat nak transparen/telus dan bernegosiasi dengan mak ayah, maka mereka berpotensi untuk cipta cara hidup mereka sendiri tanpa pengetahuan kita.

Ia bukanlah disebabkan hantar anak sekolah agama. Hantar anak sekolah agama tak salah pun.

Yang salahnya apabila parents mempunyai expectation yang terlalu tinggi terhadap anak-anak hingga mereka sesak, tak difahami, tak dapat jadi diri sendiri depan mak ayah mereka.

Pada masa sama, mereka tidak dapat nak jadi telus, transparent, dan tak dapat nak berbincang, negosiasi dengan mak ayah mereka.

Dan apabila dikatakan beri peluang anak-anak untuk jadi transparent depan mak ayah mereka, itu juga tidak bermaksud kita TAK BOLEH tegur mereka ketika mereka buat salah. Apa yang salah tetap perlu ditegur, dibetulkan.

Sekarang baru faham kenapa Ustaz Hasrizal pernah sebut dalam video sebelum ni. Ustaz tak kisah anak-anak nak jadi apa sekalipun, namun yang paling penting adalah dapat bentuk akhlak anak-anak.

Bila anak-anak ada akhlak yang baik, mereka akan buat keputusan yang baik dalam kehidupan. Mereka akan berhubung/berkomunikasi dengan cara baik dengan orang lain. Mereka akan cari pekerjaan yang baik. Mereka akan jadi orang baik.

__

So begitulah. Kebelakangan suka dengar sharing dari Ustaz Hasrizal dalam page My Learning Journey sebab banyak perkara yang Ustaz kongsikan dalam artikel, video dsb yang sangat relevan dengan kehidupan anak-anak zaman moden ni.

Kita tak boleh samakan cara kita membesar dengan cara mereka perlu dibesarkan. Begitu juga parents kita dulu pun tak boleh samakan cara mereka membesar dengan cara kita dibesarkan.

Hakikatnya, zaman berubah. Kita jangan syok sendiri sebab kita rasa kita dibesarkan dengan cara yang bagus, ia juga bagus untuk generasi selepas kita. Sedarlah ibu dan ayah, tak semestinya.

Ya Allah mudahkanlah urusan kami untuk membesarkan anak-anak kami di zaman penuh ujian ini. Ameen.

Perbelanjaan Hujung Tahun…

Perbelanjaan Hujung Tahun…

Hujung tahun adalah antara waktu paling ‘sakit’ sebab banyak perbelanjaan.

Waktu ni banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan antaranya:

1. Daftar sekolah anak
2. Beli uniform dan kelengkapan sekolah
3. Bawa keluarga bercuti & balik kampung – Ini waktu terbaik
4. Beli barang keperluan – ambil peluang harga murah
5. Setelkan bayaran takaful dan kad medikal
6. Selesaikan bayaran zakat
7. Sagu hati kepada ibubapa
8. Dan lain-lain lagi

Perbelanjaan antara yang terbesar sudah pasti untuk uruskan persekolahan anak.

Ia bermula ratusan dan boleh mencecah ribuan ringgit untuk seorang anak, ikut atas kemampuan parents.

Kalau ada 2 orang, 3 orang, 4 orang anak yang nak sekolah maka perbelanjaan pasti akan meningkat berkali-kali berganda.

Kalau kos yuran hantar anak preschool RM1000 seorang, maka kalau hantar 2 orang kena belanja RM2000 hujung tahun. Itu pun kalau di Lembah Klang ni rata-rata yuran daftar seorang anak sekitar RM1500 seorang. Belum masuk kos-kos lain.

Bahkan angka perbelanjaan hujung tahun boleh meningkat atas sebab-sebab selain di atas. (Macam aku, nak tanggung kelahiran anak di hospital swasta, aqiqah dsb).

Banyak mana pun gaji seseorang, biasanya hujung tahun sudah pasti kewangan akan terkesan.

Sebagai anak muda, sewajarnya untuk kita bersedia dan urus perbelanjaan yang ada sejak awal atau pertengahan tahun lagi bagi mengelakkan masalah kewangan, tak cukup duit bila dah sampai hujung tahun. #WanAhmadFadhil

Dan sekiranya kita ‘terlambat’ menabung, maka usahakanlah untuk cari peluang-peluang untuk jana pendapatan tambahan agar perbelanjaan itu dapat ditanggung.

Tahun depan kena usaha siapkan kewangan dari awal.

Zaman sekarang terlalu banyak peluang bisnes tanpa modal yang ada, termasuklah dropship, jadi ejen produk dan sebagainya. Dalam kesempitan, maka elakkan bisnes yang perlu keluar modal ribuan ringgit.

Carilah peluang bisnes part time yang mudah dan murah (atau free) untuk bermula, namun dapat berikan pulangan yang lebih besar berbanding yang lain agar dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Prinsip aku mudah jer. Usahakan agar kita sentiasa utamakan keperluan sebelum kehendak.

Nak belanja banyak ke sikit untuk diri sendiri, isteri, anak-anak dsb belanjalah. Nak hantar anak sekolah mana sekalipun, nak pergi bercuti hotel mahal sekalipun pergilah, nak shopping barang mahal mana sekalipun. Terserah.

Belanja ikut kemampuan. Jangan beli/bayar sesuatu yang kita tak mampu. Pada masa sama, jangan kedekut sangat dan JANGAN boros sangat.

Cuma jangan sampai keputusan kita dalam perbelanjaan itu akhirnya menyusahkan sendiri dan orang lain. (Na’uzubillah min zaalik)

Hutang Suami Isteri?

Hutang Suami Isteri?

Daripada awal perkahwinan, kami dah tetapkan satu perkara.

Bab duit, wajib rekod. Walaupun sesama suami isteri.

Duit wife, duit dia lah.

So masa awal kahwin dulu memang banyak kali juga pinjam duit daripada wife aku. Sebab masa tu takde duit sangat.

Especially bila dah tinggal kat rumah sendiri lagi terpaksa pinjam.

Bila dah ada duit, bayar. Tak banyak, sikit.

Yang penting usaha untuk bayar juga.

_

Sebagai peminjam, aku wajibkan diri aku untuk REKOD segala duit yang aku pinjam supaya aku boleh bayar balik.

Sebab kalau tak rekod, pasti ada risiko untuk kita terlepas pandang duit yang kita pinjam tu.

Atau buat bodoh dengan hutang kita tu hingga akhirknya kita yang ‘terlupa’, tapi boleh jadi dia teringat-ingat. Tapi tak minta jer.

Dan mungkin untuk sebahagian orang, hutang suami kepada isteri ni boleh bagi kesan kepada hubungan sesama pasangan. Lebih-lebih bila suami makin tak bertanggungjawab dan isteri pula rasa seolah-oleh dipergunakan oleh suaminya.

Takut juga. Sebab anytime kita boleh mati. Dan taknaklah mati dalam keadaan menzalimi keluarga sendiri dengan tak bayar hutang walaupun mampu.

Teringat hadis Nabi taknak solatkan orang yang meninggal dunia dalam keadaan yang masih berhutang.

Hutang-hutang ni memang sentiasa buat aku rasa resah walaupun pinjam dengan wife sendiri jer.

Terkadang kalau gi kedai makan kalau cashier kata “50 puluh sen tu bayar nanti. Xde duit pecah” pun dah buat aku teringat-ingat.

Berkira bab hutang ni tak menafikan kemurahan hati wife aku belanja benda-benda lain dll. Hoho.

So mungkin sikap tak bertangguh lama bayar hutang ni lah juga Allah banyak permudahkan urusan hidup, dan buat rasa lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri dan orang lain 

10 TIPS EFEKTIF AYAH KERJA DARI RUMAH

10 TIPS EFEKTIF AYAH KERJA DARI RUMAH

10 TIPS EFEKTIF AYAH KERJA DARI RUMAH

1. Sentiasa rancang apa yang perlu dibuat setiap hari. Pastikan kita tulis apa aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari, setiap minggu.

2. Bantu isteri dan anak untuk faham kerjaya anda dari rumah. Dan sentiasa ingatkan mereka anda perlukan masa dan fokus sewaktu berkerja di rumah.

3. Bahagikan masa anda. Pastikan anda tahu bila waktu anda perlu berkerja, bila waktu rehat, bila waktu ke masjid, bila waktu untuk layan anak-anak dan isteri dan sebagainya.

4. Tinggalkan aktiviti-aktiviti yang kurang memberi impak kepada hasil kerja anda. Fokus kepada aktiviti yang mendatangkan hasil yang signifikan.

5. Sediakan satu ruang/bilik khas untuk anda berkerja.

6. Sekiranya susah nak fokus, sesekali apa salahnya keluar rumah dan cari tempat yang anda boleh buat kerja dengan tenang, seperti kedai kopi.

7. Fahami isteri dan anak-anak anda. Jangan pentingkan diri dan jadikan kerja dari rumah sebagai alasan untuk 24 jam berkerja tanpa ada masa bersama mereka, membantu kerja rumah dsb

8. Pastikan self-dicipline anda tinggi. Jika anda tak kerja dengan efektif, pasti hasilnya tak seberapa.

9. Ubah mindset. Jadikan aktiviti bersama anak dan isteri sebagai penawar stres, bukan pembawa stres.

10. Solat di awal waktu. Bagi lelaki, jadikan rutin untuk solat di masjid. Dengar azan, pergi masjid. Bawa anak-anak ke masjid bersama anda.

*Sekiranya anda rasa post ini bermanfaat, mohon klik butang share 😉

Fadhil,
Ayahanda Cuckoo

Kisah Dr Yasir Qadhi Ditarbiyah Oleh Ayahnya

Kisah Dr Yasir Qadhi Ditarbiyah Oleh Ayahnya

Dr. Yasir Qadhi pernah cerita mengenai bagaimana ayahnya tarbiyah beliau sewaktu usia muda remaja.
 
Ayahnya agak strict jika muzik dipasang di dalam rumah.
 
Sebabnya ayahnya nak Dr. Yasir untuk hafaz al-Quran dan pastikan suasana rumah se-Islamik yang mungkin.
 
Maka, jika Dr. Yasir ingin mendengar lagu dan muzik maka pada usia muda itu beliau perlu pasang muzik dengan begitu perlahan supaya ayahnya tak tahu beliau sedang dengar muzik.
 
Namun jika ayahnya tahu beliau dengar muzik maka itu akan mengundang kemurkaan ayahnya.
 
Ayahnya bertegas supaya Dr. Yasir mesti habiskan hafazan al-Quran juga pada usia muda.
 
Tak kisah kalau tak nak masuk madrasah pun tak mengapa, nak main dengan kawan-kawan waktu petang tak apa, nak buat apa-apa aktiviti lain pun tak mengapa, yang penting kena hafal al-Quran.
 
Ayahnya sanggup cari Imam untuk mendengar bacaan hafazan al-Quran beliau.
 
Dr. Yasir pada masa tu rasa ‘tak suka’ sebab terpaksa juga hafaz al-Quran.
 
Namun, ayahnya bagi beliau pilihan. Beliau boleh pilih masa sendiri bila yang beliau nak jumpa dengan guru hafazan al-Quran.
 
Selepas habis persekolahan, beliau sambung pelajarannya di universiti dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering).
 
Namun atas sebab tertentu, lepas habis belajar Chemical Engineering, beliau pergi semula ke Arab Saudi pula untuk sambung pengajiannya dalam bidang pengajian Islam di Universiti Islam Madinah.
 
Beliau kata, “Aku rasa sangat terhutang budi dengan ayahku kerana telah ‘memaksa’ aku menghafaz al-Quran semasa aku remaja dahulu”. Dengan al-Quran yang tersemat dalam hati itulah kini beliau telah menjadi seorang ‘Islamic Scholar’ yang hebat dan sangat mahsyur di negara barat.
 
Begitulah, walaupun sekarang terlalu banyak ‘mazhab’, ada kelompok yang terlalu memaksa untuk hafaz al-Quran, ada yang kata “Jangan paksa anak”, dan ada juga yang meremehkan mereka yang hafaz al-Quran dengan berkata “Apa gunanya hafaz al-Quran ‘tak faham’?”.
 
Akhir sekali, aku rasa aku sendiri sebagai parent yang perlu bantu anak-anak aku bermula sekarang, dan aku sendiri perlu TAHU kenapa aku pilih cara didikan tertentu.
 
Bukan semata-mata sebab ikut cara orang.
 
Yang penting aku kena jadi parent yang PEDULI pasal anak, tahu keperluan mereka dan bagaimana aku boleh bantu mereka.
 
Aku suka cara Dr. Yasir cerita bagaimana beliau ditarbiyah oleh ayahnya, sebab hakikatnya beliau diberi kebebasan untuk buat apa sahaja, belajar apa sahaja. Yang penting kena Hafaz al-Quran.
error: Content is protected !!