Select Page

1. Gantung Di Tombol Pintu Rumah atau Pejabat.

Anda perlu merekacipta flyers yang boleh di gantung di tombol pintu. Kemudian, tambahkan perkataan “Jangan Ganggu” atau “Sedang Bekerja”. Prospek akan menggunakan flyers anda apabila perlu dan sekaligus membuatkan beliau tahu tentang bisnes anda.

 

2. Headline

Letakkan Headline pada flyers anda yang boleh menarik perhatian Prospek. Antaranya, jika produk kecantikan

“Wow. Wanita ini sudah berusia 60 Tahun tapi masih BERGETAH!!!. Baca disini.”

 

3. Konten Yang Menarik Perhatian

Bacaan yang menarik yang dapat menyentuh emosi prospek. Jangan fokus kepada ingin menjual, tetapi fokus kepada memberi manfaat. Anda sendiri mahu beli ke produk tersebut jika ayat flyers itu MENJUAL?

 

4. Sebelum Edarkan Flyers, Dapatkan Review

Apabila prototaip flyers kita sudah siap,jangan cetak banyak-banyak dahulu. Beri kepada sasaran pelanggan kita untuk lihat dulu flyers tersebut, adakah akan menarik perhatian beliau atau tidak.

 

5. Less Is More

Tidak perlu letak terlampau banyak info. Sampai pening propsek membaca.

Sudahnya, ke tong sampah la flyers kita.

 

6. URGENCY – Masa Terhad!

Letakkan ‘urgency’ masa pada flyers supaya prospek terus buat pembelian.

Contohnya: Percuma 1 sebelum pukul 7 malam ini!!! Buat pembelian segera

 

7. Pakai Kostum

Kita boleh memakai kostum semasa mengedarkan flyers. Ia lebih kepada produk berkaitan kanak-kanak. Mereka suka kostum, secara tak langsung ibubapa mereka akan datang dan mengambil flyers anda.

 

8. Kualiti Kertas

Gunakan kertas yang berkualiti untuk flyers anda. Kertas yang lebih tebal meningkat keyakinan prospek

 

9. Kod QR

Zaman berteknologi tinggi ini, kod QR sering digunakan sama ada untuk memudahkan propek membuat pembelian atau mendapat diskaun. Anda juga boleh cuba meletakkan kod QR khas untuk mereka.

 

10. Jika Ada Bunting, Letakkan Di Sebelah Anda.

Apabila anda mengedarkan flyers, letakkan bunting di sebelah anda. Maksimum 4 bunting. Ia membuatkan prspek dapat melihat anda dari jauh dan mereka akan tertanya – tanya apa yang anda sedang lakukan.

 

11. Badan Perlu Ditundukkan Sedikit Ketika Menghulurkan Flyers.

Ini lebih kepada Bahasa Tubuh. Apabila kita tunduk sedikit ketika mengedarkan flyers, kita umpama menghormati pelanggan. Pelanggan akan berhenti dan mengambil flyers kita.

 

12. Jangan Kejar & Paksa Prospek

Elakkan mengejar serta memaksa prospek jika beliau tidak mahu mengambil flyers kita. Apabila prospek menolak untuk mengambil flyers. Tak perlu kejar atau paksa beliau. Ini menampakkan anda terdesak untuk MENJUAL.

 

13. Sediakan Testimoni

Bawa bersama testimoni produk yang ditawarkan ketika membuat pengedaran flyers. Testimoni yang POWER dapat membantu meyakinkan prospek. Bawa bukti produk yang membolehkan propek membuat sentuhan atau merasanya.

 

14. Edarkan Flyers Secara Berkumpulan.

Lagi ramai lagi bagus. Ia kan menimbulkan perasaan ingin tahu prospek sekaligus beliau datang kepada anda.

 

15. Sebut Nama Prospek

Apabila melihat prospek memakai teg nama. Sebut nama prospek itu. kita perlu menyebut nama prospek minimum sebanyak 5 kali untuk menarik perhatian beliau.

 

16. Boleh Kepilkan Borang Kaji Selidik @ Survey Pada Flyers Kita.

Borang kaji selidik amat berguna apabila kita ingin mencari jenis sasaran pelanggan kita dan juga untuk mengumpulkan database berkaitan.

 

17. Ucapkan Terima Kasih

Sentiasa ucapkan terima kasih samaada pelanggan mengambil atau tidak mengambil flyers kita. Ringankan mulut untuk mengucapkan TERIMA KASIH setiap masa. Ini menunjukkan anda menghargai prospek.

 

18. Warna Flyers Mesti Menarik

edar flyers

Flyers yang mempunyai warna yang menarik akan menarik mata prospek. Letakkan warna yang menarik perhatian. Contohnya warna merah dan kuning. Anda juga boleh membuat carian di Google untuk warna yang sesuai bagi produk anda. Bagi produk kecantikan, antara warna yang sesuai adalah warna MERAH.

 

19. Umpama Memberi Hadiah Berharga.

Hulurkan flyers di tangan pelanggan umpama memberi hadiah berharga. Gunakan kedua – dua belah tangan ketika memberi flyers. Ini menunjukkan anda mengharagai flyers dan bisnes anda.

 

20. Sentiasa Senyum.

edar flyers

Harus SENYUM sehingga ke telinga. Senyum dapat memberi ketenangan kepada anda dan prospek . Ia juga memberi
peratusan yang tinggi untuk prspek mengambil flyers anda.

 

21. Edar Flyer Di Kawasan Tumpuan Prospek.

Mesti edarkan flyer di kawasan tumpuan prospek yang kita sasarkan. Buat kajian dahulu dimana sasaran pelanggan kita bertumpu. Ini memudahkan proses kita untuk mengedarkan flyers.

 

22. Tandakan Flyers Ikut Kawasan.

Flyers boleh ditandakan mengikut kawasan yang diedarkan. Ini memudahkan untuk proses dokumentasi dan untuk mengenalpasti kawasan sasaran yang bagus. Apabila pelanggan menghubungi anda, anda boleh tahu dari flyers yang mana mereka tahu tentang anda.

 

23. Pakaian Kemas Luar Biasa.

Asas kepada diri anda. Prospek memandang kita serupa seperti beliau memandang bisnes kita. ‘FIRST IMPRESSION Sells!”

 

24. Rejection?

Apabila pelanggan dihadapan tidak mahu mengambil flyers, jangan beri kepada pelanggan di belakangnya, tunggu pelanggan yang ketiga atau keempat. Ini kerana prospek dapat melihat orang dihadapannya menolak flyers anda. Oleh itu terdetik di fikiran prspek yang beliau juga boleh melakukan perkara yang sama.

 

25. Eye To Eye.

Pandang mata prospek bila bercakap. Ia membina keyakinan oleh prospek terhadap kita.

 

26. Cakap Dengan Yakin & Sopan.

Bercakap dengan penuh keyakinan dan kesopanan. Jaga tutur bahasa dan tidak bercakap perkara yang tidak sepatutnya. Contohnya : Politik dan Agama

 

27. Kutip Semula

edar flyers

Selesai sahaja mengedar flyers, pusing di kawasan sekitar untuk melihat jika ada flyers dibuang. Jika ada, boleh kutip.
Jaga kebersihan kawasan pengedaran flyers. Ini memudahkan anda untuk diberi peluang mengedarkan lagi flyers pada kemudian hari.

 

28. Dapatkan Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (Jika Perlu)

Pastikan kawasan pengedaran flyers mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan. Ada tempat yang boleh diedar dan ada tempat yang tidak dibenarkan. Minta kebenaran dahulu. Jika anda dihalau, beredar dan cari tempat lain.

 

29. Elakkan Hingga Menganggu Kawasan Perniagaan Orang Lain.

Elakkan mengedar flyers sehingga mengganggu kawasan perniagaan orang lain. Tanya dulu kepada peniaga sekitar, adakah anda boleh mengedarkan flyers berdekatan tempat mereka. Jangan membuatkan gerai mereka terlindung . Contohnya mengedarkan flyers betul-betul di hadapan gerai peniaga.

 

30. Beri Flyers Kepada Peniaga Dahulu.

Jika mengedar flyers di kawasan mempunyai banyak gerai jualan. Berikan flyers kepada mereka dahulu .Ini untuk kita membina networking antara peniaga. Mana tahu mereka pun ada peluang perniagaan untuk kita. ‘ Win Win Situation’

 

31. Edarkan Flyers Secara Konsisten Di Satu Kawasan

edar flyers

Ini supaya pelanggan dapat membiasakan diri mereka dengan anda. Mereka tahu anda disitu dan memudahkan mereka bertanya soalan jika ada sebarang masalah.

 

32. Tim GPS

Apabila kita tidak mempunyai ‘Man Power’ yang cukup untuk mengedarkan flyers, kita boleh mengupah syarikat-syarikat diluar sana untuk mengedarkan flyers kita. Tapi pastikan mereka mempunyai alat penjejak GPS atau seumpamanya untuk mengelakkan flyers kita dibuang oleh mereka.

 

33. Reka Bentuk Yang Mengikut Produk

Kita boleh mereka bentuk flyers mengikut produk kita. Contohnya kita membuat servis cetakan cawan. Oleh itu flyers kita berbentuk cawan. Menarik kan?

