Select Page
Rehlah Haji – Hari Tarwiah Bersama Dr Abdul Basit – 1438H/2017

Rehlah Haji – Hari Tarwiah Bersama Dr Abdul Basit – 1438H/2017

Rehlah Haji pada hari tarwiyah di bumi Mina bersama Dr Abdul Basit antara kenangan yang tak boleh dilupakan.

Hanya tadabbur 2 ayat daripada al-Quran sahaja membuatkan hati rasa insaf.

Dr. Abdul Basit sebut berkenaan pentingnya kita mohon keampunan Allah especially pada hari Arafah kerana hari Arafah adalah hari yang paling banyak hamba-hamba Allah dibebaskan daripada api neraka.

Banyakkan berdoa mohon Allah ampun dosa kita, tutup aib kita dan jangan kita dihinakan pada hari akhirat kelak.

Kerana hari akhirat kelak segala rahsia kita akan dibongkarkan. Segala perkara yang kita buat terang-terangan dan sembunyi akan dipaparkan kepada kita seluruh manusia termasuk keluarga dan sahabat kita.

Sepertimana yang Allah Ta’ala berfirman dalam surah at-Thaariq

يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ
“Pada hari ditampakkan segala rahsia”

Bayangkan semua rahsia kita yang orang tahu dan tak tahu, dosa kita buat terang-terang dan seoranh diri, segala perkara bodoh yang kita pernah buat yang mana kalau orang lain tahu kita akan rasa sangat malu.

Semua itu Allah tunjuk pada suami/isteri kita, anak-anak kita, mak ayah kita, adik beradik kita, sahabat kita dan seluruh umat manusia melainkan yang Allah ampunkan dan yang Allah rahsiakan dengan izin-Nya.

Sangat menginsafkan, lebih-lebih lagi bila guru kita yang kita muliakan menitiskan air matanya dalam ceramah tersebut.

Terfikir, orang yang alim dan soleh macam ni pun begitu insaf, ini pulak aku yang banyak berdosa ni masih lagi banyak fikir dunia berbanding akhirat. Allah…

Kemudian disambung pula kepada pentingnya hati yang khusyuk dalam beribadah kepada Allah.

Kerana antara sebab beratnya timbangan amal kita adalah dengan khusyuknya hati kita, juga berdasarkan firman Allah dalam surah al-‘Aadiyat

وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ
“dan apa yang tersimpan di dalam dada dizahirkan”

Sentap. Bila muhasabah balik betapa banyak solat yang kita buat, namun kita lalai dari mengingati Allah walaupun dalam solat.

Bila solat, fikir kerja.

Bila solat, ingat ada benda tak siap lagi.

Bila solat, teringat barang yang hilang.

Ibadah bukan sekadar pada kuantiti, namun yang lebih penting pada kualiti.

Betapa khusyuknya dan fokus-nya kita dalam solat ingat Allah, itu yang paling mahal. Itulah tahap beratnya timbangan amal kita pada hari akhirat nanti.

Things to ponder.

Betapa banyak dosa kita yang lalu Allah tutup, tapi kalau Allah bongkarkan balik apa kita akan rasa?

Betapa banyak solat, bacaan al Quran, zikir kita yang kita tak hadirkan hati kita, tak khusyuk dalam melaksanakannya?

Selalu mohon pada Allah supaya dosa kita diampunkan dan supaya kita tidak berada dalam keadaan hina pada hari akhirat kelak seperti doa Nabi Ibrahim dalam surah asy-Syu’araa’

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ
“…dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan”

Dan sama-sama kita azam mulai sekarang, kita akan letakkan hati kita sepenuhnya dalam segala ibadah yang kita buat hanya kerana Allah, ikhlas dan berharap kepadaNya. Sebab itu perkara paling penting dalam ibadah, bukan sekadar buat sahaja.

Lelaki Misteri Dari Mesir

Lelaki Misteri Dari Mesir

LELAKI MISTERI DARI MESIR (Yang sedang berjalan menuju masjid, kopiah putih)
 
Kali pertama aku jejakkan kaki ke Masjidil Haram adalah pada bulan Ogos 2017 untuk tunaikan ibadah Haji.
 
Sebelum-sebelum tu memang tak pernah jejak kaki ke sana, paling kuat pun tengok video kat YouTube jer.
 
Dulu-dulu memang niat kuat nak pergi, tapi tak ada duit.
 
Pada hari kedua tiba di sana (seingat aku), masa tu aku baru je lepas buat Tawaf sunat dan berehat sebentar di ground level masjid tersebut – sama level Ka’bah.
 
Awal-awal bulan 8 tu, karpet masjid masih penuh lagi di sekitar masjid. (Dah masuk musim Haji, karpet dah tak ada lagi.)
 
Sambil-sambil duduk atas karpet hijau yang empuk tu untuk rehat, aku bawa sekali kurma dan air zam-zam.
 
Perasaan pada masa tu, fuh masyAllah. Pengalaman awal yang cukup manis.
 
Kemudian seorang Arab datang pada aku tegur aku, dia bagi salam.
 
Dia tanya aku dari mana. Aku cakap aku dari Malaysia.
 
Aku tanya balik dia dari mana?
 
Katanya dia dari Mesir.
 
Nasib la masa kat UIA dulu 2 sem kena belajar Bahasa Arab asas – memang asas sangat.
 
Masa tu aku try cari keyword apa dia sebut jer.
 
Sambil berborak, aku ambil air zamzam yang diletakkan atas lantai dan minum.
 
Dia tegur aku, mafhumnya: “Saudaraku, kau tak puasa hari ini?”
 
Aku jawab, “La…”
 
Katanya lagi (mafhum): “Saudara, sekarang kau datang jauh-jauh dari Malaysia. Kau datang ke sini dengan untuk tunaikan Haji beribadah kerana Allah, untuk meraih sebanyak mungkin pahala. Hari ini pula hari Isnin, hari yang disunnahkan untuk berpuasa. Kenapa kau tak berpuasa?”
 
Aku masa tu memang dah rasa tersentap. Sungguh.
 
Ye lah kan, aku rasa aku datang ke Mekah ni dalam keadaan musafir.
 
Takkan nak puasa. Penat kot.
 
Tapi betul katanya, aku datang jauh-jauh dari Malaysia. Patut ibadah lah sungguh-sungguh.
 
Masa tu aku memang tak terjawab, sebab tak pandai nak jawab. Bahasa Arab kot.
 
Tak lama lepas tu, dia pergi dalam senyuman.
 
Aku masih ingat wajahnya dan namanya, Mahmud.
 
Beberapa hari seterusnya aku pergi ke Masjidil Haram lagi aku masih terserempak dengannya beberapa kali di ruang yang sama.
 
Bila terserempak memang nampak beliau tersenyum sahaja.
 
.
 
Disember 2018, aku pergi lagi ke sana untuk tunaikan ibadah Umrah.
 
Demi Allah, sesiapa yang pernah ke sana pasti sentiasa merindui Tanah Haram, Mekah dan Madinah.
 
Maka tahun lepas aku decide untuk pergi Umrah.
 
Beberapa hari pertama di Madinah, aku banyak lepak di area Masjid sahaja.
 
Dulu masa aku pergi Haji, banyak masa aku pergi ke perkuburan Baqi’ selepas waktu solat, sebab akan ada pengebumian jenazah setiap kali lepas solat.
 
Peluang besar di sana sebab Nabi sebut siapa yang solat jenazah akan dapat pahala sebesar 1 Qirat, dan siapa yang mengiringi jenazah akan dapat pahala sebesar 1 Qirat. (1 Qirat sebesar gunung Uhud)
 
Antara sebabnya adalah hotel aku tak jauh dari Baqi’.
 
Tapi kali ni, hotel aku terletak di belakang Masjid Nabawi ke arah kanan sikit.
 
Kiranya memang jauh lah kalau nak pergi ke perkuburan Baqi’ daripada hotel aku.
 
Aku rasa sebab aku sendiri yang malas, so jarang la pergi ke perkuburan Baqi’ lepas solat.
 
Sebab lain juga adalah sebab ada mak dan ayah aku sekali ikut pergi umrah, so banyak masa bersama dengan mereka.
 
Aku teringat hari-hari terakhir sebelum aku berangkat ke Mekah.
 
Masa tu aku dah insaf (hoho) sebab dah nak pergi Mekah, so aku gunakan sedikit masa untuk ziarah juga perkuburan Baqi’ lepas waktu solat.
 
.
 
Ditaqdirkan ada satu malam selepas solat Maghrib aku singgah ke perkuburan Baqi’ untuk ikut jenazah.
 
Lepas pengebumian aku kembali semula ke masjid.
 
Aku pergi ke tempat Wudhu untuk berwudhu dan cuci sikit tangan dan kaki sebab berdebu – tanah perkuburan di sana berbeza dari Malaysia.
 
Sambil selesaikan semua tu, aku tengok kanan.
 
Nampak seorang lelaki ni.
 
Macam kenal.
 
Aku bagi salam, tanya dia.
 
“Nama kau Mahmud kan? Dari Mesir?”
 
Jawabnya, “Ya aku Mahmud dari Mesir”
 
Aku tanya dia, kau ingat tak aku?
 
Tahun 2017 lalu kau pernah tegur aku kat Masjidil Haram?
 
“Oh ya ya, aku ingat”
 
Masa tu aku rasa gembira sungguh.
 
Aku tanya, “Kau buat apa kat sini?”
 
Jawabnya, “Aku menetap di Madinah, kerja di sini”
 
Oooh, begitu rupanya.
 
Lepas perjumpaan sekejap tu, kami berpisah.
 
Dia doakan agar aku dapat ziarah untuk Umrah/Haji berkali-kali lagi selepas ini.
 
Aku aminkan sahaja.
 
.
 
Ya pada aku, ia merupakan perjumpaan yang sungguh misteri.
 
Dalam jutaan umat manusia yang ada di sana, Allah taqdirkan aku berjumpa dengan beliau lagi.
 
Ya. Jumpa beliau lagi.
 
Teringat tegurannya, baru aku sedar bahawa ‘standard’ ibadah kita dengan orang-orang soleh ini sangat jauh sekali.
 
Rasa tenang sungguh jumpa orang sebegini.
 
.
 
Aku teringat balik, rasa beruntung sangat sebab aku diberi peluang untuk sambung Degree di UIA pada tahun 2010 yang lalu.
 
Di sini aku direzekikan jumpa dengan sahabat-sahabat yang jauh lebih baik dari aku dari sudut hati dan amalan.
 
Bilamana kita berjumpa dengan orang soleh, berkawanlah dengan mereka, berdampinglah dengan mereka.
 
Sungguh jika kita ada sahabat-sahabat yang ikhlas dan dekat dengan Allah, hidup kita pasti akan lebih bahagia, hati kita pasti akan terasa lebih tenang.
 
Mereka akan tetap bersama dengan kita dalam susah mahupun senang.
 
Cukuplah aku berdamping dengan mereka agar sentiasa berada dalam ‘circle’ yang baik, supaya teruk-teruk aku pun tapi janganlah lagha sangat. Huhu.
 
.
 
Kawan-kawan.
 
Manusia yang berkawan dengan kita semata-mata kerana dunia, mereka pasti akan pergi tinggalkan kita apabila kita tiada semua itu.
 
Manusia yang bersahabat dengan kita kerana Allah, mereka pasti akan bersama kita walaupun kita dalam senang mahupun susah.
 
Begitulah.
 
.
 
Wan Ahmad Fadhil,
Nak Jadi Baik. Sentiasa Rindukan Haramain.
Pergi Haji Usia Muda. Bolehkah? Mulakan Simpan Duit Untuk Pergi Haji

Pergi Haji Usia Muda. Bolehkah? Mulakan Simpan Duit Untuk Pergi Haji

Masa tu simpanan saya ada sekitar RM15,000.
 
Tahun 2017.
 
Duit yang saya simpan hasil kerja dan bisnes part-time yang saya buat.
 
Dengan simpanan itu, masa tu saya terfikir 1 je.
 
Iaitu impian saya untuk pergi Haji sebelum 30 tahun.
 
Ya Tuan-Tuan.
 
Pergi Haji sebelum 30 tahun. Pergi Haji pada usia muda bukanlah sesuatu untuk dibanggakan.
 
Namun perlu selalu diingat bahawa Haji adalah sebahagian dari rukun Islam (bagi yang mampu).
 
Sebenarnya saya dah lama rasa rindu nak ke Tanah Haram walaupun belum pernah ke sana.
 
Tahun itu, saya terfikir nak gunakan duit itu untuk 3 benda. Sama ada:
 
1. Pergi Umrah – kawan-kawan saya ada buat servis umrah. At least, lepas rasa rindu ke sana
2. Beli rumah – kumpul duit sikit lagi dah boleh bayar deposit beli rumah murah
3. Pergi Haji – walaupun ini belum confirm lagi. Awal tahun 2017 tu saya try hantar surat rayuan Haji.
Pilihan 1 dan pilihan 2 saya tak pilih.
 
Nak beli rumah, rasa macam berat sikit masa tu.
 
Walaupun rasa hampir-hampir dah nak gi Umrah.
 
Tapi fikir balik.
 
Daripada spend RM6000 gi umrah, baik kumpul sikit lagi cukup RM10,000 dah boleh gi Haji.
 
Itu lojik saya la. Tak setuju tak apa.
 
So duit tu memang saya tak buat apa-apa.
 
Hari raya 2017 saya beraya di Brunei. (kampung mak kat sana)
 
Balik dari Brunei, mak cakap
 
“Ada surat tawaran Haji ni Dil. Kena confirmkan dalam masa 2 hari lagi”
 
Masa ni sangat banyak drama berlaku. Sebab terpaksa tinggalkan anak kecil 2 orang di Malaysia.
 
Seorang 9 bulan. Seorang lagi baru 2 tahun.
 
Sebab saya nak bawa isteri saya Nurul ‘Izzah Zaidi gi Haji sekali.
 
Cerita Haji saya boleh baca sini ➡️ http://www.fadhilk.com/pengalaman-haji-muda-part-1/
 
Nak dijadikan cerita, alhamdulillah dengan izin Allah saya gi Haji tahun tersebut.
 
Cuma nak share di sini.
 
Nak pergi Haji ni bukanlah untuk orang kaya. Bukan juga untuk orang tua.
 
Pergi Haji juga bukan untuk orang baik, soleh dan alim.
 
Pergi Haji ni untuk orang Islam.
 
Ya. Sebab ia termasuk rukun Islam yang ke 5 kita.
 
Saya seru sahabat-sahabat yang membaca status ini.
 
Mulakanlah menabung untuk pergi Haji dari sekarang, pasang niat sungguh-sungguh untuk pergi Haji selagi masih bernyawa.
 
Simpanlah RM50 sebulan, RM100 sebulan atau lebih lagi. Ikut kemampuan.
 
Nenek saudara saya yang sudah cukup tua, simpan duit Haji bertahun-tahun hanya dengan jual aiskrim Malaysia harga RM0.10 sebatang.
 
Kita yang masih muda pasti boleh lebih lagi.
 
Bagi kita yang dah ada duit, simpanan dalam akaun yang cukup.
 
Especially yang terlibat dalam sales (jual penapis air, insurans dsb) yang ada kebebasan masa.
 
Pergilah.
 
Tinggalkan sebentar dunia bisnes sebab anda pun ada income secara pasif masuk setiap bulan.
 
Plan untuk pergi Haji dalam masa terdekat. Tahun ini, tahun depan atau seterusnya.
 
Plan agar masa pergi itu kita dalam keadaan cukup bersedia untuk tinggalkan keluarga.
 
Percayalah, Allah akan ganti semula perbelanjaan kita.
 
Allah akan jaga keluarga kita di Malaysia.
 
Allah akan jaga perniagaan yang kita tinggalkan.
 
Pergilah agar kita tidak dipersoalkan oleh Allah akan harta kita yang kita kumpul, tapi tak digunakan untuk tunaikan kewajiban Haji kita.
 
Mari sama-sama kita mulakan menyimpan duit. Buat bisnes atau kerja part-time untuk kumpul duit kalau nak pergi lebih segera.
 
Banyakkan berdoa. Especially pada masa mustajab.
 
Semoga Allah mudahkan urusan kita semua untuk jadi seorang Muslim yang taat kepada perintahNya.
 
Wan Ahmad Fadhil,
Rindu Haramain.
 
___
 
Siapa add saya jadi friend, boleh add saya Wan Ahmad Fadhil atau follow FB saya. Terima kasih!
Al-Quran Madinah Original / Asli Percuma? Di Mana?

Al-Quran Madinah Original / Asli Percuma? Di Mana?

Mushaf al-Qur’an Madinah cetakan Kompleks Raja Fahd (semakan nama diperlukan):
Inilah mushaf berkulit hijau gelap yg digunakan secara meluas dan menjadi pilihan kebanyakkan jemaah di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, disamping mushaf berkulit biru gelap (khat arab yg tebal, setahu hamba yg daif ni dipanggil Qur’an Majid, mohon perbetulkan sekiranya salah) yg dilihat menjadi pilihan bagi jemaah-jemaah dari benua India, Pakistan, Bangladesh dan yg sewaktu dengannya. Mushaf yg ada pada hamba ini bukan yg dapat secara percuma, bahkan dibeli di Abraj al-Bayt (Kompleks Beli Belah Menara Jam Mekah).

Cuma ingin dikongsikan, mushaf ini boleh diperolehi secara percuma di lokasi-lokasi khas sekitar dua masjid ini. Bukan senaskah, bahkan boleh dapat sehingga 20 naskah (banyak tu), DENGAN SYARAT: untuk diwakafkan di masjid di tanahair masing-masing, bukan untuk kegunaan peribadi.

Jika di Masjidilharam, agihan dibuat setiap hari (waktunya lupa jam berapa, yg pastinya sebelah pagi sekitar jam 8 pagi) di bilik sebelah luar bangunan berhampiran Bukit Marwah (berdekatan bilik cas skuter tawaf). Mungkin ada lagi lokasi-lokasi lain, itu di luar pemerhatian & pengetahuan hamba. Perlu beratur, boleh jadi barisan panjang atau pendek, ikut rezeki masing-masing.

Al-Quran Madinah (Original)

Jika di Masjid Nabawi, agihan juga dibuat setiap hari seawal jam 8 pagi (meskipun di skrin LCD masjid nyatakan jam 10 pagi) di pintu nombor 18 bilik kecil sebelah dalam masjid. Jemaah yg beratur akan diminta oleh pegawai masjid utk menunjukkan tag haji masing-masing dan bersedia utk ditebuk dengan penebuk lubang sebagai bukti pernah mengambil sumbangan mushaf wakaf. Jemaah nusantara akan ditanya soalan ‘masjid/rumah?’ sebagai ingatan kesemua mushaf yg diterima bukan utk kegunaan peribadi. Jika tersilap jawab ‘rumah’, maka bersedialah utk diberi syarahan oleh pegawai tersebut 🙂 ..Jika dapat giliran awal, jemaah akan memikul keluar sebiji kotak berwarna putih yg terdapat di dalamnya 20 mushaf al-Qur’an Madinah. Jika giliran belakang, jemaah hanya akan mendapat seikat al-Qur’an yg bercampur sama ada mushaf Madinah hijau gelap atau biru gelap atau mushaf yg tak diketahui edisi mana. Jadi terimalah seadanya atau serahkan pada jemaah negara lain yg benar2 memerlukan mushaf tersebut utk dimanfaatkan, khususnya mushaf biru gelap yg mungkin kurang digunakan misalnya di Malaysia.

Al-Quran Madinah (Original)

NOTA:
Bagi wakaf mushaf al-Qur’an Madinah di Masjidilharam, hamba kurang pasti mana satukah kaedah yg paling berkesan. Ada yg mengingatkan supaya tidak beli sendiri dan letak sendiri di rak2 al-Qur’an dalam Masjidilharam kerana dikhuatiri silap naskah dan bakal dikeluarkan oleh petugas2 masjid. Ada yg wakilkan kepada pegawai TH, ada yang wakilkan pada ustaz-ustaz mutawif tempatan yg berkhidmat dengan TH. Semuanya dengan harapan supaya mushaf tersebut kekal berada dalam rak-rak dalam masjid dan dimanfaatkan oleh jemaah yg hadir agar menjadi amal jariah yg berkekalan, ditambah pula pahala 100,000 kali ganda yg dijanjikan. Moga2 Allah menerima niat ikhlas setiap jemaah yg mengeluarkan belanja utk wakaf al-Qur’an, sama ada utk diri sendiri ataupun kiriman sahabat handai di tanahair.

Al-Quran Madinah (Original)

Bagi wakaf mushaf al-Qur’an Madinah di Masjid Nabawi, hamba kira perkongsian Tn Hj Mohd Khairul Muhamed (jazahullah khairan) ini sudah amat memadai:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156134495297585&id=591812584

Kredit 1 (Penulis): https://www.facebook.com/ridzuan.zukifly

Kredit 2 (Gambar): https://www.facebook.com/khairul.mohd.33/posts/10156134495297585/

Dijemput Masuk TV Al-Hijrah – Rezeki Haji Muda

Dijemput Masuk TV Al-Hijrah – Rezeki Haji Muda

6 Ogos 2018 yang lepas, saya dan isteri dijemput untuk masuk TV untuk slot ‘Rezeki Haji Muda’.

Ini berdasarkan pengalaman saya dan isteri pergi tunaikan ibadah Haji pada tahun 2017 yang lalu dan saya dah share dalam artikel sebelum ni.

Artikel saya pernah viral pada sekitar bulan April tahun ni lepas saya siap tulis artikel panjang lebar.

rezeki haji muda tv alhijrah

Saya pun tak sangka, disebabkan artikel itu juga saya dijemput masuk TV. Alhamdulillah, rezeki dapat masuk TV. Hehe.

Masa dapat tawaran masuk TV tu memang rasa terkejut juga. Saya dapat WhatsApp daripada salah seorang pegawai dari TV Al Hijrah yang saya ditawarkan untuk bagi sedikit sharing di TV Al Hijrah.

Ini tak silap saya, kali ke-3 saya dijemput masuk TV. Sebelum ni Astro Oasis. Dan kali ni TV Al Hijrah. Apa yang menarik kali ni sebab ia dilakukan secara Live dalam studio.

Apa yang membezakan bila dijemput secara Live dan yang tak Live dengan Astro Oasis sebelum ni adalah yang Live ni, pihak TV sediakan soalan untuk kami study dulu sebelum hadir ke studio.

Masa dengan Astro Oasis, soalan tak disediakan. Masa tu memang agak blur juga lah.

Masa masuk TV Al Hijrah ni pun nervous dia lain macam. Termuntah juga sebelum masuk studio sebab rasa gemuruh sangat.

rezeki haji muda tv alhijrah

Poster dibuat oleh TV Al Hijrah

rezeki haji muda tv alhijrah

Poster buat sendiri

Cuma bila dah masuk dalam studio tu, sebenarnya semua ok je. Tambahan pula pengacara yang agak ‘welcoming’ semasa sesi wawancara maka perasaan gemuruh tu tak terasa sangat.

Walaupun aku rasa masuk TV zaman sekarang ni bukanlah benda yang baru atau pelik, masih lagi orang sebut-sebut nama kita. Panggil aku ‘Artis’. Adoi la. Wawancara je pun. Huhu.

Tapi pengalaman masuk TV ni antara pengalaman yang tak boleh nak dilepaskan sebab pada aku, inilah cara terbaik untuk bina personal branding. Dan juga kalau untuk korang yang buat bisnes, ini antara cara kita boleh tingkat ‘Trust’ kita kepada pelanggan atau ejen.

 

Jumpa Tuan Afyan

Kebetulan lepas sesi saya dalam TV, sempat pula berjumpa dengan Tuan Afyan Mat Rawi di studio. Beliau pun ada slot pada jam 10.00am selepas slot saya dan isteri. Beliau juga pergi menunaikan ibadah Haji pada tahun yang sama dengan saya. 2 kali beliau tegur saya semasa berada di Tanah Haram, sekali di Jabal Nur dan sekali di Padang ‘Arafah.

Itu sahaja dari saya, sekian.

Contoh Surat Rayuan Haji 2020 / 1441H (Tabung Haji) – Download Sini

Contoh Surat Rayuan Haji 2020 / 1441H (Tabung Haji) – Download Sini

Siapa yang tiada keinginan untuk pergi menunaikan ibadah Haji?

Namun kini ramai yang mengadu tak dapat-dapat tawaran untuk pergi Haji. Ia boleh jadi kerana pelbagai sebab. Namun di sini bukanlah tujuan kita untuk membincangkan sebab apa tak dapat tawaran.

Kita di sini akan bincangkan bagaimana caranya untuk dapat pergi Haji pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, insyaAllah.

Namun, sebelum anda menghantar surat permohonan untuk pergi Haji, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu dan lakukan sebelum merayu.

1. Sudah Daftar Haji

Pastikan anda sudah daftar dengan Tabung Haji untuk pergi Haji. Ini kerana jika anda masih belum daftar, surat anda tidak akan dilayan kerana anda tidak mengikut proses yang betul.

Bagaimana nak daftar Haji dengan Tabung Haji? Pergi sahaja ke pejabat Tabung Haji berhampiran, buka akaun Tabung Haji dan minta pegawai untuk daftarkan anda untuk pergi Haji.

Ingat, ada buku Tabung Haji tak bermakna anda dah daftar Haji. Tidak. Anda akan dapat kuota pergi Haji lepas anda sudah daftar sahaja.  Nak daftar Haji perlu ada baki wang dalam akaun Tabung Haji sekurang-kurangnya RM1300 (atau RM1350) dan wang ini tidak boleh diusik.

2. Baki Simpanan Akaun Tabung Haji Dipenuhkan Segera

Jika anda sudah daftar Haji, pastikan anda usaha untuk penuhkan wang dalam akaun Tabung Haji dengan segera. Pastikan gaji bulanan anda disimpan sebahagiannya khas untuk pergi Haji. Tabung Haji memerlukan sekitar RM9980 untuk anda pergi Haji. Kos ini akan berubah dari semasa ke semasa.

3. Sedia Untuk Pergi Haji Pada Tahun Tersebut

Jika anda nak hantar surat rayuan Haji, pastikan anda sudah bersedia nak pergi pada tahun tersebut. Jangan risau kalau baki akaun belum mencukupi, hantar sahaja surat untuk pergi Haji, cepat-cepat penuhkan RM9980 dan bertawakkal kepada Allah. Banyakkan berdoa.

4. Senaraikan Alasan Nak Pergi Haji Lebih Awal

Apa alasan anda nak pergi Haji lebih awal? Senaraikan untuk dimasukkan dalam surat itu nanti. Ada banyak alasan yang boleh difikirkan dan berikan hanya yang relevan sahaja.

Contohnya: Takut tahun depan mengandung, anak nak sekolah tahun depan, tak ada mahram pada tahun berikutnya, usia dah makin tua dan pelbagai lagi. Anda lebih tahu keperluan anda.

5. Tawakkal Kepada Allah

Jangan lupa yang semua proses yang kita lakukan ini hanyalah usaha kita, namun Allah yang menentukan. Ini kerana pergi Haji ini adalah jemputan Allah. Itu sebabnya anda dipanggil sebagai DhuyufurRahman jika pergi menunaikan ibadah Haji yang bermaksud Tetamu Allah.

Jika anda tidak dijemput pada tahun tersebut, cuba lagi tahun hadapan. Cuba hingga dapat. Moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk pergi Haji, amin!

Contoh Surat Rayuan Dikongsikan Di Bawah


Daripada:

Wan Ahmad Fadhil bin XXXXX XXXXX,
+6 013 991 6967,
(Alamat Rumah).

Kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Tuan/Puan, 19.10.2018

PER: RAYUAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI 1440H

1. (ISI KANDUNGAN) Saya merupakan pendaftar haji yang berdaftar pada tarikh 10 Ogos 2003. Saya ingin merayu untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun 1440H. Dilampirkan butir peribadi saya seperti berikut:

Nama penuh: WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXXX
No kad pengenalan: XXXXXXXXXX
No akaun TH: XXXXXXXXX
No daftar: XXXXXXXXXX
No telefon: +6 013 xxxxxxxx

2. (ALASAN PERMOHONAN) Untuk pengetahuan Tuan, saya ingin menunaikan ibadah Haji pada tahun 1440H (2019) kerana saya sudah bersedia untuk menunaikan Haji. Tahun 2020 kelak, anak saya akan mula bersekolah dan itu membuatkan pada tahun tersebut dan tahun-tahun berikutnya lebih mencabar untuk saya pergi menunaikan ibadah Haji kerana terpaksa menguruskan persekolahan anak.

Timbang rasa pihak Tuan/Puan sangat dihargai. Saya akhiri dengan ucapan jazakumullahu khairan jazaa’.

Yang benar,

………………………….

WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXX


Surat rayuan Tabung Haji itu saya emel ke emel berikut: th-info@lth.gov.my

Surat fizikal pula boleh dihantar ke alamat berikut:

Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Download Contoh Surat Rayuan Haji Di Bawah

Sila isi maklumat di bawah:


UMRAH SAFWAH 10 – 21 DISEMBER 2019 – PAKEJ EKONOMI (50-100M) – RM4799

Alhamdulillah, saya diamanahkan untuk membantu anda yang sedang mencari pakej UMRAH Safwah pada Disember 2019 / 1440H. Sekiranya anda sedang mencari

InsyaAllah masih ada visa tapi sangat terhad. Boleh whatsapp Hj Fadhil di sini 0139916967

UMRAH TERMURAH SAFWAH DISEMBER 2019

🕋 PAKEJ UMRAH 10-21 DISEMBER 2019 🕋

Maklumat pakej:

✅ Tiket penerbangan direct pergi-balik (AirAsia X) ✈
✅ Kenderaan sepanjang umrah
✅ Penginapan Mekah (5 hari) & Madinah (5 hari)
✅ Ziarah & Lawatan sekitar Mekah & Madinah
✅ Mutawwif berpengalaman
✅ Majlis Ilmu
✅ Air ZamZam 5L bagi setiap jemaah
✅ PERCUMA Travel Kit
✅ PERCUMA Buku Panduan Umrah
✅ Miqat Umrah 3 Kali

Tarikh Penerbangan: 10-21 Disember 2019

___

🔸 PAKEJ SUPER SAVER ➡ _Hotel Al-Jiwar setaraf (50~100m)_ – *RM4799*
🔹 PAKEJ SUPER PLUS ➡ _Hotel Safwah setaraf (50~100m)_ – *RM5299*

__

NOTA

1. Tidak termasuk Makanan & Minuman sepanjang umrah
2. Diskaun RM500 untuk bawa bayi atau kanak-kanak – kongsi katil
3. Deposit RM1000 untuk booking

Anjuran: Safwah Travel & Tours Sdn. Bhd. & DH Travel

__

📲 Whatsapp/Call: Wan Ahmad Fadhil – 0139916967 @ klik wa.me/60139916967

___

Ikuti pengalaman saya pergi Haji pada usia muda tahun 2017 di sini.

error: Content is protected !!