Select Page

Saya mula ‘berkenalan’ dengan penapis air Cuckoo pada tahun 2017 yang lalu. Sebelum itu, saya tidak menggunakan penapis air di rumah melainkan penapis air biasa (brand Panasonic) yang berharga RM100 lebih. Itu pun penapis air terpakai yang diberi oleh ayah saya kepada saya.

penapis air

Penapis itu berkhidmat untuk saya sekitar 1 tahun. Namun air yang ditapis tersebut biasanya saya masak dulu sebelum minum.

Kebanyakan penapis air dalam pasaran yang mempunyai 3 suhu ke atas biasanya berharga lebih RM100 sebulan.

cuckoo vs coway

Namun, bayaran bulanan melebihi RM100 adalah jauh di luar bajet bulanan saya kerana bagi saya, saya tak mampu nak bayar lebih RM100 untuk penapis air.

Alhamdulillah, isteri saya sangat memahami. Seingat saya, belum pernah beliau minta kepada saya untuk pasang penapis air yang perlu bayar rental bulanan kerana beliau tahu saya belum mampu. Sedangkan beliau perlu sebab ia akan memudahkan banyak urusan isteri saya bila dah ada penapis air nanti.

Namun satu hari, kawan kepada isteri saya telah memperkenalkan kepadanya promosi terkini sebuah penapis air dari Korea yang berjenama Cuckoo.

Yang mana ketika itu sedang promosi pada harga serendah RM60 sahaja sebulan untuk 7 tahun. Apabila ada promosi tersebut, barulah beliau cadangkan kepada saya untuk gunakan penapis air rental di rumah sebab sudah ada alternatif penapis air bawah RM100 sebulan.

Bahkan ia akan memudahkan sangat banyak urusan saya sebab saya tak perlu lagi nak pergi beli air mineral di kedai lepas ni. Dan saya tak perlu lagi nak jerang air setiap pagi dan setiap petang untuk buat air masak. Banyak jimat duit dan masa.

Apa yang buat saya rasa sangat tertarik adalah apabila saya diberitahu bahawa air Cuckoo yang dihasilkan adalah bermineral dan beralkali ringan.

Oleh kerana saya memang seorang penggemar air mineral sejati, pengguna air mineral maka ini adalah pilihan yang baik untuk saya sekeluarga.

Sejak dulu saya memang tak gemar air RO. Kalau pergi ke kedai runcit, pasaraya dan lain-lain saya pasti akan pilih air bermineral berbanding air RO. Sebabnya adalah: Air mineral lebih enak, sedap di tekak. Dan air mineral sudah pasti lebih berkhasiat.

Kalau kita cari di Google sekalipun, air mineral adalah lebih baik daripada air RO kerana mineral yang wujud pada air termasuklah kalsium, potassium, magnesium dan sodium yang sudah pasti memberi manfaat kepada tubuh badan kita.

Bilaa dapat tahu air yang dihasilkan oleh penapis air Cuckoo adalah bermineral & alkali ringan. Harga pula bawah RM100 sebulan maka saya langsung tidak teragak-agak untuk buat tempahan.

Apa yang lebih istimewa adalah pelanggan langsung tak perlu bayar sebarang kos tambahan kepada ejen atau syarikat Cuckoo. Bahkan memang tiada kos daftar, tiada kos proses dan tiada kos pemasangan.

Kerana di luar sana, kebanyakan pelan rental penapis air pelanggan perlu bayar sekitar RM250 untuk pendaftaran sebagai “Rental Processing Fee”.

Untuk pemasangan, saya hanya perlu bayar sebanyak 1 bulan bayaran sewa sahaja iaitu RM60, kemudian boleh terus pasang. Itu pun bayaran untuk bulan terakhir, bukan kos tambahan. Nanti dah masuk bulan terakhir saya dah tak perlu bayar apa-apa lagi sebab dah bayar upfront payment sebelum pemasangan tersebut.

Senang kata, bayar RM60 jer lepas tu terus boleh pasang di rumah.

Masa hari pemasangan, installer Cuckoo bagitahu kepada saya bahawa pelanggan tak boleh on button “COLD” lagi bagi tempoh 12 jam.

Sebabnya dalam mana-mana mesin penapis air sekalipun di dalamnya ada compressor yang ada di dalam penapis air tersebut. Dalam compressor tersebut ada minyak untuk pastikan proses penyejukan berfungsi.

Namun sebab penapis air tersebut dibawa ke sana ke sini, maka minyak tersebut akan banyak bergerak dan ia perlukan masa sekitar 12 jam untuk stabilkan minyak tersebut semula.

Itu sebabnya Cuckoo hanya galakkan untuk buka fungsi sejuk selepas 12 jam pemasangan bagi memastikan penapis air anda dapat berfungsi dengan optimum.

Pengamalaman pertama kali minum air Cuckoo King Top di rumah, dapat pula air sejuk saya mula rasa “Fuhh, leganya! Dapat stok air sejuk tanpa had selepas ni. Bila-bila masa sahaja boleh minum air sejuk. Tak perlu simpan peti lagi..”

Dan kalau nak minum air panas pun mudah, nak bancuh kopi tiap-tiap pagi jadi lebih senang dan cepat sebab isteri saya dah tak perlu nak jerang air lagi selepas ini.

cuckoo vs coway
Cuckoo bagi satu paip tambahan di sinki. Air adalah bersih dan boleh diminum. Juga boleh digunakan untuk basuh sayur, memasak dsb. Air boleh dikeluarkan tanpa had.

Pada asalnya, ayah saya yang pasang penapis air Cuckoo di rumahnya. Dia pasang Cuckoo model Fusion Top bayar secara cash/outright. Sekarang harganya RM3200 sahaja.

Saya jadi terjebak nak guna Cuckoo ni pun antaranya sebab kat rumah ayah baru pasang Cuckoo. Tengok ayah sebelum tu bukan main susah nak pergi ke pasaraya untuk beli air mineral. Seminggu, berkotak-kotak nak kena beli.

Tapi lepas guna Cuckoo, ayah dah tak perlu beli lagi air mineral kotak.

Saya sendiri pun sebelum guna Cuckoo memang biasa je beli air mineral kotak. Satu kotak sekitar RM12. Seminggu beli dalam 2 atau 3 kotak. Jika sebulan beli 10 kotak, bermakna saya berbelanja sekitar RM100 hingga RM120 sebulan untuk beli air mineral sahaja.

Tapi bila guna Cuckoo King Top, separuh perbelanjaan saya dah jimat! Bahkan lebih banyak jimat masa dan tenaga.

Cuckoo King Top ni mempunyai kapasiti tangki sebanyak 1 L air sejuk, 1 L air panas dan 0.3 L air suhu bilik. Biasa orang tanya, “Cukup ke kalau tangki besar tu jer?”

First time saya tengok kapasiti tu pun rasa macam tak confident. Rasa macam tak cukup.

Tapi bila fikir balik, kat rumah saya ada 4 orang je. Dan bukan 24 jam saya tekan air keluar dari mesin. Setiap kali nak minum baru tekan air keluar.

Pada saya jika penghuni sekitar 5 orang, King Top adalah pilihan yang cukup bagus.

Tanyalah kepada mana-mana pengguna Cuckoo King Top di luar sana yang ada penghuni sekitar 4-5 orang di rumah pasti mereka akan kata kapasiti tersebut mencukupi.

Kenapa?

Walaupun kapasiti Cuckoo King Top bersaiz sederhana, namun isian semula air ke dalam tangki adalah sangat laju.

Ini kerana Cuckoo menggunakan sistem tapisan Nano Positive Filtration System.

Sistem tapisan ini menghasilkan air yang bersih, 99.99% bebas kuman, bakteria dan kotoran namun pada masa sama ia menghasilkan air yang bermineral dan beralkali ringan yang sudah tentu sihat untuk tubuh badan manusia.

Di Cuckoo, TIADA sebarang pembuangan air. Ini menjadi antara perbezaan besar antara sistem tapisan mineral dan tapisan RO kerana sistem tapisan RO perlu pembuangan air.

Masa tu baru saya faham, kenapa penapis air yang gunakan sistem RO kebanyakannya mempunyai saiz tangki yang sangat besar. Ia bersaiz besar kerana untuk hasilkan 1 cawan air, ia memerlukan beberapa cawan air untuk dibuang. Kerana sistem RO adalah sedimikian.

Ia juga menjadi sebab kenapa penapis air sistem RO mempunyai proses yang sangat lambat untuk isian semula air dalam tangki. Bila isian semula air dalam tangki perlahan, maka proses penyejukan dan pemanasan air juga akan jadi perlahan. Ini berdasarkan pengalaman sendiri guna penapis air sistem RO semasa di pejabat dahulu.

Berbanding sistem tapisan Cuckoo. Walaupun saiz tangki 1L air sejuk, 1L air panas. Namun setiap kali air ditekan keluar dari mesin, air baru akan masuk terus.

Anda boleh cuba sendiri, air Cuckoo bahkan boleh ditekan terus air untuk keluar tanpa had!

Saya sendiri pernah cuba untuk isi botol bersaiz 2 liter menggunakan Cuckoo King Top dan hasilnya, air tersebut penuh dengan sekali isian!

Maka jika ditanya kepada saya, adakah saiz tangki Cuckoo menjadi masalah? Pada saya. Tidak sama sekali. Bahkan ia menjadi satu kelebihan kerana isian semula air, penyejukan air dan pemanasan air sangat cepat.

Pengalaman saya sendiri sebelum ini gunakan penapis air Cuckoo King Top di rumah keluarga yang ada penghuni

sekitar 10 orang sebelum ini yang gunakan King Top juga tiada masalah tak cukup air. Cuma bila ramai orang, sudah pasti mengambil sedikit masa untuk penyejukan dan pemanasan air.

Mengenai servis pula, saya difahamkan ketika itu Cuckoo akan datang untuk buat servis penapis air di rumah pelanggan setiap 4 bulan sekali. Dan setiap kali servis maka filter baru akan ditukar terus. Setahun sebanyak 6 batang filter baru akan ditukar.

Bagi saya, servis Cuckoo agak bagus dan memudahkan pelanggan sebab kita sebagai pelanggan langsung tak perlu hubungi Cuckoo untuk urusan servis.

Bahkan setiap 4 bulan sahaja Cuckoo akan telefon pelanggan untuk servis. Maka ia sangat memudahkan dan tak perlu nak ingat bila servis sebab Cuckoo yang akan ingatkan pelanggan.

Sepanjang 2 tahun saya gunakan produk penapis air Cuckoo (dan setahun guna penapis udara Cuckoo), belum pernah lagi terlepas servis. Setiap kali sampai waktu servis sahaja pasti mereka akan hubungi pelanggan.

Proses servis penapis air seingat saya ambil masa hanya sekitar 20 minit hingga 30 minit.

Apa yang dibuat masa servis termasuklah:

  1. Cuckoo akan hubungi pelanggan guna telefon
  2. Hari servis, Cuckoo akan sahkan semula jam berapa nak datang ke rumah
  3. Technician servis Cuckoo (Natural Dorctress) akan datang berseragam lengkap Cuckoo
  4. Natural Doctress akan cabut filter lama
  5. Gunakan pensterilan stim (steam sterilization) untuk bersihkan tangki penapis air dan faucet
  6. Pasang penapis baru
  7. Servis tambahan (free) – Cuckoo akan bersihkan papan potong dan sinki anda
  8. 15 point check
  9. Update servis di dalam rekod

Secara amnya, ini adalah perkara yang dilakukan oleh Natural Doctress Cuckoo semasa servis secara profesional setiap kali servis.

Untuk servis ni, boleh baca blog post saya mengenai bagaimana Cuckoo servis di sini.

KESIMPULAN

Apa pendapat saya lepas 2 tahun guna penapis air Cuckoo di rumah?

Baca kelebihan Cuckoo di sini.

Kesimpulannya, jika anda sedang mencari penapis air untuk dipasang di rumah maka penapis air Cuckoo merupakan penapis air yang sangat sesuai untuk digunakan dengan kelebihan yang telah saya kongsikan di atas.

Pertamanya, saya sangat suka kerana komitmen bulanan Cuckoo adalah sangat rendah berbanding dengan apa yang ada di dalam pasaran dengan kualiti yang setanding dengannya.

Sudah tentu apabila lebih rendah komitmen, lebih banyak dapat jimat.

Kedua, saya okay dengan kapasiti tangki tersebut sebab penghuni rumah saya tak ramai. Bahkan pada saya jika penghuni sekitar 5-6 orang pun masih lagi memadai dengan Cuckoo King Top ini. Ia adalah sesuai untuk anda yang nak berjimat.

Ketiga, saya berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Cuckoo. Walapun dah 2 tahun guna Cuckoo pun saya masih puas dengan servis yang diberikan. Beberapa bulan lepas saya buat servis, semua filter ditukar baru.

Maka memang tak risau langsung mengenai tahap kebersihan air kerana pertukaran filter adalah kerap.

Keempat. Walaupun promosi RM60 penapis air Cuckoo King Top dah lama tamat, namun kini dengan bayaran sebanyak RM75 sebulan pun masih lagi antara yang terendah dalam pasaran yang mempunyai 3 tetapan suhu air (sejuk, panas dan suhu bilik) yang anda tak dapat di luar pada harga ini.

Bahkan anda akan dapat servis, pertukaran filter dan waranti sehingga 5 tahun secara percuma.

Kelima. Saya puas hati sebab tak perlu nak bayar sebarang kos tambahan seperti kos daftar, kos proses, kos pemasangan, kos servis, kos tukar filter dan sebagainya.

Semua itu adalah FREE OF CHARGE sepanjang tempoh anda bayar bulanan. Anda tak perlu pening-pening lagi nak fikir pasal servis atau kerosakan.

Keenam. Air yang dihasilkan adalah bermineral dan alkali ringan. Sudah tentu dengan kualiti air begini walaupun dah guna 2 tahun di rumah namun saya masih lagi berpuas hati dengan hasil tapisannya. Sebab air Cuckoo memang lebih enak dan berkhasiat.

Ketujuh. Lepas habis tempoh kontrak, bayaran untuk servis tahunan pun tak semahal jenama lain yang setanding. Seperti Cuckoo King Top, harganya hanyalah RM424 sahaja setahun. Bahkan jenama lain yang setanding kebanyakannya berharga lebih RM600 setahun. Banyak jimat bila guna Cuckoo ni.

Alhamdulillah, selepas gunakan penapis air Cuckoo saya telah pun mendaftar sebagai ejen Cuckoo. Jika anda berminat  dengan info produk Cuckoo boleh terus hubungi saya untuk saya bantu.

Terima kasih!

ejen cuckoo

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: