Select Page

APA YANG MEMBEZAKAN EJEN YANG ‘POWER’ DAN EJEN BIASA-BIASA?

Setelah bersama Cuckoo selama 2 tahun, saya nak share apa yang saya nampak depan mata saya. Apa yang membezakan ejen-ejen yang power dan cepat berjaya dan ejen Cuckoo yang biasa-biasa.

Kuncinya adalah: *ATTITUDE / SIKAP*

Ejen power mempunyai sikap luarbiasa. Ejen biasa-biasa mempunyai sikap biasa-biasa.

 

1. X FACTOR

Ejen Cuckoo yang power biasanya mempunyai X Factor tersendiri. Mereka ada *SEBAB BESAR* kenapa mereka pilih untuk berjaya dalam Cuckoo.

Faktor paling penting: Keluarga (bayar sewa rumah, hantar anak sekolah, makan minum keluarga, bagi duit kepada mak dan ayah dsb), nak bayar hutang dsb.

Selain itu, ada sebahagian ejen yang power juga sentiasa upgrade X Factor mereka. Bila keperluan utama tercapai, mereka ingin capai lebih banyak impian yang seterusnya. Antaranya nak beli rumah impian, kereta impian, hantar anak ke sekolah yang bagus, bagi duit banyak kepada mak ayah setiap bulan, pergi bercuti, umrah/haji dan sebagainya.

 

2. MASSIVE ACTION

Ejen yang power ni selalu perhati macam mana ejen berjaya buat kerja. Mereka dah ‘benchmark’ siapa ejen-ejen power yang mereka nak follow.

Mereka usaha buat LEBIH dari mereka.

Kalau ejen lain buat 3 kali, mereka buat 30 kali. Itu yang membezakan mereka dengan ejen-ejen biasa.

Mereka power sebab tindakan mereka yang luarbiasa.

Tanya diri kita, “Cukup ke tindakan yang aku buat?”. Belum cukup? Gandakan usaha!

Work hard, work smart!

 

3. MAXIMUM SPEED

Selain itu, ejen power juga sangat mementingkan SPEED.

Mereka akan pastikan gerak kerja mereka sangat pantas. Sikap bertangguh tiada dalam kamus hidup mereka.

Sebab itu mereka dapat buat jualan dengan cepat, close sale dengan cepat. Lihat sahaja betapa pantas mereka berkerja.

Speed ini boleh dilatih, bukanlah ia ‘natural ability’.

Ejen yang usaha buat kerja laju gila ni memang orang tak terkejar, sebab tu mereka dapat hasil yang power.

 

4. CONSISTENCY & PERSISTENCE

Ejen power konsisten dengan kerja mereka. Hari-hari mereka konsisten dengan usaha mereka.

Walaupun cabaran datang, walaupun ada masanya sales turun tapi mereka tetap bertahan dan berterusan dalam usaha.

Ejen biasa-biasa bila senang dapat sales, mereka usaha. Dapat result mereka bangga. Bila susah dapat sales mereka banyak beralasan dan kurang buat kerja.

Ejen-ejen yang power, masa senang dapat sales, mereka usaha. Masa susah dapat sales, mereka tetap usaha.

Mereka sentiasa fokus kepada X Factor mereka, itulah yang menyebabkan mereka tabah dan berterusan.

 

5. SELF-RELIANCE

Ini antara pembeza terbesar antara ejen power dan ejen biasa-biasa.

Ejen yang power sentiasa bergantung pada diri sendiri dan berdikari.

Mereka elak untuk berharap kepada orang lain, tak berharap kepada leader, kerajaan, ibubapa dsb semata-mata.

Mereka mungkin sesekali perlukan bantuan, perlukan sokongan, perlukan tunjuk ajar namun bila dah dapat mereka akan bertindak luarbiasa (Massive Action.

Mereka tidak sentiasa bergantung kepada orang lain untuk sentiasa ‘suap’ mereka.

Disebabkan X Factor mereka yang besar, mereka sentiasa usaha untuk diri sendiri.

Jika belum berjaya, mereka persoalkan diri sendiri. Apa lagi yang boleh diperbaiki?

 

6. OUT OF COMFORT ZONE

Zon selesa ada zon yang akan ‘membunuh’ anda secara senyap. Bila anda selesa dengan keadaan sekarang, ia akan buat anda rasa malas.

Ia tidak akan PUSH anda untuk pergi lebih jauh lagi. Kesannya, anda mungkin sesekali capai target yang diingini.

Tapi percayalah, sampai masa result anda akan merudum disebabkan anda rasa cukup ‘selesa’ dengan apa yang ada.

Sentiasa usaha untuk keluar dari zon selesa walaupun terasa susah dan tak selesa! Kerana itulah yang akan buat anda berkembang jauh lagi.

Jangan sesekali rasa “Aku dah cukup usaha” kalau result anda belum cukup bagus.

Ejen power tidak sentiasa beralasan. Buang semua alasan anda jauh-jauh dan usaha sampai berjaya.

Zon selesa => Zon malas => Zon tidak produktif => Result jatuh

 

7. SERVICE

Ejen power selalu usaha untuk berkhidmat kepada orang lain. Mereka akan berkhidmat untuk pelanggan, untuk ahli team dan untuk bisnes mereka.

Berkhidmat ini akan buat kita kerja LEBIH dari yang sepatutnya, namun hasilnya adalah untuk kita juga akhirnya.

Kerana bila kita buat lebih, skil dan kebolehan kita akan bertambah dan sedikit sebanyak akan bantu kita untuk pergi lebih jauh.

Banyak cara anda boleh berkhidmat kepada pelanggan. Antaranya sentiasa tanya khabar, tanya kalau ada masalah.

Begitu juga untuk Team anda, anda boleh sentiasa tanya kepada leader anda apa yang anda boleh bantu untuk bersama-sama maju bersama team anda.

 

KESIMPULAN

Di sini anda sendiri boleh lihat betapa berbezanya ciri-ciri ejen-ejen yang power dan ejen-ejen yang biasa-biasa.

Sikap / Attitude adalah nombor 1 bagi ejen-ejen yang power. Boleh jadi mereka sedar, boleh jadi mereka tidak sedar.

Tapi itulah pembeza yang buat ejen-ejen power semakin power!

Tak percaya? Cubalah! Anda akan nampak hasil anda PASTI akan berubah (insyaAllah)

Disediakan oleh,
Wan Ahmad Fadhil
Natural Manager,
Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.

Founder Team Gerila Cuckoo
17 Jun 2019

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: