Select Page

5 Tips Buat Sales Meletup Jual Penapis Air Dari Rumah

5 PERKARA YG SAYA BELAJAR DARI NCM AZZA – CUCKOO B.O.M.

“5 Tips Mudah Buat Sales Meletup Dari Rumah”

Best tak kalau boleh buat duit yang banyak dari rumah? Pasti lah best!

Dan percaya tak, NCM Azza antara ‘star’ dalam sales dari rumah di Cuckoo.

Hanya dengan PM orang di Whatsapp, FB dan Instagram sahaja pun dah boleh jana minimum 10 sales setiap bulan. Power!

🔰 FAKTA 1: NCM Azza ada impian: Nak buat duit yang banyak dari rumah. (Tak silap dulu pernah berkerja, dan dah fed-up kerja 8am – 5pm sebab tiada masa untuk anak-anak)

🔰 FAKTA 2: NCM Azza jadi NE (ejen) hanya 11 bulan. Naik pangkat ke NM hanya 4 bulan. Kemudian terus naik pangkat ke NCM hingga sekarang.

🔰 FAKTA 3: Beliau berjaya jadi surirumah yang bergaji 5 angka TIAP bulan. Best kan?

So, apa yang NCM Azza share hari ni?

 

1. DATABASE

Orang kata. Database is KING. Database tu apa? Senang kata senarai contact yang kita ada, semuanya adalah database yang kita boleh approach untuk menjual.

(Tanpa menafikan, perlu beradab untuk PM orang tau)

Kat mana kita boleh dapatkan Database?

a. NATURAL MARKET/HOT MARKET – Insan-insan yang kita betul-betul kenal. Seperti family and friends.

b. Whatsapp/Telegram Group (selain hot market)

Seperti group Whatsapp yang berkaitan Jemaah Masjid area rumah kita, group Futsal, group Memasak dsb.

Tengok je bahagian contacts, beratus-ratus nombor telefon ada di sana yang boleh anda approach.

c. FB & Instagram Friends

Kawan-kawan di FB dan Instagram kita semuanya boleh di PM/DM

d. Business Card

Business card yang pernah kita terima sebelum dari bisnes-bisnes lama, kerjaya lama dan sebagainya semuanya boleh di-approach semula untuk kita membuat jualan.

e. Customers From Different Business

Pernah jual produk lain sebelum ni? Supplement? Tudung? Pakaian Muslimah dsb? Semua customer dan prospek dari bisnes lama semuanya boleh jadi prospek yang baik.

f. Referral (Suami/Isteri, Adik Beradik, Mak Ayah, Cousin, Best Friends dsb)

Suami/Isteri kita pasti ada kawan-kawan, ada saudara mara, rakan sekerja dan lain-lain. Itu dikira sebagai database referral.

Begitu juga database boleh kita dapat daripada referral ibubapa kita, adik beradik dan lain-lain.

 

2. SHOOTING LIST

Ini antara teknik bagaimana nak dapatkan database. Hampir sama macam nombor 1 di atas.

Teknik ini lebih femes di kalangan ejen-ejen insurans/takaful.

Bagaimana nak buat?

a. Listkan kategori. Contoh:
– Family
– Kawan tadika
– Kawan sekolah rendah
– Kawan sekolah menengah (dan guru-guru)
– Kawan di kolej/universiti (dan lecturer)
– Kawan dan bos tempat kerja lama
– Dan lain-lain

b. Keluarkan semua nama yang anda ingat

c. Dapatkan nombor telefon atau FB Profile mereka

Dari sini sahaja, beratus-ratus nombor telefon yang anda boleh dapatkan.

 

3. SALES PIPELINE

Buat satu sales pipeline guna kertas/microsoft excel.

Segala list nama dan nombor telefon perlu disenaraikan dalam kertas/Microsoft excel tersebut.

Bila dah contact, tandakan bila tarikh dan masa.

Bila follow up juga perlu letakkan bila tarikh dan masa.

Dalam list tersebut, letakkan juga produk apa yang diminati oleh mereka. Juga produk apa yang mereka beli (dan belum beli).

Contohnya: Bila pelanggan beli penapis air, tandakan. Maka di catatan kita, kita akan nampak apa yang dah dijual dan apa yang belum dijual. Produk yang belum dijual, ia boleh dijual kepada mereka satu hari nanti.

 

4. CARA APPROACH?

Antara tips ringkas dari NCM Azza

a. Perkenalkan diri. Pastikan diri kita boleh kaitkan diri kita dengan mereka. Contoh: “Saya dulu belajar kat UITM Shah Alam juga”

b. K.I.S.S. Bila approach orang, hanya share poin penting dan pendek sahaja. Tak perlu tulis panjang lebar. Jangan share iklan terus di PM!

c. Follow Up – Dari semasa ke semasa, follow up mereka yang anda dah approach.

d. Buat ayat standard – pastikan kita ada ayat-ayat standard untuk kita gunakan

e. Personalized – Tulis NAMA orang yang anda approach. Orang tak suka bercakap dengan strangers.

 

5. TIPS TAMBAHAN

Perasan tak, ada masa orang like dan komen status di FB dan Instagram post kita berkenaan iklan atau info mengenai Cuckoo?

Tak salah untuk kita approach mereka di FB dan Instagram. PM atau DM jer.

Demikian sharing dari NCM Azza yang saya nak share petang ni. Sebenarnya ada banyak lagi poin berharga yang saya tak dapat nak share di sini.

Dengan teknik FREE COST atas ni je, NCM Azza Ahmad boleh buat minimum 10 sales setiap bulan. Hebat betul!

InsyaAllah lain kesempatan saya boleh share.

 

Wan Ahmad Fadhil,
Natural Manager.
Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: