Select Page
7 Tip Untuk Berjaya Sebagai Ejen Penapis Air

7 Tip Untuk Berjaya Sebagai Ejen Penapis Air

7 Tip Untuk Berjaya Sebagai Ejen Penapis Air

1. Sentiasa ada rasa ingin tahu dan belajar sesuatu. Bila anda sentiasa rasa “saya tahu” anda takkan belajar sesuatu yang baru

2. Faham masalah manusia, masalah emosi manusia, dan fahami manfaat produk.Sentiasa kaitkan antara satu sama lain. Nescaya orang suka membeli dengan anda.

3. Rajin bertanya kepada orang yang lebih tahu dan berpengalaman. Elakkan bertanya soalan yang terlalu remeh dan sentiasa diulang dalam support group anda.

4. Tetapkan matlamat kejayaan anda dan buat action plan. Ikut action plan hingga berjaya. Selagi tak berjaya cuba adjust hingga berjaya.

5. Jangan mudah mengalah. Bila berada dalam fasa susah, jangan terlalu cepat fikir untuk buat bisnes lain.

6. Follow kata leader. Ikut panduan leader betul-betul. Kerana mereka sudah berpengalaman dan rasa kejayaan(selagi tidak berdosa).

7. Bina sikap yang hebat dan peribadi yang unggul. People follow people. Sikap dan peribadi yang positif menarik minat manusia untuk follow anda, membeli daripada anda atau join bisnes anda.

Berapa Kos Servis Pertama Honda Civic FC Turbo Charged?

Berapa Kos Servis Pertama Honda Civic FC Turbo Charged?

Berapa kos servis pertama Honda Civic FC?

Hari ini aku baru pergi hantar servis Honda Civic aku.

Sebenarnya ini kali ke-2 hantar servis. Cuma, servis yang pertama tu hanya sekadar cek minyak enjin sahaja dan tak perlu bayar apa-apa.

Untuk servis kali ini, aku perlu tukar minyak hitam. Bermakna dah kena mula bayar untuk servis.

Kalau anda perasan di bahagian KM ni, baru je capai 5594km sahaja kereta aku bergerak.

kos servis honda civic fc 1.5 turbo charged

Tapi dah kena servis. Secara asal, kereta ini perlu diservis bila capai 10000km atau cukup 6 bulan.

Tapi kenapa baru 5594 km dah kena servis?

Haa.. Sebabnya aku guna Honda Civic 1.5 Turbo Charged.

Kalau kita guna Honda Civic Turbo Charged, indikator untuk tukar minyak hitam tak sama seperti model biasa 1.8.

Indikatornya termasuklah:

1. 10000km
2. 6 bulan
3. Keluar signal A/B untuk servis

kos servis honda civic fc 1.5 turbo charged

kos servis honda civic fc 1.5 turbo charged

Apabila signal A dan B ini keluar, maka pemilik kereta perlu bersedia untuk pergi servis walaupun belum capai 10000km atau 6 bulan.

Berapa pula kos servis kali pertama ni?

Hari ni aku hanya bayar RM237.37 sahaja. Kos ini termasuk

  1. Honda 10,000km Service Maintenance – RM63.60
  2. LBR: Engine Oil Drain Plug/Gasket – RM39.75
  3. Washer Drain Plug – RM1.96
  4.  SN 0W-20 Fully Synthetic – RM132.06

Pada aku, kos macam ni kena lah dengan harga kereta yang dibeli. In fact, kos ni tak jauh beza dengan kos aku servis Perodua Alza masa first service dulu.

Of course Service Center akan upsell kita untuk upgrade jenis minyak, alignment tayar dan sebagainya. Kalau tak perlu, tak payah upgrade pun tak apa.

Untuk anda yang tengah survey untuk beli Honda Civic FC 1.5 Turbo Charged ini, pada aku kos servis ni agak ok. Dan aku yakin harganya tak semahal servis kereta-kereta jenama Eropah.

Sebelum aku habiskan post ini, aku nak share sebenarnya anda boleh je nak cek berapa kos servis dalam laman web Honda.

Klik je sini untuk dapat harganya: https://www.honda.com.my/service_maintenance/maintenance

Apa pendapat anda? Mohon komen di bawah

Pengalaman Bisnes Zaman Belajar

Pengalaman Bisnes Zaman Belajar

1. Aku mula buat bisnes dulu masa form 1. Masa tu mak suruh jualkan piza yang dia buat sendiri kat sekolah. 1 piza RM5 sahaja.

2. Masa form 4, ayah dah mula ajak berniaga di jalanan. Yang aku ingat mula-mula dulu kami jual pokok epal bidara masa musim Merdeka di Kuantan.

3. Tahun yang sama, ayah ajak jual Ice blended di jalanan. Masa tu mak dilantik jadi stokis serbuk ice blended di pantai timur. Dulu banyak berniaga di program seperti Jom Heboh dan sebagainya. Tapi taklah terlalu aktif menjaja. Pernah sekali jual ice blended di sekolah pada hari keusahawanan di sekolah.

4. Masa habis sekolah, ayah mula pencen dari bidang Oil and Gas. Cari peluang berniaga lain untuk dapat fast cash. Cuba peluang bidang pertanian. Tanah 4 ekar tanam pokok naga. Lepas beberapa tahun, kerajaan negeri bagi tanah dalam 10 ekar tapi tak dan untuk diusahakan.

5. Pada masa sama, ayah ajak aku belajar teknologi buat baja guna EM. Ayah buat production sendiri untuk buat baja di Segamat, tanah yang sama kami tanam buah naga.

6. Tahun tersebut kami mula jual benih pokok naga, buah naga dan baja. Buah naga jual pada distributor terus. Baja kami jual sendiri di pasar tani. Masa tu aku belajar di Kolej Shahputra ambil diploma. Aku dah ada lesen kenderaan. Kadang-kadang ayah suruh aku sendiri je jual kat pasar tani, so aku ajak kawan-kawan berniaga. Yang selalu ikut Razlan Ramli dan Mohamad Syahridhwan Mohamed.

7. Aku diperkenalkan oleh kawan aku untuk buat bisnes Perfume Ori dari Dubai. Macam-macam brand besar ada termasuk Hugo, Ralph Lauren, Tommy dan sebagainya. Kawan cakap ori, beli kat dia RM40 jer sebotol katanya. Aku jual. Lama-lama aku rasa tak best, rasa macam perfume tu tak ori. Aku stop jual. Ada sebahagian kawan aku yang aku call minta maaf.

8. Masa abang Hakeem Abdul kerja di Pasir Gudang, kami kerap juga pergi ke JB. Satu masa tu ayah, mak dan aku singgah Batu Pahat. Masa tu ada Mini MAHA di sana. Aku rasa tertarik sangat tengok ada usahawan Melayu jual pokok orkid. Cantik dan style. Masa tu aku propose ayah untuk jual orkid di Kuantan sebab tak ada orang buat niche tu lagi.

9. Kami ambil supply dari usahawan di Batu Pahat tersebut, jual orkid di Kuantan. Makin lama makin pandai pasal orkid. Baru tahu ada orang memang hobinya tanam orkid, especially Phallaenopsis (butterfly). Dapat supply daripada banyak tempat merata pada harga lebih murah.

10. Sebelum buat bisnes ni pun, bisnes tanaman tak berapa menjadi. Sebab banjir, pekerja lari songlap barang, dan mungkin faktor usia ayah nak ulang alik Kuantan – Segamat dan buat kerja kebun tu meletihkan, kami stop dulu. Fokus tanaman lain jangka panjang.

11. Buat bisnes Orkid awalnya masyuk sebab takde player lain dalam market. Bila mula ada pesaing, maka kena fikir cara supaya jadi lebih kreatif untuk dapatkan pelanggan suka beli dengan kita.

12. Bisnes Orkid dah sampai masa nak kena tukar sebab aku nampak banyak flaw juga. Antaranya bila pokok dah habis bunga, kau dah mula susah nak jual pokok tu. Maka akan ada banyak ‘stok’ yang tak dapat nak dijual. Situ kita dah rugi wang dan ruang.

13. Aku masuk UIA. Ayah teruskan bisnes di Kuantan. Di UIA, bro Syarief cadangkan aku buat bisnes jual majalah Al-Ustaz dan Solusi. Mudah caranya. Hanya minta supplier hantar ke hostel stok baru. Aku letak kat kedai-kedai runcit dalam kampus dan hostel. Kena deal dengan kedai dulu sebelum letak stok di kedai.

14. Nak kahwin. Aku tak tahu apa kerja nak buat lagi. Jual buku agama bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris bawah nama Al-Kahfi Online Bookstore. Mula-mula tu jual dalam kampus je. Malu gila sebab takut kawan-kawan nampak aku menjaja. Lol. Aku rasa macam tak cool je. Perasaan aku je masa tu.

15. 2013 dalam tahun ke 2 atau 3 di UIA, aku fikir punya fikir. Dapat idea jual air mineral botol di Mahallah (hostel) di UIA. Sebab tengok orang biasa letak kotak mineral water je di tangga, pelajar beli sebotol-sebotol. Masa tu aku fikir, kalau orang curi air atau duit buat naya je. Aku decide untuk buat kelainan. Jual air mineral sekotak-sekotak pada pelajar. Modal RM9, jual RM16 sekotak air mineral. Sehari boleh untung dalam RM50.

16. Lepas kahwin, dan masih belajar. Masih jual buku di seminar. Air mineral jual sekali sekala. Dan pernah juga jual telekung Muslimah Cotton di pasar malam dan pasar tani. Sekali dua je lah.

Semua bisnes yang aku buat face to face ni jangan cakap la bukan main malu perasaannya. Tapi nak buat camne, jual je lah. Buat muka tembok. Hoho.

Inilah pengalaman berniaga zaman belajar yang aku ingat.

Fadhil,
Suka bercerita

Bisnes apa anda buat masa belajar? Jom share di ruang komen 

10 TIPS EFEKTIF AYAH KERJA DARI RUMAH

10 TIPS EFEKTIF AYAH KERJA DARI RUMAH

10 TIPS EFEKTIF AYAH KERJA DARI RUMAH

1. Sentiasa rancang apa yang perlu dibuat setiap hari. Pastikan kita tulis apa aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari, setiap minggu.

2. Bantu isteri dan anak untuk faham kerjaya anda dari rumah. Dan sentiasa ingatkan mereka anda perlukan masa dan fokus sewaktu berkerja di rumah.

3. Bahagikan masa anda. Pastikan anda tahu bila waktu anda perlu berkerja, bila waktu rehat, bila waktu ke masjid, bila waktu untuk layan anak-anak dan isteri dan sebagainya.

4. Tinggalkan aktiviti-aktiviti yang kurang memberi impak kepada hasil kerja anda. Fokus kepada aktiviti yang mendatangkan hasil yang signifikan.

5. Sediakan satu ruang/bilik khas untuk anda berkerja.

6. Sekiranya susah nak fokus, sesekali apa salahnya keluar rumah dan cari tempat yang anda boleh buat kerja dengan tenang, seperti kedai kopi.

7. Fahami isteri dan anak-anak anda. Jangan pentingkan diri dan jadikan kerja dari rumah sebagai alasan untuk 24 jam berkerja tanpa ada masa bersama mereka, membantu kerja rumah dsb

8. Pastikan self-dicipline anda tinggi. Jika anda tak kerja dengan efektif, pasti hasilnya tak seberapa.

9. Ubah mindset. Jadikan aktiviti bersama anak dan isteri sebagai penawar stres, bukan pembawa stres.

10. Solat di awal waktu. Bagi lelaki, jadikan rutin untuk solat di masjid. Dengar azan, pergi masjid. Bawa anak-anak ke masjid bersama anda.

*Sekiranya anda rasa post ini bermanfaat, mohon klik butang share 😉

Fadhil,
Ayahanda Cuckoo

error: Content is protected !!