๐— ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€? ๐Ÿค”

Saya sendiri pernah tertanya-tanya apa untungnya emas ni. Macam mana nak take profit?

Sebab kalau nak melabur pastilah sebab kita nak untung kan. Siapa nak rugi.

Baik.

Emas, tidak sama seperti pelaburan saham, unit trust dan sebagainya kerana beli emas anda tak dapat keuntungan melalui dividen dan sebagainya. Namun untungnya emas adalah pada turun naik harga emas itu sendiri.

Untuk buat keuntungan dengan emas, saya kongsikan 4 cara di bawah:

 

1๏ธโƒฃ Beli & Simpan Jangka Panjang

Emas jika disimpan untuk jangka pendek pasti akan lalui fasa turun naik harga emas. Ada masa untung. Ada masa nampak macam rugi.

Namun untuk tempoh panjang, 5-10 tahun harganya pasti meningkat! Lihat sahaja harga emas 10 tahun lepas banding dengan hari ini, perbezaannya lebih RM100/g dah harganya akan terus meningkat.

Emas PAMP dibeli pada tahun 2010 semasa harganya tinggi RM170/g. Hari ini harga 1g adalah sekitar RM270/g. Walaupun dibeli pada harga tinggi pada 10 tahun lepas, masih lagi untung sehingga hari ini. Keuntungan sekitar RM1000!

Maka kalau nak mula melabur emas dengan teknik simpanan, pastikan ada mindset untuk simpan jangka panjang untuk menikmati keuntungan bila harga naik.

Untuk teknik beli dan simpan, anda perlu membeli secara konsisten tidak kira semasa turun ataupun naik. Yang penting jumlah gram emas anda bertambah hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.

Nak kira keuntungan, kita boleh kira secara ‘dollar cost averaging.

Contohnya:

Beli 10g pada bulan Januari – RM200/g = RM2000
Beli 10g pada bulan Febuari – RM220/g = RM2200
Beli 10g pada bulan Mac – RM210/g = RM2100

Kiraannya adalah seperti berikut: RM2000 + RM2200 + RM2100 = RM6300 / 30g = RM210/g

Bermakna purata harga emas anda beli adalah pada harga RM210/g

Jika kini (Disember 2020) harga emas adalah sekitar RM270/g. Untung anda dah buat adalah RM270 – RM210 = RM60/g. Bermakna anda dah buat untung sekitar RM60 x 30g = RM1800! Bagaimana pula kalau anda beli lebih dari itu?

Jadikan emas simpanan untuk dilupakan, simpanan untuk masa depan.

Perbezaan Harga Emas Jangka Panjang

 

2๏ธโƒฃ Beli Harga Rendah, Jual Harga Tinggi

Beli emas ketika harganya tengah jatuh menjunam, dan jual semula ketika harganya tengah meningkat tinggi.

Seperti yang kita tahu, harga emas adalah sangat ‘volatile’ untuk jangka pendek. Harganya boleh turun naik dengan sangat cepat.

Sehinggakan harga emas boleh turun sekitar RM10~RM20 dengan cepat. Begitu juga ia boleh naik semula dengan cepat.

Teknik ini boleh dibuat untuk short term. Anda perlu ada sedikit analisa teknikal untuk buat teknik ini.

 

3๏ธโƒฃ Jadi Dealer Emas

Di samping menyimpan emas, anda juga boleh jadi dealer emas untuk buat keuntungan dengan emas. Walaupun % komisyennya tidak besar, namun emas merupakan simpanan yang ‘evergreen’ dan akan dibeli sampai bila-bila.

Di Public Gold, anda berpeluang menjadi dealer emas. Komisyennya adalah seperti berikut:

  • Normal Dealer – 1%
  • Priority Dealer – 1.5%
  • Master Dealer – 2%

Untuk menjadi Normal Dealer atau Priority Dealer, ada modal yang perlu dikeluarkan. Wang yang anda belanjakan tersebutย  tidak lain tidak bukan hanyalah untuk membeli emas.

Bermakna anda ada 2 keuntungan di situ:

  1. Untung sebab beli emas
  2. Untung sebab jadi dealer emas

Apabila anda dah jadi dealer emas, anda boleh rekrut atau ajak orang ramai untuk membeli emas di Public Gold. Sekiranya orang tersebut beli sebanyak RM100, untung anda dapat adalah RM1 hingga RM2.

Kalau sebulan orang melabur emas hingga RM100,000 maka untung anda adalah RM1000 hingga RM2000.

Kalau sebulan orang melabur emas hingga RM1,000,000 maka untung anda adalah sekitar RM10,000 hingga RM20,000!

public gold dealership promotion

Selain itu, anda juga boleh pilih untuk jadi ejen emas bagi kedai-kedai emas yang menyediakan platform tersebut.

 

4๏ธโƒฃ Beli Gold Bar Limited Edition

Syarikat Public Gold mengeluarkan siri-siri ‘limited’ untuk design-design tertentu seperti di bawah.

Goldbar begini kebiasaannya dikeluarkan pada jumlah yang sangat terhad sekitar 10,000 unit sahaja. Sekiranya habis maka design tersebut sudah tidak lagi dijual di pasaran.

Apa yang dapat membuatkan si pembeli untung kerana sifatnya yang terhad, maka harganya juga akan meningkat tinggi dan nilainya akan kekal.

Jika anda ingin membeli emas jenis limited edition begini, pastikan anda sudah kaji terlebih dahulu berkenaan design tersebut.

Kalau yakin nilainya boleh terus meningkat maka beli sahaja. Jika design tersebut anda yakin kurang permintaannya, jangan beli.

Lihat trend di media sosial. Kalau ramai yang ‘bercakap’ mengenai design tersebut kebiasaannya itu menunjukkan design tersebut ada potensi untuk kekal mahal.

PERHATIAN! Harga goldbar limited edition begini boleh jadi lebih TINGGI sekiranya ia mempunyai nombor siri yang unik dan cantik. Kalau anda boleh dapatkan design yang rare + nombor siri yang unik maka lebih menguntungkan.

Design begini juga mempunyai demand yang tinggi. Kerana ia sangat terhad, harganya kekal tinggi. Kalau dijual pasti akan ada yang ingin membeli.

Nak buat cara yang mana? Tepuk dada tanya hati ๐Ÿ˜Š Pilihlah yang paling sesuai dengan anda

_

Minat nak menyimpan emas di Public Gold & dapat bimbingan percuma dari Fadhil? Whatsapp Fadhil okay ๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘‡

๐Ÿ’ฐ wa.me/60139916967

Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer.

#KempenHajiUsiaMuda #PublicGold #PublicGoldDealer #PublicGoldSelagor #PublicGoldKL #PatuhSyariah #AmanieAdvisors #1Bulan1Gram #1Bulan1Dinar #NotaEmasFK #NotaKewanganFK #GAP

*Kredit gambar Mohd Arizan

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: