Select Page
Nak Jadi Baik, Terpaksa ‘Pentingkan Diri’. Macam Mana Tu?

Nak Jadi Baik, Terpaksa ‘Pentingkan Diri’. Macam Mana Tu?

Kadang-kadang, nak jadi baik kita kena jadi pentingkan diri. Macam mana tu?

Lately ramai ejen-ejen lain yang PM bertanya macam-macam soalan.

Ada masa memang tak sempat nak reply PM tersebut atas kesibukan sendiri.

Bila kita tak share, tak guide, bukan bermakna kita kedekut, taknak kongsi rezeki dsb.

__

Cuma bagi sesetengah orang. Masa, tenaga dan kerahan mental itu selayaknya diutamakan untuk ejen-ejen yang berdaftar direct dengan orang tersebut.

Banyaaak, berderet lagi mesej yang tak terbalas.

Jika ada masa lapang, lebih baik kita spend untuk anak bini kita.

Bagi saya, saya agak busy juga sebab sejak dulu WFH. Tiap masa nak kena buat kerja. Tiap masa nak kena urus anak. Belum campur anak menangis dan meragam lagi.

Kalau kita ‘baik hati’ sangat nak jawab soalan semua orang, kesianlah anak bini kita nanti 😆 Kesian juga ejen-ejen kita. Soalan diorang kita tak sempat jawab. Soalan ejen lain kita beria jawab bersungguh.

Sebaiknya bila kita ada sebarang soalan, mulakan dengan bertanya kepada upline kita. Kalau mereka tak tahu, terus pada manager dan ke atas.

Gitulah.

__

Kita mungkin akan nampak ‘jahat’, nampak ‘pentingkan diri’ bila buat cara begini.

Biarlah orang kata kita selfish, kedekut, jahat. Tapi orang yang selayaknya kita bantu, dapat hak yang mereka perlukan.

Tak perlu pun orang puji kita baik.

Buat apa orang puji kita baik, pada masa sama kita ‘jahat’ dekat orang di bawah tanggungan kita?

Biarlah kita nampak baik depan mata anak bini dan downline kita jer.

Memanglah tolong orang lain dapat pahala. Kalau tolong ejen kita pun dapat pahala. Spend masa dengan anak bini pun dapat pahala.

Kerana hakikatnya, kita kena baik bertempat.

Kita kena kena realistik. Saya sendiri tak kuat nak jadi macam orang lain yang sanggup tolong semua orang.

__

Saya tulis gini bukan bermakna saya takkan tolong sesiapa. Bila ada masa terluang, tengah tak stres, saya jawab jer. Saya tolong jer. Huhu

Saya pun pernah dan biasa je bertanya soalan kepada upline orang lain. Tapi pada masa sama, saya tak boleh expect semua orang akan jawab. Sebab setiap orang ada kesibukan tersendiri yang SAYA TAK NAMPAK.

Saya juga percaya kalau kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita. Bukan saya tak beriman pada ini. Cuma kalau utamakan ejen sendiri pun dah termasuk mudahkan urusan orang lain.

Sempat guna FB kejap ni pun nak relakskan otak jer.

Masalah Kini Anak-Anak Hidup Dalam ‘Double Life’…  Kenapa Ini Berlaku?

Masalah Kini Anak-Anak Hidup Dalam ‘Double Life’… Kenapa Ini Berlaku?

Ustaz Hasrizal ada sebut semalam mengenai anak-anak kecil hingga remaja yang hidup dalam “Double Life”.

Double life ni cane? Yang saya ingat, ustaz maksudkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai dua jenis kehidupan:

1. Depan mak ayah dia lain
2. Bila bersendirian, dengan kawan-kawan dia lain

Double life anak-anak ni berlaku apabila mak ayah mempunyai ‘expectation’ bahawa anak-anak mereka mesti jadi apa yang diorang nak.

Mak ayah tak boleh terima kalau anak yang mereka besarkan tak jadi ikut apa yang mereka nak, tak capai expectation mereka.

(hingga anak-anak tiada ruang untuk ‘jadi diri mereka’ depan mak ayah)

Depan mak ayah, anak itu mungkin seorang yang nampak beragama, Islamik, bertudung, jaga solat, jaga adab dan sebagainya.

Bila bersendirian, kat luar, semua itu dia tinggal. Dia buat semua di atas hanya sebab nak puaskan hati mak ayah dia. (dan mungkin mak ayah dia tak berleter panjang, marah, sedih, terasa hati dsb)

Pengalaman beliau sendiri yang pernah mengajar di sekolah Islam, berdepan dengan anak-anak yang mempunyai masalah begini.

Kadang kala kita dengar, anak-anak masuk sekolah agama, sekolah tahfiz tetapi merokok, couple, buli, gangsterisme, ketagihan pornografi dan sebagainya.

Dan lebih teruk lagi jika mereka berzina atau jadi homoseksual sejak usia remaja.

Itulah ‘dual life’ yang dihadapi anak-anak muda remaja zaman sekarang yang mana mak ayah langsung TAK TAHU sisi gelap kehidupan anak-anak mereka.

__

Kenapa semua ini berlaku?

Ustaz Hasrizal ada sebut dalam video FB live tu antaranya disebabkan oleh ketiadaan 2 perkara ini pada mak ayah dengan anak-anak:

1. TRANSPARENCY – Ketelusan. Anak-anak tak telus dengan mak ayahnya.

2. NEGOTIATION – Anak-anak tiada ruang dan peluang bernegosiasi, berbincang dengan mak ayah.

Apabila anak-anak tak dapat nak transparen/telus dan bernegosiasi dengan mak ayah, maka mereka berpotensi untuk cipta cara hidup mereka sendiri tanpa pengetahuan kita.

Ia bukanlah disebabkan hantar anak sekolah agama. Hantar anak sekolah agama tak salah pun.

Yang salahnya apabila parents mempunyai expectation yang terlalu tinggi terhadap anak-anak hingga mereka sesak, tak difahami, tak dapat jadi diri sendiri depan mak ayah mereka.

Pada masa sama, mereka tidak dapat nak jadi telus, transparent, dan tak dapat nak berbincang, negosiasi dengan mak ayah mereka.

Dan apabila dikatakan beri peluang anak-anak untuk jadi transparent depan mak ayah mereka, itu juga tidak bermaksud kita TAK BOLEH tegur mereka ketika mereka buat salah. Apa yang salah tetap perlu ditegur, dibetulkan.

Sekarang baru faham kenapa Ustaz Hasrizal pernah sebut dalam video sebelum ni. Ustaz tak kisah anak-anak nak jadi apa sekalipun, namun yang paling penting adalah dapat bentuk akhlak anak-anak.

Bila anak-anak ada akhlak yang baik, mereka akan buat keputusan yang baik dalam kehidupan. Mereka akan berhubung/berkomunikasi dengan cara baik dengan orang lain. Mereka akan cari pekerjaan yang baik. Mereka akan jadi orang baik.

__

So begitulah. Kebelakangan suka dengar sharing dari Ustaz Hasrizal dalam page My Learning Journey sebab banyak perkara yang Ustaz kongsikan dalam artikel, video dsb yang sangat relevan dengan kehidupan anak-anak zaman moden ni.

Kita tak boleh samakan cara kita membesar dengan cara mereka perlu dibesarkan. Begitu juga parents kita dulu pun tak boleh samakan cara mereka membesar dengan cara kita dibesarkan.

Hakikatnya, zaman berubah. Kita jangan syok sendiri sebab kita rasa kita dibesarkan dengan cara yang bagus, ia juga bagus untuk generasi selepas kita. Sedarlah ibu dan ayah, tak semestinya.

Ya Allah mudahkanlah urusan kami untuk membesarkan anak-anak kami di zaman penuh ujian ini. Ameen.

Sebelum Nak Labur Emas, Mulakan Dengan Belajar Hukum Hakam Emas

Sebelum Nak Labur Emas, Mulakan Dengan Belajar Hukum Hakam Emas

Nak menyimpan emas, melabur emas, simpan emas, mahupun beli barang kemas. Mulakan dengan belajar hukum hakamnya.
 
Sebab emas ni barang ribawi. Kita takut akan terjerumus dengan Riba yang diharamkan Allah.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (Al-Baqarah – 278)
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ 
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al-Baqarah – 278)
Alhamdulillah masa di UIA dulu sempat juga belajar Fiqh of Economist 1 & 2 dan didedahkan juga sikit mengenai isu Riba dalam jualbeli emas.
 
Ada sebahagian situasi jualbeli emas yang boleh menyebabkan kita masuk dalam transaksi yang tidak dibenarkan dalam syariah.
 
Dan sempat mengaji di masjid UIA syarah hadis hukum ‘Umdatul Ahkam dan masuk juga bab jualbeli ni.
 
Walaupun belajar dengan sangat dasar, tapi yang penting kita tahu wujudnya isu dalam jualbeli emas ni. Maka kita boleh kaji dan berhati-hati dalam urusan jualbeli.
 
Dulu nak fikirkan apa hikmahnya urusan jualbeli emas ni ada hukummya secara spesifik, perlu secara lani, nak tukar emas dengan emas perlu sama berat dulu tak tercapai di akal.
 
Tapi kerana hukumnya memang begitu maka kita taat sahaja pada perintah Allah.
 
Dalam keadaan sekarang, urusan jualbeli kebanyakannya semakin kompleks maka sangat penting bagi kita umat Islam kembali mengaji, belajar asas dalam hukum hakam jualbeli bagi memastikan segala urusan jualbeli kita halal dan diredhai Allah.
 
Di Public Gold ni, alhamdulillah segala urusan jualbeli emas DENGAN syarikat ada sijil patuh syariah dari Amanie Advisors. Syukur sebab dengan adanya sijil ni, sebagai orang awam saya taqlid sahaja dengan yakin.
sijil patuh syariah public gold amanie advisors emas labur beli simpan
sijil patuh syariah public gold amanie advisors emas labur beli simpan
 
Namun kalau nak beli emas dari kedai, kawan-kawan, nak trade in emas, nak beli emas online, nak tukar emas kita dengan orang lain dan sebagainya.
 
Please ambil masa untuk study dahulu. Dan jangan jual/beli/trade in dengan mudah-mudah bagi mengelakkan Riba yang Allah haramkan.
__
Antara video recommended untuk tengok, berkenaan pelaburan dan jualbeli emas:
Seminar Kewangan Islam: Pelaburan Emas – Us. Zaharuddin Abd. Rahman (UZAR)


Dr.Zaharuddin Abd Rahman : Jual-beli & Pelaburan Emas Serta Hukum Hakamnya


Datuk Dr Mohd Daud Bakar Seminar Emas & Shariah Public Gold TH Hotel Kelana Jaya 11 Nov 2017

Dr. Zaharuddin Ab Rahman – Dinar Emas – Halaqah TV9

BARAKAH (PELABURAN EMAS) Diana Raafar, Dr. Zaharuddin Abd.Rahman

Nak Belajar Bisnes? Kenapa Anda Perlu Cuba Bisnes Network Marketing & Direct Selling?

Nak Belajar Bisnes? Kenapa Anda Perlu Cuba Bisnes Network Marketing & Direct Selling?

Kalau nak belajar buat bisnes, saya sangat sarankan untuk join bisnes network marketing & direct selling.
 
Ini hasil bacaan & summary berdasarkan bacaan buku Business School: For People Who Like Helping People oleh Robert Kiyosaki. Baru habis baca sekitar 2 bulan lepas.
 
_
 
Kenapa join sistem ini proven dapat bantu kita untuk pandai berbisnes?
 
1. Ramai yang ada proven success track record dalam bisnes ni. Kerja kita hanya follow sahaja leader yang dah berjaya.
 
Perhatikan mereka yang dah berjaya. Belajar bagaimana mereka lakukannnya. Follow attitude / sikap-sikap positif yang mereka ada. (ambil yang baik2 sahaja)
 
Jadikan mereka yang dah berjaya sebagai mentor anda untuk jadi sama berjaya macam mereka.
 
.
 
2. Sistem ini sangat menghargai ilmu dan pembelajaran berterusan.
 
Tanpa ada ilmu dan skil dalam bisnes sekalipun, anda boleh je join bisnes tersebut. Yang penting ada keinginan nak belajar.
 
Bila masuk network marketing & direct selling, anda pasti akan belajar ilmu bisnes yang sangat berharga dan praktikal. Bukan sekadar teori dan konsep sahaja.
 
Ini sebabnya dalam sistem network marketing dan direct selling, ahli akan sentiasa diajak untuk hadir ke kelas untuk belajar.
 
Bila ahli hadir kelas, belajar, tambah ilmu dan ambil tindakan, sudah tentu hasilnya akan berubah dan jualan boleh bertambah. Income pun akan bertambah.
 
Ahli yang rajin belajar, hadir ke kelas supaya faham lebih dalam mengenai produk dan strategi jualan, kebiasannya merekalah yang akan jadi top performer dalam sistem tersebut.
 
Kebanyakan syarikat network marketing & direct selling sangat ambil berat sejauh mana anda bersungguh nak belajar, berubah dan berkembang dalam bisnes anda.
 
.
 
3. Sistem komisyen yang memuaskan. Bila kita buat bisnes, sudah pasti kita nak komisyen yang bagus.
 
Bila buat direct selling & network marketing, perhatikan pelan komisyen yang diberikan & follow kaedah yang diajar untuk dapat sejumlah komisyen yang kita inginkan.
 
Biasanya memang lebat lah.
 
.
 
4. Kembangkan empayar bisnes. Dalam sistem ini, kita seolah-olah membina organisasi dan bisnes kita sendiri.
 
Sampai satu tahap, kita boleh rekrut dan ajak seramai mungkin orang untuk join bisnes tersebut.
 
Seramai mana pun ejen yang kita daftarkan, company yang akan bayarkan komisyen mereka bila mereka buat jualan.
 
Bayangkan anda bina bisnes yang sangat besar, namun anda tak perlu bayar 1 sen pun kepada ejen-ejen yang berdaftar dengan anda.
 
Anda sebagai leader pula akan dapat habuannya kerana ajak orang join dan latih mereka sampai mereka berjaya buat jualan.
 
Lagi ramai ejen anda bantu dalam empayar anda, lagi besar peluang income yang anda boleh miliki.
 
.
 
5. Orang berjaya dalam sistem ini, adalah orang yang berjaya JADIKAN ejen mereka berjaya SEPERTI MEREKA
 
Dalam sistem ini, tiada istilah kaya sorang-sorang. Mungkin ada yang boleh buat namun dalam ribuan orang, mungkin hanya beberapa sahaja yang boleh survive bersendirian.
 
Orang yang berjaya jadikan ramai ejen bawah mereka kaya seperti mereka, percayalah income mereka juga besar!
 
.
 
6. Belajar SKILL baru
 
Dalam bisnes ini juga, anda akan belajar skil-skil baru termasuklah skil berkomunikasi, bercakap dengan orang ramai, skil closing sales, skil jual face to face, skil jual online, skil bercakap dengan pihak syarikat, kerajaan, skil buat marketing, poster sendiri dan sebagainya.
 
Dalam dunia jualan, sudah pasti anda akan belajar sangat banyak skil bisnes yang dapat bantu anda kembangkan bisnes anda dengan sangat cepat.
 
Serius, skil ini susah dan mungkin anda perlu bayar untuk belajar jika berada di luar.
 
Dalam sistem network marketing & direct selling ini, semua skil ini anda akan dilatih dengan percuma 100%
 
.
 
7. Berkawan dengan orang kaya, berjaya
 
Anda mempunyai pilihan di sini untuk berkawan, berhubung dan belajar dari mereka yang lebih berjaya dalam bisnes ini.
 
Tak kisah tua atau muda, anda akan lihat setiap golongan umur pasti ada orang yang berjaya dari setiap golongan.
 
Mereka yang berjaya dalam sistem ini kebiasaannya sangat terbuka untuk berkawan dan berborak dengan anda.
 
Ambil yang baik-baik.
 
Bila berkawan dengan tukang besi, bau besi melekat kat kita. Bila berkawan dengan penjual minyak wangi, bau minyak wangi pun melekat kat kita.
 
Gitu ler.
 
Apa-apa pun, pastikan cara kita berbisnes itu halal.
 
Semoga bermanfaat & selamat bercuti!
 
Wan Ahmad Fadhil,
7 Jun 2020
__

Sekiranya anda nak belajar buat bisnes direct selling & network marketing, boleh cuba join bersama saya di CUCKOO.

Dulu Aku Takut Nak Melabur Emas… Takut Rugi.. Tapi Sebenarnya Kena Tahu Cara Betul!

Dulu Aku Takut Nak Melabur Emas… Takut Rugi.. Tapi Sebenarnya Kena Tahu Cara Betul!

Harini nak cerita sikit pasal emas.
 
Dulu aku pun ada juga rasa takut-takut nak ‘melabur’ duit beli emas ni.
 
Sebab perasan juga dalam tempoh setahun memang ada kenaikan dan penurunan harga emas.
 
Kalau harga naik, rasa rugi tak beli masa dia tengah murah.
 
Bila harga turun, takut rasa menyesal beli pada harga tinggi. Huhu.
 
Cuma bila kita reflect balik, fikir betul-betul. Hakikatnya emas adalah ‘wang’ yang betul-betul ada nilai.
 
Kita simpan lama mana sekalipun, ia tetap ada nilai. Dulu, kini dan selamanya.
 
Bila nak ‘melabur’ dalam emas, kena ada ilmu dan mindset yang betul.
 
Sebab emas TAK AKAN beranak. Beli 1 gram, ia kekal 1 gram. Tak macam TH, ASB, unit trust dan sebagainya yang boleh buat duit tu beranak.
 
Cuma nilainya dibandingkan dengan wang ringgit atau USD sekalipun, untuk tempoh 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun akan datang ia pasti akan lebih tinggi. InsyaAllah.
Harga Emas Malaysia - Public Gold
 
Sebab nilai matawang ringgit setiap tahun pasti akan menurun. Apabila nilai matawang jatuh, maka nilai emas pula akan terus dan terus meningkat.
 
Ada sebuah buku yang aku baca baru ni. Kata penulis, ada 2 jenis pelabur emas.
 
1. Trader Emas – beli masa harga jatuh, jual masa harga tinggi. Dapat untung pada perbezaan harga
 
2. Penyimpan Emas – harga jatuh atau naik, dia tetap beli emas. Sebab goal dia adalah untuk memperbanyakkan jumlah gram emas.
 
Dan penulis nasihatkan, lebih berbaloi jika kita jadi penyimpan emas/gold saver.
 
Bila harga emas naik, alhamdulillah sebab emas kita pun naik harga.
 
Bila harga emas turun, alhamdulillah sebab inilah masanya untuk tambah simpanan emas kita.
 
Menyimpan emas ni antara kelebihannya juga dia dapat bantu kita untuk elak diri daripada boros bila ada duit tambahan.
 
Kadang kala bila ada cash lebih jer, kita terus decide nak ‘reward diri’ beli apa-apa kehendak kita. Ia tak salah, tetapi kadang-kadang boleh jadi membazir jika kita sebenarnya tak berapa perlu pun benda tu.
 
Tapi bila dah terjebak dekat emas ni, kita tahu lepas ni kalau ada duit lebih jer maka bolehlah guna untuk simpan emas.
 
Kurang-kurang dapatlah release endorphin untuk rasa happy dapat berbelanja. Shopping duit pun, tapi tak membazir sebab dapat emas 😁
 
Kalau nak start jadi penyimpan emas, boleh la beli 1 gram emas sebulan. Kalau ada duit lebih, boleh jugak beli 1 dinar emas sebulan.
 
Kalau simpan 12 bulan, dah dapat 12 gram. Atau boleh jugak dapat 12 dinar kalau beli 1 dinar sebulan.
priority dealer emas dinar public gold
 
__
 
Satu lagi tips yang saya dengar dari penyimpan emas. Kalau kita ada target nak berbelanja besar pada masa akan datang maka boleh jadikan simpanan emas ni sebagai permulaan.
 
Contoh lah, nak kumpul duit untuk pergi Haji atau Umrah, atau nak renovate rumah.
 
Kalau simpan cash, mungkin kita akan belanja duit simpanan tu untuk beli benda lain bila terdesak atau ada keinginan.
 
Tapi bila simpan emas, ia agak susah sikit nak dicairkan jadi cash. Kesannya, tabiat berbelanja kita dapat dikawal insyaAllah. Manakala jumlah simpanan/kekayaan kita dapat dikekalkan.
 
Melainkan kalau kita jenis yang boleh berdisiplin jaga cashflow kita, mungkin lebih selamat walaupun cash berkepuk-kepuk dalam poket.
 
Harini harga emas 1g di Public Gold adalah RM262, manakala 1 dinar emas pula RM1109.
 
Orait, itu jer sharing aku untuk harini. InsyaAllah next time akan share lagi. Moga bermanfaat!
 
Wan Ahmad Fadhil
Public Gold (Priority Dealer)

error: Content is protected !!