Select Page
Cerita Semasa Mula-Mula Jadi Ejen Cuckoo

Cerita Semasa Mula-Mula Jadi Ejen Cuckoo

Setahun lebih yang lalu, tak pernah aku sangka yang aku akan buat bisnes ni secara berjemaah.

Masa tu aku masuk Cuckoo semata-mata sebab nak cari makan untuk sara hidup.

Sebab aku baru je lepas resign dari kerja dan pilih untuk kerja sendiri.

Alhamdulillah, keputusan aku suatu ketika dahulu disokong oleh isteri dan parents aku.

6 bulan pertama bersama Cuckoo adalah fasa yang paling perit bagi aku.

6 bulan pertama ini juga aku beberapa kali terfikir nak give up dan buat bisnes lain.

Kenapa?

Sebab fasa ini fasa yang paling mencabar untuk dapat pelanggan.

Ye lah kan, sebab kita masih lagi baru.

Mujur aku dah prepare duit simpanan sikit at least aku boleh survive walaupun gaji aku RM400 hingga RM1000 lebih sahaja pada waktu itu.

Hampir semua cara aku dah cuba untuk buat untuk dapatkan hanya 1 pelanggan.

Ribuan ringgit telah aku ‘bakar’ untuk dapatkan pelanggan.

Aku rasa mungkin ada yang kesian tengok aku.

Dalam banyak-banyak kerja, aku pilih jadi penjual penapis air. Kerja yang budak-budak lepasan SPM pun boleh buat.

Kerja yang tak nampak ‘bijak’ sangat. Kerja yang orang pandang rendah.

Tapi aku dah mula rasa tak kisah.

Sebab yang penting keluarga aku boleh survive.

Yang penting sewa rumah aku boleh bayar tiap-tiap bulan on time. Yang penting anak isteri ada makanan setiap hari di atas meja.

Aku usaha setiap hari aku belajar mencari rentak dan style untuk menjadi penjual penapis air yang handal.

Lama-kelamaan bila dah berjaya dapat income yang lebih bagus, aku mula rasa yakin nak ajak kawan-kawan untuk buat bisnes bersama Cuckoo ni.

Kenapa?

Sebab TIADA MODAL untuk bermula. Seriously. Nothing to lose.

Ya bila dah mula nampak bibit kejayaan. Ada pula yang mula menyindir. Ada je yang tak kena.

Ada yang kata aku buat bisnes MLM, ada yang sindir bila aku tunjuk gambar cek, ada yang sindir aku boros kuat berbelanja dan sebagainya.

Sebahagian orang dah mula tak nak berkawan dengan aku.

Aku tak kisah pun.

Ya dalam hidup ni kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Bila redha manusia sekeliling kita yang kita cari nescaya kita akan sentiasa rasa kecewa.

Kerjalah untuk diri sendiri dan keluarga kerana itu paling utama.

Jangan hidup dalam bayang-bayang orang lain.

Dan jangan pula bila dah berjaya, kita sentiasa cuba nak impress orang lain.

Aku suka quote ni, “People buy things they don’t need, with money they don’t have, to impress people they don’t like.”

Kini.

Aku pilih untuk bersama Cuckoo sebagai Cuckoo Natural Manager.

Tugas aku adalah untuk membimbing semua ejen-ejen di bawah team aku untuk sama-sama bina pendapatan dan perbaiki kewangan ke arah lebih baik.

Tugas aku sekarang bukan sekadar pastikan makan minum cukup untuk diri aku sendiri dan keluarga.

Aku kena bantu ejen-ejen yang bersama aku untuk cukup makan juga.

Tengok gambar atas ni. Semuanya ada keluarga untuk disara.

Aku tak boleh bayangkan kalau kawan-kawan baik aku ni tak cukup duit untuk makan setiap hari, walhal aku boleh tolong mereka untuk cari nafkah untuk keluarga.

Dan kalau boleh, agar mereka dapat beli rumah sendiri, hantar anak-anak ke sekolah yang bagus dan menyimpan untuk masa depan juga.

Keperluan hidup dan kewangan mereka kini adalah KPI aku untuk terus berjaya.

Aku sangat bersyukur dan gembira bila tengok kawan-kawan baik aku ada yang buat duit daripada RM75 hingga RM6000 lebih sebulan.

Setiap usaha mereka sangat aku hargai.

Kerana aku tak pernah sangka bahawa usaha aku ajak mereka bersama Cuckoo dapat jadi punca rezeki untuk mereka teruskan kehidupan.

Kini bersama aku ada ratusan ejen yang dah berdaftar. Aku hanya mampu bantu mereka yang ingin aku bantu.

Ya kawan-kawan, hidup ini bukan sekadar menerima.

Sampai satu masa kita kena pilih untuk memberi.

Tolong doakan saya dan team saya berjaya ya!

Wan Ahmad Fadhil,
Presiden Team Gerila Cuckoo.

_____

Kalau nak jadi Cuckoo Authorized Reseller boleh inform saya. Saya tunjuk caranya.

Lelaki Misteri Dari Mesir

Lelaki Misteri Dari Mesir

LELAKI MISTERI DARI MESIR (Yang sedang berjalan menuju masjid, kopiah putih)
 
Kali pertama aku jejakkan kaki ke Masjidil Haram adalah pada bulan Ogos 2017 untuk tunaikan ibadah Haji.
 
Sebelum-sebelum tu memang tak pernah jejak kaki ke sana, paling kuat pun tengok video kat YouTube jer.
 
Dulu-dulu memang niat kuat nak pergi, tapi tak ada duit.
 
Pada hari kedua tiba di sana (seingat aku), masa tu aku baru je lepas buat Tawaf sunat dan berehat sebentar di ground level masjid tersebut – sama level Ka’bah.
 
Awal-awal bulan 8 tu, karpet masjid masih penuh lagi di sekitar masjid. (Dah masuk musim Haji, karpet dah tak ada lagi.)
 
Sambil-sambil duduk atas karpet hijau yang empuk tu untuk rehat, aku bawa sekali kurma dan air zam-zam.
 
Perasaan pada masa tu, fuh masyAllah. Pengalaman awal yang cukup manis.
 
Kemudian seorang Arab datang pada aku tegur aku, dia bagi salam.
 
Dia tanya aku dari mana. Aku cakap aku dari Malaysia.
 
Aku tanya balik dia dari mana?
 
Katanya dia dari Mesir.
 
Nasib la masa kat UIA dulu 2 sem kena belajar Bahasa Arab asas – memang asas sangat.
 
Masa tu aku try cari keyword apa dia sebut jer.
 
Sambil berborak, aku ambil air zamzam yang diletakkan atas lantai dan minum.
 
Dia tegur aku, mafhumnya: “Saudaraku, kau tak puasa hari ini?”
 
Aku jawab, “La…”
 
Katanya lagi (mafhum): “Saudara, sekarang kau datang jauh-jauh dari Malaysia. Kau datang ke sini dengan untuk tunaikan Haji beribadah kerana Allah, untuk meraih sebanyak mungkin pahala. Hari ini pula hari Isnin, hari yang disunnahkan untuk berpuasa. Kenapa kau tak berpuasa?”
 
Aku masa tu memang dah rasa tersentap. Sungguh.
 
Ye lah kan, aku rasa aku datang ke Mekah ni dalam keadaan musafir.
 
Takkan nak puasa. Penat kot.
 
Tapi betul katanya, aku datang jauh-jauh dari Malaysia. Patut ibadah lah sungguh-sungguh.
 
Masa tu aku memang tak terjawab, sebab tak pandai nak jawab. Bahasa Arab kot.
 
Tak lama lepas tu, dia pergi dalam senyuman.
 
Aku masih ingat wajahnya dan namanya, Mahmud.
 
Beberapa hari seterusnya aku pergi ke Masjidil Haram lagi aku masih terserempak dengannya beberapa kali di ruang yang sama.
 
Bila terserempak memang nampak beliau tersenyum sahaja.
 
.
 
Disember 2018, aku pergi lagi ke sana untuk tunaikan ibadah Umrah.
 
Demi Allah, sesiapa yang pernah ke sana pasti sentiasa merindui Tanah Haram, Mekah dan Madinah.
 
Maka tahun lepas aku decide untuk pergi Umrah.
 
Beberapa hari pertama di Madinah, aku banyak lepak di area Masjid sahaja.
 
Dulu masa aku pergi Haji, banyak masa aku pergi ke perkuburan Baqi’ selepas waktu solat, sebab akan ada pengebumian jenazah setiap kali lepas solat.
 
Peluang besar di sana sebab Nabi sebut siapa yang solat jenazah akan dapat pahala sebesar 1 Qirat, dan siapa yang mengiringi jenazah akan dapat pahala sebesar 1 Qirat. (1 Qirat sebesar gunung Uhud)
 
Antara sebabnya adalah hotel aku tak jauh dari Baqi’.
 
Tapi kali ni, hotel aku terletak di belakang Masjid Nabawi ke arah kanan sikit.
 
Kiranya memang jauh lah kalau nak pergi ke perkuburan Baqi’ daripada hotel aku.
 
Aku rasa sebab aku sendiri yang malas, so jarang la pergi ke perkuburan Baqi’ lepas solat.
 
Sebab lain juga adalah sebab ada mak dan ayah aku sekali ikut pergi umrah, so banyak masa bersama dengan mereka.
 
Aku teringat hari-hari terakhir sebelum aku berangkat ke Mekah.
 
Masa tu aku dah insaf (hoho) sebab dah nak pergi Mekah, so aku gunakan sedikit masa untuk ziarah juga perkuburan Baqi’ lepas waktu solat.
 
.
 
Ditaqdirkan ada satu malam selepas solat Maghrib aku singgah ke perkuburan Baqi’ untuk ikut jenazah.
 
Lepas pengebumian aku kembali semula ke masjid.
 
Aku pergi ke tempat Wudhu untuk berwudhu dan cuci sikit tangan dan kaki sebab berdebu – tanah perkuburan di sana berbeza dari Malaysia.
 
Sambil selesaikan semua tu, aku tengok kanan.
 
Nampak seorang lelaki ni.
 
Macam kenal.
 
Aku bagi salam, tanya dia.
 
“Nama kau Mahmud kan? Dari Mesir?”
 
Jawabnya, “Ya aku Mahmud dari Mesir”
 
Aku tanya dia, kau ingat tak aku?
 
Tahun 2017 lalu kau pernah tegur aku kat Masjidil Haram?
 
“Oh ya ya, aku ingat”
 
Masa tu aku rasa gembira sungguh.
 
Aku tanya, “Kau buat apa kat sini?”
 
Jawabnya, “Aku menetap di Madinah, kerja di sini”
 
Oooh, begitu rupanya.
 
Lepas perjumpaan sekejap tu, kami berpisah.
 
Dia doakan agar aku dapat ziarah untuk Umrah/Haji berkali-kali lagi selepas ini.
 
Aku aminkan sahaja.
 
.
 
Ya pada aku, ia merupakan perjumpaan yang sungguh misteri.
 
Dalam jutaan umat manusia yang ada di sana, Allah taqdirkan aku berjumpa dengan beliau lagi.
 
Ya. Jumpa beliau lagi.
 
Teringat tegurannya, baru aku sedar bahawa ‘standard’ ibadah kita dengan orang-orang soleh ini sangat jauh sekali.
 
Rasa tenang sungguh jumpa orang sebegini.
 
.
 
Aku teringat balik, rasa beruntung sangat sebab aku diberi peluang untuk sambung Degree di UIA pada tahun 2010 yang lalu.
 
Di sini aku direzekikan jumpa dengan sahabat-sahabat yang jauh lebih baik dari aku dari sudut hati dan amalan.
 
Bilamana kita berjumpa dengan orang soleh, berkawanlah dengan mereka, berdampinglah dengan mereka.
 
Sungguh jika kita ada sahabat-sahabat yang ikhlas dan dekat dengan Allah, hidup kita pasti akan lebih bahagia, hati kita pasti akan terasa lebih tenang.
 
Mereka akan tetap bersama dengan kita dalam susah mahupun senang.
 
Cukuplah aku berdamping dengan mereka agar sentiasa berada dalam ‘circle’ yang baik, supaya teruk-teruk aku pun tapi janganlah lagha sangat. Huhu.
 
.
 
Kawan-kawan.
 
Manusia yang berkawan dengan kita semata-mata kerana dunia, mereka pasti akan pergi tinggalkan kita apabila kita tiada semua itu.
 
Manusia yang bersahabat dengan kita kerana Allah, mereka pasti akan bersama kita walaupun kita dalam senang mahupun susah.
 
Begitulah.
 
.
 
