Select Page
Al-Quran Madinah Original / Asli Percuma? Di Mana?

Al-Quran Madinah Original / Asli Percuma? Di Mana?

Mushaf al-Qur’an Madinah cetakan Kompleks Raja Fahd (semakan nama diperlukan):
Inilah mushaf berkulit hijau gelap yg digunakan secara meluas dan menjadi pilihan kebanyakkan jemaah di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, disamping mushaf berkulit biru gelap (khat arab yg tebal, setahu hamba yg daif ni dipanggil Qur’an Majid, mohon perbetulkan sekiranya salah) yg dilihat menjadi pilihan bagi jemaah-jemaah dari benua India, Pakistan, Bangladesh dan yg sewaktu dengannya. Mushaf yg ada pada hamba ini bukan yg dapat secara percuma, bahkan dibeli di Abraj al-Bayt (Kompleks Beli Belah Menara Jam Mekah).

Cuma ingin dikongsikan, mushaf ini boleh diperolehi secara percuma di lokasi-lokasi khas sekitar dua masjid ini. Bukan senaskah, bahkan boleh dapat sehingga 20 naskah (banyak tu), DENGAN SYARAT: untuk diwakafkan di masjid di tanahair masing-masing, bukan untuk kegunaan peribadi.

Jika di Masjidilharam, agihan dibuat setiap hari (waktunya lupa jam berapa, yg pastinya sebelah pagi sekitar jam 8 pagi) di bilik sebelah luar bangunan berhampiran Bukit Marwah (berdekatan bilik cas skuter tawaf). Mungkin ada lagi lokasi-lokasi lain, itu di luar pemerhatian & pengetahuan hamba. Perlu beratur, boleh jadi barisan panjang atau pendek, ikut rezeki masing-masing.

Al-Quran Madinah (Original)

Jika di Masjid Nabawi, agihan juga dibuat setiap hari seawal jam 8 pagi (meskipun di skrin LCD masjid nyatakan jam 10 pagi) di pintu nombor 18 bilik kecil sebelah dalam masjid. Jemaah yg beratur akan diminta oleh pegawai masjid utk menunjukkan tag haji masing-masing dan bersedia utk ditebuk dengan penebuk lubang sebagai bukti pernah mengambil sumbangan mushaf wakaf. Jemaah nusantara akan ditanya soalan ‘masjid/rumah?’ sebagai ingatan kesemua mushaf yg diterima bukan utk kegunaan peribadi. Jika tersilap jawab ‘rumah’, maka bersedialah utk diberi syarahan oleh pegawai tersebut 🙂 ..Jika dapat giliran awal, jemaah akan memikul keluar sebiji kotak berwarna putih yg terdapat di dalamnya 20 mushaf al-Qur’an Madinah. Jika giliran belakang, jemaah hanya akan mendapat seikat al-Qur’an yg bercampur sama ada mushaf Madinah hijau gelap atau biru gelap atau mushaf yg tak diketahui edisi mana. Jadi terimalah seadanya atau serahkan pada jemaah negara lain yg benar2 memerlukan mushaf tersebut utk dimanfaatkan, khususnya mushaf biru gelap yg mungkin kurang digunakan misalnya di Malaysia.

Al-Quran Madinah (Original)

NOTA:
Bagi wakaf mushaf al-Qur’an Madinah di Masjidilharam, hamba kurang pasti mana satukah kaedah yg paling berkesan. Ada yg mengingatkan supaya tidak beli sendiri dan letak sendiri di rak2 al-Qur’an dalam Masjidilharam kerana dikhuatiri silap naskah dan bakal dikeluarkan oleh petugas2 masjid. Ada yg wakilkan kepada pegawai TH, ada yang wakilkan pada ustaz-ustaz mutawif tempatan yg berkhidmat dengan TH. Semuanya dengan harapan supaya mushaf tersebut kekal berada dalam rak-rak dalam masjid dan dimanfaatkan oleh jemaah yg hadir agar menjadi amal jariah yg berkekalan, ditambah pula pahala 100,000 kali ganda yg dijanjikan. Moga2 Allah menerima niat ikhlas setiap jemaah yg mengeluarkan belanja utk wakaf al-Qur’an, sama ada utk diri sendiri ataupun kiriman sahabat handai di tanahair.

Al-Quran Madinah (Original)

Bagi wakaf mushaf al-Qur’an Madinah di Masjid Nabawi, hamba kira perkongsian Tn Hj Mohd Khairul Muhamed (jazahullah khairan) ini sudah amat memadai:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156134495297585&id=591812584

Kredit 1 (Penulis): https://www.facebook.com/ridzuan.zukifly

Kredit 2 (Gambar): https://www.facebook.com/khairul.mohd.33/posts/10156134495297585/

125 Idea Bisnes Kecil Menguntungkan Tanpa Modal atau Modal Kecil

125 Idea Bisnes Kecil Menguntungkan Tanpa Modal atau Modal Kecil

125 Idea Bisnes Kecil Menguntungkan Tanpa Modal atau Modal Kecil

Saya ingin kongsikan pada artikel kali ini, sebahagian idea untuk memulakan perniagaan kecil dari rumah. Kebanyakannya boleh dimulakan tanpa modal, atau jumlah modal yang sangat minima.

Jika anda sedang mencari peluang perniagaan yang mudah, kos rendah dan boleh hasilkan keuntungan yang memuaskan, maka anda perlu lihat semula list di bawah.

 

EJEN KEWANGAN & PELABURAN

idea bisnes - konsultan kewangan

  1. Takaful
  2. Unit Trust
  3. Wasiat
  4. Ejen Emas
  5. Ejen Hartanah
  6. Ejen Accounting & Bookkeeping
  7. Ejen Kira Cukai

 

EJEN PENAPIS AIR (Klik)

ejen cuckoo

  1. CUCKOO (saya kongsikan pengalaman saya jadi ejen Cuckoo di sini)
  2. Coway
  3. Chung-Ho
  4. Jik Su

 

EJEN DROPSHIP

  1. Ejen Dropship Buku
  2. Ejen Dropship Pakaian Muslimah
  3. Ejen Dropship Tudung
  4. Ejen Dropship Home Made Food
  5. Ejen Dropship Makanan Baby
  6. Ejen Dropship Set Berpantang
  7. Ejen Dropship Supplement Kesihatan
  8. Ejen Dropship Produk Kecantikan
  9. Ejen Dropship Organic Skincare
  10. Ejen Dropship Jual Handphone
  11. Ejen Dropship Produk Elektronik
  12. Ejen Dropship Baju Kanak-Kanak
  13. Ejen Dropship Baju Bayi
  14. Ejen Dropship Shopee

 

COACH & KONSULTAN

idea bisnes - coach

  1. Coach Well Being (Kesihatan)
  2. Coach Intermittent Fasting (IF)
  3. Coach Turun Berat Badan
  4. Coach Bina Badan
  5. Coach Konmari (Mengemas Rumah Gaya Minimalis)
  6. Coach / Konsultan Bisnes
  7. Coach / Konsultan Borong Barang China
  8. Coach / Konsultan Produk Homemade
  9. Cikgu Menjahit
  10. Jurulatih Seni Bela Diri
  11. Cikgu Sour Dough (Makanan)
  12. Cikgu Gluten Free (Makanan)
  13. Cikgu Bakery
  14. Coach Hartanah
  15. Coach Menulis
  16. Coach Public Speaking
  17. Coach Make Up
  18. Coach Branding
  19. Coach / Konsultan Trademark
  20. Konsultan Wedding Planner (Perkahwinan)
  21. Konsultan Pengurusan Acara (Event Management)
  22. Coach Produk Kesihatan
    1. SHAKLEE
    2. HERBALIFE
    3. Dll

 

PRODUK/SERVIS DARI RUMAH

  1. Kedai Runcit Depan Rumah
  2. Kedai Kopi Depan Rumah (Mini Kopitiam)
  3. Servis Mengurut
  4. Masak
  5. Helper (tolong kemas rumah)
  6. Mobile Spa

 

PASAR MALAM/PASAR TANI

idea bisnes - pasar malam

Credit: MySabah.com

  1. Pokok bunga, Pokok buah-buahan
  2. Baja Organik
  3. Makanan Segar
  4. Air Balang
  5. Susu
  6. Sabun Cuci Baju
  7. Buah-Buahan
  8. Bunga
  9. Pakaian
  10. Tupperware
  11. Surat Khabar/Majalah

 

PARENTING

  1. Khidmat Transit
  2. Home Tusyen
  3. Guru Mengaji
  4. Cikgu Berenang
  5. Playgroup
  6. Babysitter
  7. Cikgu Memanah
  8. Anjur Kem Kanak-Kanak atau Remaja
  9. Kelas Kelahiran
  10. Kelas Parenting
  11. Kelas Pengurusan Emosi

 

RUNNER

  1. Hantar Barang
  2. Hantar Makanan
  3. Beli Barang Premium Dari Luar Negara

 

SERVIS & REPAIR

  1. Cuci Kereta Rumah ke Rumah
  2. Servis Kereta & Motorsikal
  3. Jualbeli Bateri Kereta
  4. Tukar dan servis tayar
  5. Aksesori Kereta & Motor (Dropship)
  6. Plumber (Tukang Paip)
  7. Repair Rumah
  8. Pasang & Servis Aircond
  9. Spare Part Kenderaan
  10. Repair Handphone
  11. Pest Control
  12. Khidmat Cuci Karpet
  13. Potong Rumput

 

SUBLET

idea bisnes - sublet

(Sewa bilik/ofis, sewakan semula ikut bilik/kepala)

  1. Rumah
  2. Pejabat

 

PANDUAN

idea bisnes

  1. eBook
  2. Panduan Online
  3. Affiliate

 

SERVIS UNTUK BISNES

  1. Naikan Follower Instagram
  2. Marketing
  3. Copywriting
  4. Tambah Follower FB
  5. Branding
  6. Menulis (Ghost Writer)
  7. Email Marketing
  8. SEO / SEM (Search Engine Optimization / Marketing)

 

MAKANAN

  1. Catering
  2. Masakan Orang Berpantang
  3. Coklat Dari Rumah
  4. Sandwich
  5. Biskut & Kuih Raya
  6. Lunchbox
  7. Makanan Bermusim
  8. Jeruk
  9. Waffle
  10. Jus
  11. Nasi Arab
  12. Western Food
  13. Bakery

 

TRADING

usahawan jalanan

  1. Face to Face

 

BROKER

idea bisnes broker

  1. Broker Jualan Kereta
  2. Broker Jualan Hartanah
  3. Broker Penapis Air

 

BUAT DESIGN

idea bisnes designer

  1. Reka Grafik
  2. Laman Web
  3. Landscape
  4. Konsultan Interior Design
  5. Arkitek

 

EJEN TRAVEL

idea bisnes travel

  1. Ejen Percutian (Hotel dsb)
  2. Ejen Umrah

 

Demikian adalah sebahagian idea bisnes tanpa modal yang anda boleh ceburi. Semoga berjaya!

error: Content is protected !!