Select Page

4 Langkah Berkesan Membina Sistem Ejen Yang Berjaya

Bagi seorang leader mana-mana produk termasuk penapis air, insurans, takaful, unit trust dan sebagainya, sistem ejen adalah sangat penting bagi anda yang berada dalam fasa growth dan nak berkembang dengan lebih laju.

Sistem ejen yang berjaya dapat melipatgandakan pendapatan anda sebagai leader kerana ejen-ejen yang berkerja dan anda akan dapat komisyen daripada jualan ejen-ejen anda.

Membina sistem ejen yang berjaya bukanlah satu kerja yang mudah. Bahkan jika ia tidak dijaga dengan baik, maka ramai ejen yang ada bersama anda akan cari bisnes lain.

Maka, itu yang menyebabkan seorang leader ejen yang berjaya dapat membina kekayaan luarbiasa dan leader ejen yang tidak mengikut sistem pengurusan ejen yang betul akan kecundang dan rasa perjalanan sebagai seorang leader menjadi satu perjalanan yang sangat susah dan mencabar.

Dalam perkongsian kali ini, saya akan kongsikan 4 formula berkesan jika anda serius ingin kaya dan berjaya dalam bisnes sebagai ejen. Formula R.E.T.M.

1. RECRUIT / REKRUT

Ya, untuk berjaya dalam sistem ejen anda mestilah mempunyai pasukan ejen yang ramai. Ini kerana jika anda tidak merekrut sebanyak mungkin, sangat susah dan mencabar untuk anda jual produk atau servis dalam skala yang besar.

Lebih ramai kita rekrut, maka lebih besar peluang untuk kita menjual  dengan banyak.

Dan dalam sistem ejen, bila-bila masa sahaja akan ada ejen yang buat keputusan untuk berhenti menjual. Maka itulah kepentingannya untuk anda sentiasa merekrut ejen-ejen baru sehingga anda jumpa atau dapat hasilkan ejen yang berkualiti.

Untuk merekrut ejen baru, ada banyak kaedah yang boleh dilakukan. Antaranya

a. BOM (Business Opportunity Meeting) – BOM ini adalah sejenis kelas yang boleh kita lakukan dalam skala kecil atau besar. Tempoh kebiasaannya sekitar 2-3 jam sahaja. Ini adalah kaedah yang paling biasa dilakukan untuk merekrut ejen baru, supaya prospek ejen dapat gambaran besar bagaimana nak mulakan bisnes yang kita tawarkan.

b. 100 Contacts – Senaraikan 100 nama dan nombor telefon keluarga dan rakan anda yang terdekat. Susun mengikut yang paling berpotensi kepada yang kurang berpotensi. Hubungi mereka untuk jadi ejen produk anda

c. Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter Dsb) – Buat FB Post setiap hari dan ceritakan kelebihan jadi ejen anda, peluang pendapatan, insentif dan sebagainya yang boleh menarik minat orang untuk menjadi ejen anda. Sekali sekala buat juga iklan rekrut jenis Hard Sell untuk tarik orang jadi ejen anda.

d. Story (FB, WhatsApp, Instagram) – Dalam media sosial kita kini ada fungsi story, perasan tak. Sebenarnya ramai sahaja yang tengok InstaStory kita. Jadikan Story ini sebagai cara untuk anda kongsikan peluang bisnes bersama anda.

e. Iklan Berbayar – Gunakan Facebook Ads, Google Ads, YouTube Ads dan sebagainya.

f. Menulis artikel – Tulis artikel mengenai kebaikan jadi ejen bagi produk anda, ataupun buat sales page di laman web anda kebaikan dan cara jadi ejen anda. Gunakan laman web, blog dan forum untuk iklankan artikel anda.

g. Mudah.my – Anda juga boleh iklankan peluang jana pendapatan jadi ejen anda di laman web Mudah.

Dan pelbagai lagi cara yang boleh dilakukan untuk merekrut ejen baru.

2. EDUCATE

Antara kesilapan besar para leader adalah merekrut sebanyak mungkin ejen, namun tidak berusaha atau kurang berusaha untuk mendidik ejen baru berkenaan pengetahuan produk dan teknik menjual.

Mulakan dengan mengajar mengenai produk terlebih dahulu. Ejen baru mestilah faham mengenai produk, kelebihannya, USP, dan kekuatan produk berbanding jenama lain di pasaran. Pengaruhi ejen baru untuk membeli produk dan guna untuk diri (jika sesuai) sendiri agar lebih yakin untuk menjual nanti.

Saran yang baik adalah rekrut pelanggan anda yang sedia ada untuk jadi ejen kerana mereka lebih faham dan menjiwai produk yang anda jual.

Ajar ejen teknik yang paling mudah dan terbukti produk tersebut boleh terjual.

Ada free cost marketing, online marketing, offline marketing, face-to-face dan sebagainya yang anda boleh gunakan untuk bantu ejen anda menjual.

Ajarkan juga ejen anda cara untuk pergi lebih jauh dalam bisnes anda iaitu dengan membina pasukan dan merekrut ejen baru.

Banyak cara yang boleh anda gunakan untuk mendidik ejen anda, secara online mahupun offline.

Antaranya: Buat kelas, call ejen, jumpa ejen, buat FB live, buat video YouTube, WhatsApp Class, ajak pergi seminar dan sebagainya

Sekiranya anda ada kemahiran dalam sesuatu teknik, ajar ejen anda teknik tersebut.

Sebagai seorang leader, anda perlu tunjukkan kepada ejen cara paling cepat, mudah dan berkesan untuk ejen berjaya. Buktikan bisnes anda mudah untuk dilaksanakan.

Yang paling penting adalah untuk anda bina mindset yang betul kepada para ejen anda. Jika ejen anda hanya berfikir cara untuk cepat kaya, maka mereka akan cepat keluar daripada tim anda.

Namun jika anda bina mindset yang betul, bina cara fikir long term, sentiasa tingkatkan motivasi ejen, bantu ejen cari Big Why (purpose) mereka, bantu mereka untuk rancang masa hadapan mereka, tunjukkan kepada mereka career growth, maka pasti mereka akan lebih setia bersama anda.

Seorang leader yang baik dapat melahirkan leader-leader lain yang sama seperti anda. (Duplicate new leaders)

 

TASK / BAHAGIKAN TUGASAN

 

Setelah anda didik ejen cara jadi cara untuk berjaya, kemudian berikan kepada mereka apa tugasan yang perlu mereka lakukan.

Apabila kita kongsikan senarai tugasan, ejen akan tahu apa tindakan yang perlu mereka lakukan.

Tanpa mengambil tindakan sudah pasti tiada jualan. Jika ada tindakan dibuat, tetapi tindakan ejen tidak menepati cara yang leader kongsikan juga ada kemungkinan kurang jualan.

Setiap agency mempunyai cara untuk memberi tugasan kepada ejen dengan cara tersendiri.

Namun jika anda masih belum ada cara, saya cadangkan untuk anda bina Action Plan untuk ejen anda.

Contoh Action Plan

 

Letakkan objektif (target) yang ingin dicapai, tindakan yang perlu dilakukan dan tempoh masa untuk selesaikan segala tindakan yang telah dirancang.Contoh Action Plan

Action Plan ini boleh dibuat oleh leader atau ditulis sendiri oleh ejen. Leader boleh bantu berikan cadangan kepada ejen yang ingin buat Action Plan sendiri.

Jika tindakan yang dilakukan mengikut tempoh masa yang dicadangkan, namun hasilnya kurang memberangsangkan. Maka senarai tindakan (Action) tersebut perlu diperbaiki sehingga ejen capai apa objektif yang diingini.

 

MONITOR / PANTAUAN

Memberi tugasan sahaja tidak mencukupi tanpa sebarang pantauan.

Maka jika anda telah bahagikan tugasan atau dapatkan Action Plan daripada ejen anda, anda mesti pantau aktiviti mereka.

Kerana tanpa pantauan, terkadang ejen akan terlupa apakah tindakan yang perlu mereka ambil.

Dalam banyak kes, ejen mengadu tiada jualan. Namun apabila ditanya semula kepada ejen, ramai yang tidak laksanakan tugasan atau Action Plan yang telah disediakan.

Jika masih tiada jualan walaupun telah buat segala tugasan yang diberikan, maka seperti yang dikongsikan dalam poin ke-3 sebelum ini bahawa ejen perlu perbaiki tindakan (Action) yang perlu mereka lakukan.

Sentiasa bantu ejen untuk cari aktiviti lain sehingga mereka jumpa aktiviti yang paling berkesan untuk mereka capai target jualan yang diingini dan target untuk merekrut ejen-ejen baru.

KESIMPULAN

Teknik R.E.T.M. ini merupakan teknik yang terbukti berkesan untuk anda yang ingin menguasai sistem jualan ejen.

Tanpa perancangan dan strategi yang betul, maka kerja yang anda lakukan akan mengambil masa yang lebih panjang untuk capai kejayaan yang diingini.

Jika anda dapat hasilkan sistem ejen yang berjaya dan berkualiti, maka pasti hasil lumayan yang akan anda terima!

Wan Ahmad Fadhil,
Nak jadi leader berjaya

Saya merupakan seorang konsultan jualan penapis air dan udara jenama Cuckoo. Selain daripada itu, saya gemar menulis dan berkongsi pengalaman hidup saya dengan anda semua. Saya juga suka berkongsi mengenai bisnes dan buku yang pernah saya baca. Tahun 2017, saya pergi menunaikan ibadah Haji. Saya turut kongsikan sebahagian tips berdasarkan pengalaman saya untuk Haji di usia muda.

error: Content is protected !!