 

34. Rekabentuk Istimewa

Selain itu juga, kita boleh sahaja mereka bentuk flyers kita tidak mengikut produk yang kita tawarkan. Tapi pastikan ia dapat menarik perhatian prospek.

35. Tajuk Yang WOW

Berikan tajuk yang mudah di fahami dan menarik terus perhatian prospek . Gunakan perkataan Bombastik. Contoh: Terbukti, Rahsia

36. Gambar Sendiri

Letakkan gambar anda sendiri di flyers tersebut. Ini dapat membina kredibiliti kepada prospek.

37. Tarikh penting

Anda juga boleh meletakkan tarikh – tarikh penting di flyers anda. Ini dapat meningkatkan lagi peratusan prospek untuk menyimpan risalah anda.

Contoh: Tarikh cuti sekolah atau tarikh perayaan di Malaysia

38. No Telefon Penting

Letakkan kan juga no telefon yang penting. Contohnya no telefon Bomba atau Hospital berdekatan. Ini juga membolehkan prospek menyimpan flyers anda.

39. Call To Action (CTA)

CTA ini memudahkan prospek terus buat pembelian dengan anda. Contohnya No telefon anda atau laman web anda.

40. Hadiah

Berikan hadiah ketika anda mengedarkan flyers. Semua orang suka hadiah. Anda juga boleh mencubanya. Tidak perlu hadiah yang mahal cuma beri hadiah yang membuatkan prospek rasa dihargai.

41. Teka Teki

Letakkan teka teki pada flyers anda dan beri prospek hadiah jika dapat menjawabnya.

42. Kupon atau Baucar

edar flyers

Boleh membuat kerjasama dengan syarikat lain untuk mencipta kupon atau baucar.

Contohnya Grab = Kod Promo. Kepilkan pada flyers anda.

43. Lokasi Pertemuan

Ini mebolehkan prospek untuk berjumpa dengan anda tanpa perlu membuat temujanji.

Tuliskan di flyers anda dimana lokasi pertemuan yang sesuai. Contohnya.

Di flyers anda tertulis “ Saya berada di Masjid Cheras setiap hari jumaat Pada pukul 5-7 pm. Anda boleh jumpa saya disana”.

44. URL laman web

Letakkan URL laman web anda. Ini dapat memudahkan prospek membuat kajian dahulu sebelum membeli produk anda.

45. Syorkan buku atau bahan bacaan

Syorkan bahan bacaan yang berkaitan dengan produk anda. Contohnya anda menjual produk kecantikan, syorkan blog yang khusus untuk kecantikan.

46. Pakaian syarikat

Memakai pakaian syarikat menunjukkan anda adalah Duta Syarikat. Prospek juga akan menganggap anda adalah sebuat syarikat yang kukuh.

47. Tulis Yang Dihormati

Ini adalah khusus untuk mengedarkan flyers kedalam peti surat. Letakkan flyers anda didalam sampul surat dan tulis diatas sampul tersebut Yang Dihargai atau Yang Dihormati. Ini akan menarik perhatian prospek untuk membaca flyers anda.

48. Tulis Nota Kecil Tentang Bisnes

Kepilkan nota kecil berkenaan bisnes anda pada flyers. Di nota kecil itu, tulis siapa anda dan bisnes anda.

Contoh: Saya Husni Rozaili. Baru buka kedai di hujung blok. Saya ada menyediakan barang runcit. Silalah datang melihat.

49. Letak Reben Atas Sampul

Ini juga sesuai untuk edaran di peti surat atau pintu rumah. Dengan adanya rebe, ia umpama anda memberi hadiah kepada prospek

50. Letak Di Cermin, Wiper Atau Pintu Kereta

edar flyers

Cara ini boleh dilakukan di kawasan luar. Pastikan cuaca dalam keaadan baik semasa membuat aktiviti ini.

Jika hujan, pasti risalah anda basah dan ia membuatkan kereta prospek kelihatan kotor dan menimbulkan kemarahan beliau. Jaga – jaga.

 

Mohon share kepada rakan peniaga baru anda.

Sekian Terima Kasih

____________

Sumber: C&P (Sumber asal tidak diketahui – jika ada pemilik konten sebenar boleh komen untuk saya berikan kredit)

 

___________

Sekarang Saya Jual Cuckoo, Tanpa Modal. Nak Tahu Bagaimana?

Sekarang saya dah tak kerja di ofis lagi. Banyak masa di rumah dengan keluarga je buat bisnes Cuckoo. Alhamdulillah memang sangat mudah.

Saya share pengalaman saya jadi ejen Cuckoo di sini –> http://www.fadhilk.com/ejen-cuckoo/

Berminat nak jadi ejen Cuckoo? –> www.cuckoonano.com/kerjaya-cuckoo/

 

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: