Select Page

Kebiasaannya sebelum masuk ke tahun yang baru, kita akan senaraikan apa azam kita menjelang tahun baru. Apa yang kita nak capai pada tahun akan datang. Apa impian kita nak untuk tahun tersebut.

Kita dah list down banyak impian kita, namun dalam tempoh 1 bulan sahaja kita sudah terlupa akan azam tahun baru tersebut. Kenapa setiap tahun jadi begitu?

Setiap tahun kita impikan dapat pekerjaan yang lebih baik, dapat pergi bercuti lebih kerap, dapat kuruskan badan dan sebagainya. Bulan pertama kita pulun habis-habisan. Tapi bila masuk bulan ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya, kita semakin lupa azam tersebut dan dah berhenti berusaha untuk capai impian tersebut.

Bila tiba bulan Disember, kita teringat balik azam yang lama dan target untuk capai balik azam tersebut pada tahun seterusnya pula. Proses ini sentiasa berulang. Perasan tak?

Kenapa kita susah berubah? Boleh jadi kerana kita terlalu banyak berfikir. Sebab nak berubah bukanlah mudah. Kita perlu lalui kesusahan demi kesusahan untuk maintain perubahan yang kita nak.

Kalau kita nak kurus, kita kena pantang makan. Kita kena bersenam. Kena beli makanan sihat. Buat benda ni semua dalam tempoh 1-2 minggu mungkin senang. Tapi jika kita usaha untuk buat secara berterusan, kita akan rasa semakin berat. Rasa makin malas. Rasa makin susah nak konsisten. Lama-kelamaan kita berhenti. Kecundang separuh jalan.

Begitu juga dengan belajar. Kita mungkin ada impian nak mahir dalam satu bahasa asing. Contohnya nak mahir dalam bahasa Arab. Maka kita daftar ke kursus Bahasa Arab. Sepatutnya setiap minggu kita kena commit untuk datang ke kelas. Siapkan segala homework. Untuk bulan pertama, ia mudah sebab semuanya masih baru, masih simple. Bila dah masuk bulan ke-2, ke-3, semuanya jadi makin susah. Kita mula rasa nak give up. Kita tak siapkan homework yang ustaz berikan. Kita mula tak datang kelas pula.

Pattern dia sama, asalnya kita tahu apa impian kita. Bila kita cuba buat, lama-kelamaan kita mula rasa susah (pain)Susah nak konsisten sampai berjaya. Sebab kita semakin hari semakin susah dan kita terlalu fokus kepada proses, bukan pada impian dan matlamat asal kita nak capai tersebut. Proses seperti: malasnya nak pergi bersenam, susahnya nak kurangkan nasi, susahnya nak siapkan homework, susahnya nak kerja lebih masa, lecehnya nak kena spend masa dengan anak isteri.

Sekarang saya sedang baca sebuah buku yang bertajuk Awaken The Giant Within oleh Tony Robbins. Antara perkara best yang saya baca setakat ni adalah topik: How To Change Everything.

Dalam topik tersebut, Tony Robbins ada sebut mengenai formula Neuro Associative Conditioning (NAC). Formula NAC ini dicipta oleh beliau untuk bantu kita ‘berubah’. Bukan sekadar berubah, tapi berubah untuk tempoh masa yang panjang!

Bagaimana caranya?

Dalam formula NAC, ada 6 step utama untuk bantu kita berubah untuk tempoh yang panjang.

 

1. DECIDE WHAT YOU REALLY WANT

Untuk berubah, perkara yang paling wajib kita perlu lakukan adalah tahu dan BUAT KEPUTUSAN apa yang kita nak capai. Sekadar tahu apa nak dicapai tidak mencukupi. Bila kita buat satu keputusan untuk capai, maka di sana akan wujud sebuah komitmen.

Senaraikan apa keputusan kita? Nak kurus? Nak berhenti merokok? Nak baca al-Quran 1 juzuk sehari? Apa sahaja. Senaraikan dan buat keputusan sekarang!

 

2. GET LEVERAGE! MAKE CHANGE A MUST

Seterusnya, dalam NAC anda perlu fokus kepada 2 perkara ini. Bila kita dah buat satu keputusan untuk berubah, kita kena tahu 2 perkara ini.

Pain & Pleasure.

Pain. Apa kesakitan/kesusahan yang kita akan hadapi bila kita tidak ambil keputusan sekarang?

Sebagai contoh. Bila kita buat keputusan untuk turunkan berat badan, kita kena tahu apa perkara paling menyakitkan bila kita TIDAK TURUNKAN BERAT BADAN HARI INI? Fikir. Apa kesannya? Apa kesan paling teruk boleh berlaku pada kita?

Boleh jadi kita akan rasa diri kita macam looser. Kita akan kena diabetis (kencing manis) dan darah tinggi. Kalau ada kencing manis, hidup seolah-olah semakin kurang bermakna sebab nikmat kesihatan dah hilang. Nak makan sedap pun tak boleh, berpantang sebab terpaksa. Kita tak yakin nak pergi berkerja, bersama pasangan dan sebagainya. Kita rasa semua orang akan mengata kita g*muk! Semua perkara ini sangat menyakitkan. Menyakitkan jiwa dan fizikal kita. Kita perlu sedar, semua ni akan betul-betul berlaku jika kita tak ambil keputusan untuk turunkan berat badan hari ini!

Pleasure. Apa kenikmatan yang kita akan terima kalau kita mula ambil keputusan hari ini? Apa kenikmatan maksima kalau kita buat sekarang?

Sebagai contoh. Kesan bila kita berhenti merokok hari ini adalah kita akan rasa lebih sihat. Isteri dan anak-anak akan lebih mencintai kita. Kesihatan kita akan jadi semakin baik, bahkan kita akan terhindar daripada sakit jantung, paru-paru dan sebagainya yang berpunca dari rokok. Kita akan jimat banyak duit. Duit beli rokok dan duit pergi hospital. Bukan sekadar itu, kita dah boleh mula bersenam dengan lebih yakin. Dan orang ramai akan lihat kita dari sudut yang sangat positif. Semua ini adalah kenikmatan yang akan kita terima bila kita mula berhenti merokok sekarang!

Keajaiban step 2 ini adalah, kita perlu sentiasa kaitkan (associate) pain & pleasure tersebut dengan apa yang kita cuba nak ubah. Bila kita fikir pasal rokok, kita kaitkan dengan sakit, kaitkan dengan anak isteri tak sayang, kaitkan dengan duit habis, kaitkan dengan hukum rokok. Dan pada masa sama, kita kaitkan juga dengan kesihatan yang kita akan dapat bila berhenti rokok, kasih sayang ahli keluarga, masyarakat akan terima kita dan sebagainya.

Sebab tu formula ni dinamakan Neuro Associative Conditioning. Kita kena selalu kaitkan pain & pleasure terhadap perubahan baru yang kita inginkan.

 

3. INTERRUPT THE LIMITING PATTERNS

Step 1 dan 2 pun dah cukup powerful bila kita apply. Pasti kita akan banyak berubah hanya dengan mengenalpasti step 1 dan 2 sahaja. Namun cabaran bila kita dah mula berubah adalah kita kadang-kala rasa nak kembali ke habit kita yang sebelum ni.

Bila kita mula kembali ke habit yang asal, kesannya adalah kita tak akan dapat capai keputusan yang kita dah buat sebelum ni. Kita tak akan capai berat ideal yang kita nak. Kita tak akan berhenti merokok. Kita tak akan hafal al-Quran. Kita tak akan mahir dalam bahasa baru. Kita tak akan berhenti marah anak-anak.

Bila kita ikut pattern yang sama seperti yang lepas, kita akan dapat result sama seperti yang lepas.

Maka, kita perlu ganggu pattern tersebut bila kita mula nak buat perangai lama kita. Kesannya adalah kita akan stop daripada buat perkara tersebut.

Setiap kali kita nak mula buat perangai lamakita atau rasa malas berubah, fikir. Apa kesannya kalau aku buat benda ni sekarang? Apa kesannya kalau aku tak berubah? Apa kesannya pada kesihatan aku nanti? Apa kesannya pada masa depan aku nanti? Adakah aku akan berubah kalau aku buat perkara ini?

Seorang sahabat saya, Tuan Afyan Mat Rawi ada tulis yang dia berazam untuk tak makan nasi sepanjang (penghujung) 2017. Beliau sebut di FB beliau:

“Saya berazam tak makan nasi putih sepanjang tahun ini. Siapa yg dpt tangkap gambar saya makan nasi putih, saya bagi RM100.”

Ini juga merupakan cara untuk interrupt the limiting patterns yang disebut dalam buku tersebut.

 

4. CREATE A NEW EMPOWERING ALTERNATIVE PATTERNS

Langkah ke-4 ini merupakan satu langkah kritikal bagi memastikan perubahan yang dirancang akan menjadi satu perubahan jangka panjang.

Mengapa?

Kerana ramai orang sudah buat ikut langkah 1-3. Berjaya bagi jangka pendek, namun gagal untuk jangka panjang.

Ini kerana ramai yang gagal untuk mencari alternatif kepada perubahan yang diingini untuk keluar dari kesakitan (pain) kepada mendapat (pleasure) adalah antara penyebab utama kita berubah hanya bagi tempoh masa yang pendek.

Sebagai contoh: Kita mengalami masalah kemurungan yang tinggi. Kita nak keluar daripada masalah kemurungan ini. Kita dah senaraikan apa pain dan pleasure jika kita ambil keputusan sekarang untuk berhenti dari kemurungan. Kita sudah cari cara untuk mengganggu pattern yang asal jika kita hampir kecundang. Namun, kita masih lagi perlu untuk cari alternatif kepada kemurungan supaya kita tidak murung lagi. Boleh jadi alternatifnya adalah dengan bersosial, berkawan dengan jiran, lazimi solat berjemaah di masjid, ikuti majlis ilmu dan sebagainya.

Kita perlu cari apa alternatif yang sesuai untuk digantikan dengan sikap dan tabiat negatif lama yang ingin diubah.

 

5. CONDITION THE NEW PATTERN UNTIL IT’S CONSISTENT

Apabila kita sudah menjumpai pattern baru yang sesuai dengan diri kita, maka kita perlu mula untuk sentiasa berlatih ikut pattern baru tersebut hingga konsisten. Teruskan selama 1 bulan, 2 bulan hingga kita benar-benar konsisten dan pattern baru tersebut menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Inilah caranya untuk menjadikan perubahan yang diingini bersifat jangka masa panjang dan kekal konsisten.

Reinforce (kukuhkan) pattern baru tersebut dengan memberi ganjaran kepada diri sendiri atau orang yang kita ingin bantu untuk berubah.

Timing adalah sangat penting. Sejurus anak kita lakukan satu perkara yang bagus, terus berikan pujian. Berikan hadiah jika mereka lakukan sesuatu yang luarbiasa. Untuk diri sendiri, cari cara bagaimana kita ingin beri ganjaran untuk diri sendiri walaupun hanya dengan kejayaan yang kecil. Bila kita dah start sikit je pun, berikan ganjaran untuk diri sendiri. Ganjaran tak semestinya perlu sesuatu yang besar. Cakap pada diri sendiri, “MasyaAllah, bagus Ahmad kau dah berjaya exercise hari ini” pun sudah memadai.

Sebahagian kajian menunjukkan apabila kita usaha untuk reinforce perubahan baru, ia akan membuatkan kita lakukan sesuatu dengan lebih bersungguh dan perubahan tersebut boleh berlaku dalam jangka masa yang lebih panjang.

Sama seperti pekerja yang diberikan bonus gaji bila capai target, anak-anak diberikan hadiah bila capai keputusan exam yang bagus, dan lain-lain lagi. Perubahan juga dapat di-reinforce dengan insentif kewangan/hadiah seperti ini.

Reinforcement untuk bantu orang lain berubah dalam buku ini disebut ada 3 jenis (menurut kefahaman saya)

  1. Beri layanan yang baik
  2. Insentif kewangan
  3. Personal growth – Ini paling powerful kerana ia dapat bantu orang tersebut untuk jadi lebih baik dan bagus.

 

6. TEST IT

Yang terakhir adalah kita perlu uji pattern perubahan baru yang ingin kita bawa dalam diri kita.

Salah satu cara untuk kita uji pattern perubahan baru tersebut adalah dengan menggunakan teknik future pacingiaitu dengan membayangkan bagaimana keadaan diri kita setelah kita lalui semua proses 1 hingga 5 tersebut.

Tutup mata dan bayangkan bagaimana rasanya bila kita sudah capai berat badan yang ideal, bagaimana rasanya bila kita sudah mahir dalam bahasa Arab, bagaimana rasanya bila dah berhenti merokok, bagaimana rasanya bila kita sudah berjaya dalam perniagaan, bagaimana rasanya bila kita dapat konsisten solat di Masjid secara berjemaah.

Sekarang anda sudah berada di masa hadapan yang mana anda sudah miliki semua yang diimpikan.

Tanya diri sendiri, adakah perubahan baru tersebut masih lagi buat kita rasa kecewa atau buat kita rasa lebih seronok dan gembira?

Bagaimana perasaannya bila kita rasa nak kembali merokok, kemudian kita cari alternatif tabiat lama kuat merokok kepada pattern baru yang sudah kita tentukan. Boleh jadi gantikan rasa puas merokok dengan berlari, atau membaca buku atau buat aktiviti-aktiviti lain yang jauh lebih berfaedah dan bermanfaat untuk diri dan keluarga. Bagaimana rasanya?

 

Keenam-enam langkah ini dapat digunakan untuk membantu kita untuk berubah dalam pelbagai situasi berbeza. Boleh jadi masalah keluarga, masalah berat badan, masalah merokok, masalah bisnes, masalah tekanan jiwa, masalah sikap malas dan pelbagai lagi.

Dan jika kita merupakan seorang ketua (ketua keluarga, syarikat, tim bola sepak dan sebagainya), kita boleh juga gunakan teknik ini untuk bantu orang di bawah jagaan kita untuk berubah kepada perubahan yang lebih positif dengan lebih berkesan dan bagi tempoh masa yang lebih lama.

Share This
error: Content is protected !!