Wan Ahmad Fadhil,
Nak Jadi Baik. Sentiasa Rindukan Haramain.
Orang ‘Gay’ Di Tandas Masjid, Mengapa Ini Berlaku..?

Orang ‘Gay’ Di Tandas Masjid, Mengapa Ini Berlaku..?

…di tandas masjid itu, aku nampak kelibat mata yang sedang melihat pada pantulan air di atas lantai. Dalam otak aku dah terfikir.

ALLAH! GAY MELAYU!

Dia terus cuba melihat. Aku cuba ‘cover’ supaya tak dilihat. Makin didekatkan pandangannya.

Tiba-tiba kelihatan 2 jarinya bergerak, seolah-olah memanggil aku ke arahnya.

Kurang ajar. Memang aku nak belasah orang ni.

BAM!! BAM!! Pintu tandas itu aku ketuk sekuatnya.

Terus dia keluar dari tandas.

Dan aku pun keluar, pergi ke arahnya dan aku cengkam bajunya sekuat hati, tolak badannya ke arah kolah wudhu’ di masjid itu.

“Kau nak apa hah?!”

Masa tu aku dah rasa nak hayun tangan penumbuk aku ke mukanya.

Lelaki berusia sekitar 40an itu menggigil ketakutan.

Masa tu baru lepas azan solat Asar.

Orang ramai masjid itu terkejut melihat situasi itu.

“Bang, ni masjid bang! Jangan buat macam ni, jangan gaduh. Ni rumah Allah.. Kenapa ni bang?”, tegur seorang jemaah masjid tersebut.

Aku jawab, “Saya tengah dalam tandas, dia skodeng dari bawah. Apahal?”

Nampak muka ‘Gay Melayu’ itu, memang nampak macam tak normal.

Macam orang normal yang sakit otak.

“Bang, dia ni memang tak betul bang. Dia ni memang gila sikit..”, kata seorang jemaah masjid di sana.

Aku bagi warning pada Gay Melayu itu untuk jangan buat lagi.

Sebenarnya, takut juga. Sebab ini first time berlaku dalam hidup aku.

AKU TAK TAHU APA NAK BUAT.

Sebab aku bawa anak aku sekali ke Masjid tu.

Aku tak sanggup bagi anak aku nampak aku belasah orang.

_______

TAKUT!

Aku sebenarnya terfikir satu benda.

Situasi itu buat aku rasa takut.

Sebab kerosakan manusiawi semakin terhakis hari demi hari.

Semakin ramai ‘SEX OFFENDER’ termasuklah dari golongan mereka yang cenderung kepada seks songsang LGBT dan pedofilia yang semakin berani untuk bertindak mengikut hawa nafsu mereka.

Walaupun ia berlaku di Masjid atau tempat awam!

Aku semakin takut akan keselamatan keluarga dan anak-anak ahli jemaah Masjid yang kecil dan tak tahu apa-apa.

Begitu juga dengan Sex Offender yang boleh wujud dalam kalangan ahli keluarga anda. Dan ini sangat banyak berlaku!

BAGAIMANA?

Bagaimana jika golongan ini bertindak dan lakukan perkara tidak senonoh pada budak kecil yang tidak mampu nak buat apa-apa?

Bagaimana jika pada waktu solat, anak ahli jemaah dibawa ‘berdua-duaan’ di dalam bilik tandas bagi melempiaskan nafsu orang begini?

Ya.

Perkara ini pernah berlaku. Bila berborak dengan sahabat saya yang terlibat dalam organisasi di sebuah masjid.

Namun atas alasan “orang ini gila”, seolah-olah polis tidak dapat lakukan apa-apa tindakan kepada orang begini.

_______

KENAPA INI BERLAKU?

Tuan-Tuan.

Saya percaya ia bermula secara halus. Ia bermula dari rumah. Ia berlaku secara ‘rahsia’.

Zaman ini, pornografi sangat mudah diakses.

Tak perlu komputer dan laptop.

CUKUP telefon bimbit yang ada di tangan anda, pasangan dan anak-anak anda mempunyai segala akses kepada pornografi.

Berbanding 20 tahun lalu perkara ini sangat jarang didengari.

Ya kerana akses kepada kelucahan ini adalah sangat terhad 20 tahun yang lalu.

Kini di YouTube, apa sahaja video yang ingin dilihat semuanya akan ditayangkan.

Golongan ini mencari mangsa secara rahsia. Luar nampak normal, nampak baik. Dalaman rosak teruk.

Lihat sahaja kisah di atas. Aku yakin bukan semua orang berani nak ‘counter’ golongan begini.

Nafsu serakah yang tidak dapat dilepaskan kepada orang sebaya mereka, boleh jadi dilepaskan kepada anak-anak kecil bawah umur.

Perkara ini berlaku.

Namun kini kanak-kanak yang ditayangkan di television kini juga semakin ‘vokal’ untuk mempamerkan gaya hidup LGBT dalam kehidupan seharian.

Seks songsang kini seolah-olah menjadi satu bentuk normalisasi dalam dunia hari ini.

Apabila golongan ini diperangi, mereka pula yang seolah-olah menjadi ‘mangsa’. Sedar tak?

____

Renungan untuk kita semua.

Kita hidup di zaman yang sangat cepat berubah.

Kita perlu sentiasa sedar, usaha jaga diri kita dan keluarga kita.

Be prepared jika perkara begini berlaku, apa yang perlu anda lakukan?

Didik anak-anak kita berkenaan sentuhan yang betul dan sentuhan yang ‘sex offending’. Fahamkan mereka itu apa itu rogol. Ajar mereka apa yang perlu dibuat dalam kecemasan?

____

Demi Tuhan.

Kini kita impikan kehidupan kini yang lebih selamat.

Bersama-sama kita berkongsi peringatan kepada keluarga dan kawan-kawan kita supaya kita sentiasa bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Wan Ahmad Fadhil​,
Jurujual Jalanan.

___

Anda ada tips atau pengalaman yang boleh dikongsi? Komen ya

Pergi Haji Usia Muda. Bolehkah? Mulakan Simpan Duit Untuk Pergi Haji

Pergi Haji Usia Muda. Bolehkah? Mulakan Simpan Duit Untuk Pergi Haji

Masa tu simpanan saya ada sekitar RM15,000.
 
Tahun 2017.
 
Duit yang saya simpan hasil kerja dan bisnes part-time yang saya buat.
 
Dengan simpanan itu, masa tu saya terfikir 1 je.
 
Iaitu impian saya untuk pergi Haji sebelum 30 tahun.
 
Ya Tuan-Tuan.
 
Pergi Haji sebelum 30 tahun. Pergi Haji pada usia muda bukanlah sesuatu untuk dibanggakan.
 
Namun perlu selalu diingat bahawa Haji adalah sebahagian dari rukun Islam (bagi yang mampu).
 
Sebenarnya saya dah lama rasa rindu nak ke Tanah Haram walaupun belum pernah ke sana.
 
Tahun itu, saya terfikir nak gunakan duit itu untuk 3 benda. Sama ada:
 
1. Pergi Umrah – kawan-kawan saya ada buat servis umrah. At least, lepas rasa rindu ke sana
2. Beli rumah – kumpul duit sikit lagi dah boleh bayar deposit beli rumah murah
3. Pergi Haji – walaupun ini belum confirm lagi. Awal tahun 2017 tu saya try hantar surat rayuan Haji.
Pilihan 1 dan pilihan 2 saya tak pilih.
 
Nak beli rumah, rasa macam berat sikit masa tu.
 
Walaupun rasa hampir-hampir dah nak gi Umrah.
 
Tapi fikir balik.
 
Daripada spend RM6000 gi umrah, baik kumpul sikit lagi cukup RM10,000 dah boleh gi Haji.
 
Itu lojik saya la. Tak setuju tak apa.
 
So duit tu memang saya tak buat apa-apa.
 
Hari raya 2017 saya beraya di Brunei. (kampung mak kat sana)
 
Balik dari Brunei, mak cakap
 
“Ada surat tawaran Haji ni Dil. Kena confirmkan dalam masa 2 hari lagi”
 
Masa ni sangat banyak drama berlaku. Sebab terpaksa tinggalkan anak kecil 2 orang di Malaysia.
 
Seorang 9 bulan. Seorang lagi baru 2 tahun.
 
Sebab saya nak bawa isteri saya Nurul ‘Izzah Zaidi gi Haji sekali.
 
Cerita Haji saya boleh baca sini ➡️ http://www.fadhilk.com/pengalaman-haji-muda-part-1/
 
Nak dijadikan cerita, alhamdulillah dengan izin Allah saya gi Haji tahun tersebut.
 
Cuma nak share di sini.
 
Nak pergi Haji ni bukanlah untuk orang kaya. Bukan juga untuk orang tua.
 
Pergi Haji juga bukan untuk orang baik, soleh dan alim.
 
Pergi Haji ni untuk orang Islam.
 
Ya. Sebab ia termasuk rukun Islam yang ke 5 kita.
 
Saya seru sahabat-sahabat yang membaca status ini.
 
Mulakanlah menabung untuk pergi Haji dari sekarang, pasang niat sungguh-sungguh untuk pergi Haji selagi masih bernyawa.
 
Simpanlah RM50 sebulan, RM100 sebulan atau lebih lagi. Ikut kemampuan.
 
Nenek saudara saya yang sudah cukup tua, simpan duit Haji bertahun-tahun hanya dengan jual aiskrim Malaysia harga RM0.10 sebatang.
 
Kita yang masih muda pasti boleh lebih lagi.
 
Bagi kita yang dah ada duit, simpanan dalam akaun yang cukup.
 
Especially yang terlibat dalam sales (jual penapis air, insurans dsb) yang ada kebebasan masa.
 
Pergilah.
 
Tinggalkan sebentar dunia bisnes sebab anda pun ada income secara pasif masuk setiap bulan.
 
Plan untuk pergi Haji dalam masa terdekat. Tahun ini, tahun depan atau seterusnya.
 
Plan agar masa pergi itu kita dalam keadaan cukup bersedia untuk tinggalkan keluarga.
 
Percayalah, Allah akan ganti semula perbelanjaan kita.
 
Allah akan jaga keluarga kita di Malaysia.
 
Allah akan jaga perniagaan yang kita tinggalkan.
 
Pergilah agar kita tidak dipersoalkan oleh Allah akan harta kita yang kita kumpul, tapi tak digunakan untuk tunaikan kewajiban Haji kita.
 
Mari sama-sama kita mulakan menyimpan duit. Buat bisnes atau kerja part-time untuk kumpul duit kalau nak pergi lebih segera.
 
Banyakkan berdoa. Especially pada masa mustajab.
 
Semoga Allah mudahkan urusan kita semua untuk jadi seorang Muslim yang taat kepada perintahNya.
 
Wan Ahmad Fadhil,
Rindu Haramain.
 
___
 
Siapa add saya jadi friend, boleh add saya Wan Ahmad Fadhil atau follow FB saya. Terima kasih!
Teknik I.K.U.T. & Personal Branding Jual Penapis Air

Teknik I.K.U.T. & Personal Branding Jual Penapis Air

Teknik I.K.U.T. & Personal Branding Jual Penapis Air

5 PERKARA YG SAYA BELAJAR DARI NCM RAGINA – CUCKOO B.O.M.

“Teknik I.K.U.T.”

🔰 FAKTA 1 – NCM Ragina merupakan antara Top NE semasa beliau masih ejen dulu.

🔰 FAKTA 2 – Beliau juga ketika jadi Cuckoo Natural Manager, menjadi antara Top NM Nationwide dengan jualan tertinggi 700 lebih unit dalam 1 bulan. Wow!

🔰 FAKTA 3 – Antara NCM yang paling femes di Cuckoo antaranya beliau lah. Saya rasa semua orang Cuckoo kenal beliau sebab beliau antara yang paling rajin tonjolkan diri sebagai speaker.

 

1. KOSONGKAN GELAS

Bila kita nak belajar daripada sesiapa, sangat penting untuk kita belajar untuk ‘kosongkan gelas’ kita terlebih dahulu.

Ya, boleh jadi kita lebih tahu tentang ilmu yang disampaikan (tahu lah sangat). Boleh jadi kita rasa kurang setuju.

Tapi dalam sesi pembelajaran, kosongkan gelas yang ada.

Unlearn dan relearn.

Kerana pasti lebih banyak ilmu dan maklumat yang boleh kita cerna bila kita belajar lagi.

Teknik I.K.U.T.

 Ikut – Ikut jer apa kata leader. Sebab mereka lebih berpengalaman dan lebih tahu selok belok menjual berbanding kita.

 Komited – dengan ilmu dan tindakan sehingga berjaya. Jangan separuh jalan.

 Usaha – sepenuh hati, sepenuh jiwa. Barulah kita dapat merasa manisnya hasil usaha kita

 Tawakkal – kepada Allah. Dalam segala usaha dan rencana yang kita buat, maka kembalilah kepada Allah. Mohon kepadaNya dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan.

 

2. SELF-BRANDING

Ini antara perkara penting especially bila kita baru nak jadi ejen Cuckoo.

Memang lah jadi ejen tu senang, free.

Tapi janganlah sampai lepas jadi ejen terus Iklan penapis air.

Kawan-kawan kita pun terkejut nanti.

Mulakan dengan self branding. Perkara paling simple boleh anda buat

a. UPDATE GAMBAR – Gunakan gambar anda sendiri yang paling kemas untuk anda display di FB Profile, Whatsapp dan Instagram. Kerana orang akan lebih yakin membeli dengan ‘real people’.

b. ABOUT ME (WhatsApp) – Tulis “Hi, I’m Fadhil! Your trusted Cuckoo consultant” atau yang sewaktu dengannya. Supaya orang tahu kita komited dengan bisnes Cuckoo.

c. FB STATUS – Share di FB, Whatsapp Group, Instagram dsb bagitau semua orang yang kita baru jadi ejen Cuckoo sah berdaftar. Jangan iklan selagi kita belum inform orang keliling kita yang kita ejen Cuckoo. Biar orang ingat nama kita, mereka ingat Cuckoo!

 

3. COPYWRITING SIMPLE TAPI POWER!

Siapa kata Copywriting ni susah? Senang sangat sebenarnya.

Yang penting kita tahu cara yang mudah untuk kita buat copywriting.

Langkahnya seperti berikut:

(contoh: jual Penapis air)

1⃣ ASK YOURSELF WHY – Tanya diri kita, kenapa perlu guna penapis air Cuckoo?

2⃣ LIST IT DOWN – Berdasarkan no 1, listkan sebanyak mungkin apa sebabnya

3⃣ PRIORITIZE IT
Daripada list tersebut, pilih yang mana yang paling penting untuk kita share

4⃣ YOUR COPYWRITING IS DONE!
Daripada poin tersebut, bina copywriting anda hingga siap!

Dan please KEEP IT SIMPLE & STUPID (KISS). Jangan guna bahasa yang orang tak faham.

Gunakan bahasa mudah difahami oleh semua orang. Okay?

 

4. GAMBAR YG CANTIK DAN MENGANCAM

Nak beriklan di FB ni gunakanlah gambar-gambar yang cantik dan kemas.

Nanti barulah orang bernafsu nak beli produk dari kita. Kan?

Gambar yang cantik kita boleh dapat dari website Cuckoo, Google atau ambil gambar sendiri cantik-cantik.

Dan jangan lupa, edit la juga gambar tu cantik-cantik.

Macam-macam software yang ada, tak kisah nak guna laptop atau smartphone. Semua boleh dibuat dengan mudah.

Powerpoint, canva, picsart dan lain-lain semua boleh digunakan untuk buat gambar dan poster yang cantik dan bergaya.

Juga pastikan layout gambar yang kita buat bila share di FB dalam keadaan kemas okay?

 

5. TIPS ADD TARGETED FRIENDS DI FB

Antara cara nak dapatkan sales dengan padu di FB secara FREE adalah dengan penuhkan 5000 friends di FB.

Kalau FB kita takat ada 300 orang friends jer, memang susah nak buat sales.

Lagi banyak friends di FB, lebih besar peluang untuk kita dapatkan sales.

Nak add friends di FB secara targeted pun kena ada teknik tau. Tak boleh add ikut suka kita je.

Antara teknik yang NCM Ragina share adalah

a. Add friends kita punya pasangan (dan ahli keluarga) jadi friend

b. Add mutual friends

c. Masuk mana-manaa group komuniti

Pastikan orang yang kita add tu mampu nak membeli.

Kalau add budak 16 tahun memang diorang tak akan beli. Rugi je. Add mereka yang targeted dan mampu nak beli.

Mampu beli  Dah kerja, dah kawin (kebiasaannya mereka adalah golongan yang mampu)

Sekian sahaja nota yang sempat saya catit bagi sesi bersama NCM Ragina Zulkifli.

Semoga bermanfaat!

 

Wan Ahmad Fadhil,
Natural Manager.
Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.

error: Content is protected !!