Select Page
Guru al-Quran Komisyen Besar Ejen Jual Penapis Air?

Guru al-Quran Komisyen Besar Ejen Jual Penapis Air?

Kak As berkerja sebagai seorang guru mengaji al-Quran di Terengganu.

Beberapa bulan yang lalu, kak As daftar untuk jadi ejen Cuckoo selepas beberapa bulan beliau guna Cuckoo di rumah.

Beliau dah lama mencari leader yang dapat bimbing beliau untuk buat jualan Cuckoo sebab beliau sangat berpuas hati guna produk Cuckoo di rumah.

Setelah diperkenalkan dengan saya, bulan pertama beliau jual Cuckoo beliau dapat income sebanyak sekitar RM1000.

Sebagai seorang guru mengaji, pendapatan tambahan sebanyak RM1000 merupakan satu penambahan yang besar.

Namun, atas sikap konsisten dan buat bersungguh-sungguh, dan banyak ‘copy paste’ panduan yang saya share di Whatsapp, beliau dapat jual 10 unit pada bulan ini.

Hasil jualan sebanyak 10 unit ‘tak banyak’ mana.

Hanya sekitar RM3700 sahaja komisyen beliau akan dapat pada 10 Oktober depan, Insya-Allah.

Pada saya, sebagai seorang guru mengaji di Terengganu, gaji yang beliau dapat sebagai Natural Executive Cuckoo boleh kata lebih daripada gaji eksekutif biasa di bandar KL berdasarkan pengalaman saya sendiri walaupun kerja dari rumah sahaja.

Yang paling best bila jadi Natural Executive Cuckoo ni adalah Kak As tak perlu nak bayar apa-apa modal pun.

Daftar percuma je. Lepas tu syarikat pula yang bayar gaji.

Kak As tak perlu nak berhenti kerja pun. Beliau masih lagi berkerja sebagai guru mengaji al-Quran di Terengganu.

Doakan kak As berjaya dunia dan akhirat ya!

 

Komisyen Ejen Cuckoo

Income bersama Cuckoo boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian

1. Komisyen

2. Personal Sales Incentive (PSI)

3. Group Sales Incentive (GSI)

 

1. KOMISYEN

Cara kiraan Komisyen adalah seperti berikut

Contoh: Rental 1 unit Penapis Air IRIS TOP – RM94.34/bulan untuk 5 tahun

Anda akan dapat RM94.34

Komisyen diterima hanya SEKALI sahaja.

2. PSI (PERSONAL SALES INCENTIVE)

Jualan 1 unit rental = 1 nett

Jualan 1 unit outright/cash = 2 nett

1. Insentif hanya akan diberikan kepada mereka yang berjaya menjual produk dan telah nett (dipasang dalam masa 1 bulan).

2. Kiraan insentif bermula daripada 1hb sehingga hujung bulan.

3. Berikut adalah target2 dan insentif2 yang telah ditentukan oleh pihak HQ:

5 nett : rm700

10 nett : rm3000

20 nett : rm5000

30 nett : rm8000

40 nett : rm11000

50 nett : rm15000

80 nett : rm25000

100 nett : rm30000

 

3. GSI (GROUP SALES INCENTIVE)

Apabila kita mula merekrut ejen baru, kita berpeluang untuk mendapat group sales incentive.

Jualan kesemua ejen-ejen yang berdaftar bersama kita akan dikira seperti di bawah.

Anda hanya layak menerima GSI sekiranya anda sendiri capai 5 nett PSI. Sekiranya tidak, anda tidak akan menerima GSI.

1 unit rental dijual oleh ejen kita = 0.5 nett GSI

1 unit outright dijual oleh ejen kita = 1 nett GSI

Insentif GSI juga dikira seperti berikut:

5 nett : rm700

10 nett : rm3000

20 nett : rm5000

30 nett : rm8000

40 nett : rm11000

50 nett : rm15000

80 nett : rm25000

100 nett : rm30000

TEMPOH

Tempoh untuk mengira Nett tersebut hanyalah apabila penapis air atau udara dipasang dalam bulan yang sama.

Sebagai contoh:

Situasi 1: 10 unit rental pelanggan tempah pada bulan Febuari 2018, dan dipasang pada Febuari 2018. Ini bermakna kita mendapat 10 NETT pada bulan Febuari 2018. Kita layak untuk menerima RM3000 sebagai PSI.

Situasi 2: 10 unit rental pelanggan tempah pada bulan Febuari 2018, dan 8 unit dipasang pada Febuari 2018. Selebihnya pada Mac 2018. Ini bermakna kita mendapat hanya 8 NETT pada bulan Febuari 2018. Dan kita tidak layak untuk dapat RM3000 sebagai PSI. Hanya dapat RM700 sahaja kerana capai target 5 Nett PSI.

CONTOH KIRAAN GAJI

1. Said menjual 10 unit penapis air dan dipasang kesemuanya pada bulan Januari 2018

5 unit King Top pada harga RM56.60/bulan

5 unit Iris Top pada harga RM94.34/bulan

Said akan dapat:

Komisyen King Top: RM56.60 x 5 = RM283

Komisyen Iris Top: RM94.34 x 5 = RM471.7

Personal Sales Incentive (PSI): RM3000 -> Capai KPI 10 nett

Group Sales Incentive (GSI): RM0.00

Total: RM3754.70 Gaji bulan Januari

 

2. Irfan menjual 7 unit penapis air dan dipasang kesemuanya pada bulan Febuari 2018. Ejen-ejen Irfan pula menjual 20 unit rental penapis air dan dipasang kesemuanya pada bulan Febuari 2018.

Jualan Irfan: 7 unit IRIS TOP pada haraga RM94.34/bulan

Komisyen IRIS TOP: RM94.34 x 7  = RM650.38

Personal Sales Incentive (PSI) = RM700 -> Capai KPI 5 nett

Group Sales Incentive (GSI) = RM3000 -> 20 unit rental = Capai KPI 10 NETT GSI

Total: RM4360.38

__

Nak tak jadi macam kak As? Mai wasap saya www.wasap.my/60139916967/EjenCuckoo

Tempah Cuckoo dengan Kak As di sini –> https://www.facebook.com/alyasira86 atau klik sini –> http://assarirahcuckoo.com untuk lihat produk Cuckoo di laman web beliau.

Kawan Orang Yaman Complain Bahaya Air Reverse Osmosis (RO)

Kawan Orang Yaman Complain Bahaya Air Reverse Osmosis (RO)

Hari ini saya terserempak dengan sahabat saya ni di sebuah masjid. Namanya Dr. Miqdad berasal dari negara Yaman.
 
Beliau merupakan seorang pensyarah bagi subjek Teaching Arabic as Second Language (TASL) di sebuah IPT di Kuantan.
 
Selepas berborak pendek dengan beliau, beliau tanya pada saya apa yang saya buat sekarang?
 
Saya cakap, saya kerja sendiri.
 
Beliau pun tahu saya sekarang kerja dengan Cuckoo sebab saya dulu rajin update status jual penapis air di WhatsApp status saya.
 
Beliau borak dengan saya tadi berkenaan air.
 
Sebab beberapa bulan kebelakangan ni beliau kuat rasa letih dan pening kepala.
 
Dalam bulan lepas, beliau pergi ke klinik untuk cek kenapa kerap sakit.
 
Doktor suruh buat ujian kemudian doktor kata
 
“Awak kurang minum air ni”
 
Nak dijadikan cerita, kebetulan baru ni kontrak botol air ‘drinking water’ beliau tamat, beliau pulangkan semula mesin air gelen tersebut kepada syarikat.
 
Dan sekarang beliau beli air mineral kotak je.
 
Kesannya lepas dah tukar, beliau sekarang minum air mineral dan beliau dapat rasakan satu perubahan yang signifikan.
 
Katanya beliau rasa sekarang lebih bertenaga, dah tak ada rasa pening lagi berbanding dulu rasa dehydrated.
 
Saya share dengan beliau,
 
“Drinking water adalah air suling tanpa mineral dan alkali. Mungkin sebab tu awak rasa dehydrated dan pening-pening kepala. Dulu saya pun rasa macam tu.
 
Sebelum guna Cuckoo, saya beli air mineral botol. (Saya TAK AKAN beli air Drinking Water melainkan terpaksa.) Tapi yang tak best sebab penat nak angkat air balik ke rumah.”
 
Beliau tanya saya lagi pasal punca air Cuckoo ni.
 
Saya jawab,
 
“Air Cuckoo ni diambil dari air paip. Pada asalnya, air paip kita memang dah ada sedikit kandungan mineral dan alkali.
 
Namun pada masa sama, air paip juga mengandungi bakteria dan logam berat (heavy metals) yang mana jika diminum terus boleh mengancam kesihatan kita.
 
Namun kalau kita guna Cuckoo, filter kita buka sahaja bukan sahaja menyah bakteria, karat dan kotoran dari air, bahkan ia juga dapat menapis Logam Berat daripada air paip di rumah kita.
 
Pada masa sama, penapis air Cuckoo dapat enhance mineral dan alkali dalam air yang membuatkannya lebih kaya dengan mineral yang baik untuk kesihatan (tapi kandungan tak sama macam air mineral botol).
 
Dulu kat ofis guna mesin Drinking Water, pernah beli drinking water, memang rasa dehydrated.
 
Saya sendiri lepas guna Cuckoo, saya tak pernah rasa dehydrated minum air Cuckoo.”
 
Begitulah, walaupun saya taklah nak memaksa kawan saya beli.
 
Dan saya seronok sahabat saya ni walaupun tak guna Cuckoo, namun beliau ambil keputusan bijak untuk minum air mineral berbanding Drinking Water.
Drinking Water = Reverse Osmosis
—-
Nak tahu pasal produk penapis air Cuckoo? Air bermineral dan alkali ringan Cuckoo
Klik sini untuk tengok produk Penapis Air Cuckoo –> www.cuckoonano.com 
Gerai Lemang Kijal Paling Sedap

Gerai Lemang Kijal Paling Sedap

Tadi aku pergi kenduri kahwin di Kijal.
 
Apa yang aku suka di Kijal adalah lemangnya yang lejen, sedap, super gebu dan lemak.
 
Di tempat kita, biasanya lemang hanya dijual pada musim perayaan sahaja dan biasanya mahal yakmat.
 
Mana-mana tempat lain yang aku makan biasanya mesti ada sesuatu yang ‘kurang’ pada lemangnya. Mungkin sebab terlebih bakar, kurang rasa lemak, keras, kurang masak dsb.
 
Di Kijal, lemang dibakar setiap hari tanpa mengikut musim seperti di tempat lain.
 
Mungkin itu yang membuatkan lemang di Kijal lemang yang paling sedap pernah aku rasa seumur hidup.
 
Sebab lemang dibakar setiap hari di Kijal, maka pembuat lemang di sini pun dah expert dalam bidang pembakaran lemang. Dan pasti ia disebabkan resepi turun temurun juga.
lemang kijal
 
Cara pembakaran lemang di sini pun berbeza daripada tempat lain. Nampak tak lemang tu didirikan atas batu bata. Di tengah-tengah tempat bakar tu ada ruang (lubang) yang di dalamnya ada kayu yang dijadikan bahan bakar.
 
Kalau anda nak gi ke Kuala Terengganu dari KL, cuba ikut jalan Kijal melalui Kemaman supaya dapat merasa lemang Kijal ni.
 
Berapa harga lemang di Kijal ni?
 
Rata-rata harganya sekitar RM10 dapat 2 batang yang sederhana. RM10 dapat 4 batang lemang yang slim molek.
 
Murah tu, dah lah sedap.
 
Jangan risau, di sana juga ada dijual rendang. RM5 je satu bekas. Sedap juga.
lemang kijal

Bagaimana Nak Pergi Ke Sana?

Jika anda datang dari KL, anda perlu lalu dari Kemaman. Dari kemaman, anda pergi ke Jalan Chukai – Kerteh.

Kalau nak senang, pakai Waze atau Google Maps je. Cari di Waze: Gerai Lemang Kijal.

lemang kijal

Gerai Yang Mana Paling Sedap?

Buat masa ni, saya rasa semua pun lebih kurang sama sedapnya. Kualiti lemang di sini jika anda beli di mana-mana gerai pun tiada masalah.

Mungkin anda boleh kongsikan pendapat anda di bawah jika dah mencuba? Sila komen ya!

Coretan Ayah Sibuk Berkerja Dari Rumah

Coretan Ayah Sibuk Berkerja Dari Rumah

“Ayah ni asyik kerja je…”

Kata ‘Abdurrahman bila aku tengah pegang handphone atau menghadap laptop.

“Ayah main lah Lego dengan abang. Buatkanlah abang bangunan tinggi-tinggi. Duduklah sini ayah…”

Tapi seringkali aku abaikan permintaan si abang yang masih berumur 3 tahun setengah. Ye lah kan, aku ni kerja daripada rumah full time.

Kerjaya dan income yang aku terima sejak buat bisnes online pada aku agak membanggakan untuk aku. Alhamdulillah.

Aku orang yang bercita-cita tinggi. Namun, apabila kita terlalu ‘hustle’ untuk dapat kejayaan demi kejayaan yang ingin dicapai. Maka ada sesuatu yang perlu kita korbankan dalam hidup ni.

Masa.

Si abang pula dah semakin besar dan makin kuat merajuk. Tak boleh kena marah sikit. Huhu.

Kalau si abang buat mainan bersepah, especially dalam bilik kerja aku. Ada masanya aku naik marah juga. Sebab itu bilik perang aku.

Kalau tengah sibuk, aku minta mereka keluar bilik. Itu pun abang dan adik ketuk-ketuk bilik perang aku sebab nak masuk juga.

Bila kena marah, mula lah si abang buat mulut muncungnya dan tangannya disilangkan. Kemudian dia pusing ke belakang dan kata:

“Tak nak kawan ayah… Ayah duduk sana sorang-sorang…”, dan mula menangis.

Kau tahu bila kau orang yang sangat passionate dalam apa yang kau buat, ada masa anak kau merajuk dan menangis pun kau tak dapat nak handle.

Dan kau biarkan dia pergi dekat ibu dia. Bukan sebab kau tak boleh nak pegang dia, tapi pada masa tu kau terpaksa utamakan kerja lagi.

Petang semalam pula, si abang sepahkan blocks dan mainan di ruang tamu. Abang sangat suka main air. Dia ambil air guna bekas daripada penapis air di rumah. Kemudian dia tuang pada buku dan bekas letak mainan blocks yang diperbuat daripada kotak.

Pada awalnya memang rasa nak marah. Sebab kesian kat ibunya yang seharian melayan karenah anak-anak. Pada masa sama, dia pun banyak bantu aku buat kerja sales juga. Tapi aku paksa diri untuk kawal diri aku, cakap pada ‘Abdurrahman (dengan nada yang agak tinggi), “Abang! Kenapa buat air tumpah macam tu. Ambil kain dan lap basah tu!”

Si abang dengan muka rasa bersalah lap kawasan basah tu. Kemudian sekali lagi dia kata kat aku,

“Taknak kawan ayah…!” dan pergi ke kawasan terpencil belakang sofa. Itulah tempat si abang selalu menyorok bila merajuk, atau bila rasa guilty.

Lepas 5 minit je, tengok dia dah tidur. Penat sangat bermain seharian semalam.

Aku rasa aku seorang ayah yang agak garang juga, kot.

Banyak perkara yang jika Allah buang hijab ‘aib tersebut daripada aku, memang aku masukkan kepala aku dalam tanah.

Sebab kadang-kadang, diri kita yang buat anak-anak kita terkesan secara fizikal dan mental.

Dah beberapa kali anak aku tidur dalam keadaan menangis disebabkan diri aku kerja sampai tengah malam. Dan bila si abang dah tidur, masa itu aku mula rasa nak menangis bila lihat raut wajahnya.

Monolog diri aku, “Comelnya budak ni, darah daging aku. Tapi kenapalah aku tergamak abaikan dia? Sedangkan dia nak aku peluk dan sayang dia je”

Aku akui aku bukan seorang ayah yang hebat dan penyabar seperti ayah-ayah yang lain. Kawan-kawan aku banyak aku nampak cool je.

Walaupun dulu belajar di UIA (dan di sana baru first time belajar lifestyle yang agak Islamik), pergi lah juga ke majlis ilmu sekali sekala, suka juga dengar video kuliah agama, ceramah pendidikan anak, circle aku ramai ustaz (kecuali aku) dan aktivis agama, namun itu tak menjadikan aku hebat tarbiyah dan mendidik anak.

Tapi aku tahu di mana kelemahan dan kesilapan aku. Dan semua ni bukan untuk dicontohi.

Tujuan aku share ni sebab nak share adalah nak bagitahu bahawa sebenarnya anak-anak kita sangat perlukan kita.

Dalam kesibukan kita dalam urusan dunia siang dan malam, anak kita juga sangat perlukan ayahnya untuk bermain dengan mereka, belajar bersama-sama, ketawa bersama-sama, makan bersama-sama dan pelbagai aktiviti lain bersama-sama.

Pernah tak bila kita bermain dengan anak kita, dan anak kita tergelak riang dan kita terasa sangat bahagia dalam hati?

Pasti pernah.

Bila kau bagi masa untuk anak-anak, bukan mereka sahaja akan gembira. Bahkan isteri kau akan jadi manusia paling gembira.

Sebab itulah masa untuk dia berehat, untuk uruskan diri, memasak dan tak dengar anak menangis meminta-minta sesuatu.

Bila aku pilih untuk utamakan anak, bukan bermaksud aku perlu tinggalkan cita-cita aku.

Bahkan itu bermaksud aku perlu korbankan masa rehat aku, masa main FB, tengok YouTube dan perkara-perkara lagha lain untuk bersama bina bonding time dengan anak. Masa lain tu boleh digunakan untuk hustle habis-habisan sampai kaya dan berjaya. Hoho.

Ingat Fadhil, pelaburan yang paling mahal dalam hidup kita bukanlah pelaburan duniawi semata-mata. Bahkan pelaburan masa, akal fikiran, wang dan tenaga kita untuk menjadikan anak-anak kita manusia yang ‘manusiawi’, baik dan bertaqwa itulah yang lebih berharga dan berkekalan hingga ke hari akhirat.

Ini nota dan peringatan untuk diri aku sendiri.

Fadhil,

Ayah sibuk berkerja dari rumah.

____

Sila share jika bermanfaat

Pengalaman Ikut Usahawan Jalanan – Belajar 5 Step Face to Face

Pengalaman Ikut Usahawan Jalanan – Belajar 5 Step Face to Face

Sumpah! Tak pernah aku rasa jadi bangga dan bergaya berkerjaya sebagai usahawan jalanan melainkan selepas dimentor oleh Tuan Aaron Naeem.
 
Hari ini kami turun di lapangan. Berjumpa seorang demi seorang, face to face untuk ‘menjual diri’ meyakinkan prospek untuk membeli daripada kita.
 
Dulu masa berniaga pasar tani dan pasar malam, biasanya aku duduk booth je. Kalau orang datang maka ada lah sales. Kali ni, tugas kami adalah pergi menyerang prospek pula. Bukan duduk diam.
 
Rezeki hari ini juga dapat berjumpa dan mendapat nasihat daripada orang lama dalam bidang ini, iaitu Tuan Ade Azhar dan Tuan Wandy. Fuhh memang berasap betul dan makin bersemangat. Memang nampak jelas perjalanan sebagai usahawan jalanan ni bukanlah bisnes cap ayam.
 
Walaupun aku ada degree, jadi Sales Manager di Cuckoo, namun hari ini aku pilih untuk sanggup diajar oleh (salah seorang team) usahawan jalanan yang jauh lebih muda daripada aku berumur 21 tahun.
 
Semasa sesi ini, umur, pengalaman dan pangkat semua aku letak tepi. Aku datang kosong, semata-mata untuk improve diri aku dan pergi ke level yang berbeza.
 
Aku ditunjuk bagaimana caranya nak approach orang yang aku tak pernah kenal menggunakan 23 sistem yang proven success untuk mencapai jualan Face to Face.
 
Dan aku nampak betapa benarnya sistem ini dapat menghasilkan lebih ramai usahawan jalanan yang cukup handal, sebab terbukti produk dapat terjual dengan mudah dan bersistem.
 
Bahkan sistem ini juga dapat di-copy paste kepada usahawan-usahawan lain, janji ada usaha dan komitmen berterusan.
 
“Kau dah pandai bisnes online. Kenapa tak fokus situ je?”
 
Jawabnya. Aku rasa aku masih muda lagi. Huhu. Dan aku rasa banyak lagi perkara dalam hidup ni aku kena belajar, ambil manfaat dan pengalaman. Dan sebagai Sales Manager (NM) Cuckoo, kami diwajibkan untuk ada kiosk kami sendiri untuk jual secara offline.
 
Letih nak sambung menulis, dah mengantuk. Huhu. Nanti sambung lagi.
 
Fadhil,
Suka Bisnes
 
—-
 
Program ni bukan jual Cuckoo

error: Content is protected !!