Select Page

5 Tips Jual Penapis Air Dengan Mudah & Berkesan

5 PERKARA YG SAYA BELAJAR DARI NCM FADZLI – CUCKOO B.O.M.

🔰 FAKTA 1: NCM Fadzli adalah NCM paling muda di Cuckoo. Menjawat sebagai Natural Chief Manager pada usia 25 tahun. (WTH?!)

🔰 FAKTA 2: Beliau jadi ejen Cuckoo pada usia 22 tahun, masa tu baru lepas graduasi. Tak pernah ada pengalaman berkerja sebelum ini di mana-mana syarikat. Juga tak ada pengalaman buat apa-apa bisnes sebelum ini. Ini pekerjaan pertama beliau.

🔰 FAKTA 3: Gaji tertinggi beliau di Cuckoo adalah sebanyak RM67 ribu, dan seperti yang lain beliau bermula kecil, bermula sebagai ejen biasa.

 

1. Ini Zaman Digital Marketing

Tahukah anda, terdapat 2 billion (2,000,000,000) orang pengguna Facebook di dunia?

Tahukah anda, terdapat 700 Juta pengguna Instagram di dunia?

Zaman Digital ini, kita boleh beriklan kepada orang ramai TANPA perlu kita berjumpa mereka secara berdepan.

Iklan kita masuk ke dalam rumah pelanggan TANPA perlu kita ketuk pintu rumah mereka untuk beriklan.

Digital Marketing ini bukan sahaja membolehkan kita untuk menjual kepada orang yang kita target dengan berkesan, bahkan juga membolehkan kita untuk TERUS berhubung dengan pelanggan hanya dengan 1 klik di telefon bimbit sahaja.

 

 

2. Be Specific!

“Marketing to everyone is marketing to no one”

Bila kita menjual di FB tanpa meletakkan sasaran pasaran, maka iklan kita akan jadi terlalu umum (biasa/bosan).

Maka itu sebabnya orang jarang membeli.

Marketing yang bagus adalah marketing yang spesifik kepada sasaran pasaran, dan hanya ‘bercakap’ dengan 1 sasaran sahaja pada satu masa.

Contoh: Iklan penapis air fokus kepada Suami

Study mengenai sasaran pasaran kita.

Pastikan iklan kita boleh dikaitkan dengan kehidupan mereka.

 

3. Membina Kredibiliti di Media Sosial

Jadi orang yang ada kredibiliti akan buat orang lebih mudah percaya kepada kita di Media Sosial. Kesannya: Lebih ramai yang nak beli dari kita

Bagaimana cara nak tingkatkan kredibiliti di media sosial?

a. LENGKAP – Pastikan segala info mengenai produk, harga, gambar, info Cuckoo dsb lengkap di FB Profile dan FB Page kita. (jangan biar separuh-separuh sahaja)

b. AKTIF DI MEDIA SOSIAL – Pelanggan lebih selesa membeli dengan individu yang nampak aktif dan responsif. Kalau kita dah lama tak aktif di FB, pastikan kita belajar untuk engage dengan FB kawan-kawan kita terlebih dahulu.

c. UP TO DATE – Iklan hari-hari dengan konsisten dan pastikan info iklan yang kita berikan adalah yang terkini

d. TESTIMONI – Dapatkan sebanyak mungkin testimoni dari pelanggan. Tips tambahan: Buat satu album di FB untuk letak testimoni pelanggan anda. Nanti bila ada testimoni baru, update sahaja dalam album tersebut.

e. ACHIEVEMENTS – Share dengan kawan-kawan di Media Sosial anda segala kemenangan kecil hingga kemenangan besar yang anda kecapi. Kalau ada orang beli dengan kita, share di FB.

 

4. Personalized

Tunjukkan diri anda yang sebenar. Kalau tak tunjuk diri kita yang sebenar, nama kita, gambar kita maka bagaimana orang nak beli dengan kita?

Contoh: Penjual penapis air di FB yang guna gambar muka sendiri VS yang guna gambar kucing. Mana lebih dipercayai?

Kemudian, jangan malu untuk share diri anda yang sebenar. Share sahaja mengenai life, minat dan hobi anda di media sosial.

Kawan-kawan kita berkawan dengan kita bukan semuanya sebab Cuckoo semata-mata. Be real.

 

5. Be Consistent

Di FB (Instagram dsb), orang lebih gemar membeli dengan ejen yang nampak konsisten.

Walaupun kita share hari ini dan belum ada yang beli, boleh jadi akan datang mereka akan beli juga.

Pastikan kita share di FB sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan KONSISTEN.

Bila beriklan, pastikan kita sentuh audiens dari sisi yang berbeza. Jangan bagi semua nampak sama je.

Contoh: Buat iklan untuk golongan suami (beli untuk isteri), iklan untuk anak-anak yang dah kerja beli untuk parents, pekerja untuk pasang di ofis dsb.

Sebab kita tak tahu iklan mana yang akan ‘trigger’ emosi audiens kita untuk membeli dari kita kelak.

 

Sekian apa yang saya belajar dari NCM Fadzli Rosli pada pagi ini.

Wan Ahmad Fadhil,
Natural Manager.
Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.

error: Content is protected !!