Select Page
Pengalaman Jadi Ejen Penapis Air Cuckoo Yang Ramai Tidak Tahu

Pengalaman Jadi Ejen Penapis Air Cuckoo Yang Ramai Tidak Tahu

Pengalaman Jadi Ejen Penapis Air Cuckoo – Baca Sini

Saya nak cerita pengalaman saya jadi ejen jualan Cuckoo. Sebelum saya jadi ejen Cuckoo, saya berkerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat pengurusan event di Kuala Lumpur. Sebagai seorang fresh graduate, baru 2 tahun habis belajar gaji saya diberikan antara RM2,000 hingga RM3,000. Kira okay lah untuk permulaan.

Tapi bila dah mula ada anak, dah menyewa rumah sendiri dan sebagainya. Gaji tersebut saya rasakan kurang mencukupi. Sebab banyak lagi kos nak ditanggung. Lebih-lebih lagi bila anak ke-2 saya dah nak lahir, makin banyak perbelanjaan perlu disediakan.

Semasa berkerja, saya sahut seruan kerajaan untuk buat 2 kerja. Saya kerja di ofis sebagai eksekutif. Selepas waktu berkerja, saya buat bisnes sambilan kecil-kecilan. Ditakdirkan salah satu bisnes saya boleh dapat keuntungan yang memuaskan. Maka saya mula rasa sedikit keselesaan dalam hidup.

Saya boleh hantar isteri ke hospital swasta untuk lahirkan anak ke-2 kami. Pada tahun seterusnya, saya mula buat keputusan untuk berhenti berkerja.

Susah juga nak buat keputusan berhenti kerja ni sebab selama ni memang saya bergantung kepada gaji yang saya terima daripada majikan. Takut juga bila berhenti kerja nanti kalau-kalau bisnes mula merudum. Dah pening kepala tak tahu nak cari duit kat mana.

Tapi bila dah buat kira-kira, dah buat study saya rasa saya boleh survive dengan apa pengalaman yang saya pernah hadapi dan kemahiran yang saya pelajari. Betapa banyak kursus bisnes yang saya hadiri sebelum saya berhenti kerja.

Jun 2017, saya telah mulakan kehidupan saya sebagai seorang freelancer sepenuh masa. Tiada lagi kerja 8.30 pagi ke 5.30 petang. Saya semakin bebas. Dan setiap hari saya hanya ada di rumah sahaja. Duduk di hadapan laptop sambil buat ayat copywriting hari-hari, layan WhatsApp customer, buat design dan layan anak isteri. Hoho.

Satu masa tu, mak ayah saya bagi tahu mereka baru beli penapis air Cuckoo di rumah. Saya pun rasa agak takjub pada masa tu. Ye lah kan. Sebab sebelum ni mana pernah terbayang yang sebenarnya keluarga kami pun mampu pakai penapis air ‘mahal’ ni.

ejen cuckoo

Lepas tu, wife saya pula bagitahu yang kawan dia seorang ejen Cuckoo ni promote promosi penapis air Cuckoo King Top pada harga RM60 je sebulan. Sebelum ni memang saya dah bosan dok jerang air je hari-hari dan beli air mineral di NSK. Kalau beli air mineral tu kira berpeluh la juga. Nak pergi ke NSK dah satu hal, nak bayar satu hal lagi, nak angkat balik ke rumah pun sama.

Rasanya dengan perbelanjaan RM60/bulan tu dah cukup bagus untuk hilangkan segala kesusahan yang saya alami selama ni. So saya pun decide untuk pasang lah. Urus dengan ejen Cuckoo tersebut iaitu kawan wife saya. Berurusan dengan dia memang sangat mudah dan pantas.

Lepas 5 hari daftar, dah siap pasang. Cepat kan? Saya pun tak sangka secepat tu. Dokumen pun tak banyak nak kena serahkan.

So lepas tu kawan wife saya pergi iklan pula di FB mengenai manfaat jadi ejen Cuckoo. Ya lah, sebelum ni pun dia dok heboh dia pakai Cuckoo. Pastu dia baru je jadi ejen Cuckoo. Sekarang, dia nak ajak orang jadi ejen pulak.

Dia kata boleh dapat income dekat RM4000 sebulan kalau capai target jualan.

Pada masa tu, dah lah saya baru lepas berhenti kerja. Bila dapat tahu ada peluang untuk jadi ejen Cuckoo ni boleh dapat income sampai RM4000 sebulan, memang daftar terus lah. Free pulak tu. RM4000 tu lagi besar dari gaji bulanan saya tu sebelum ni. Wow!

Masa saya jadi ejen, saya memang fokus buat jualan secara online je. Memang saya nak jual online sebab dah setahun saya berkecimpung dalam pemasaran dan jualan secara online.

Masa kerja di tempat pejabat lama pun, memang kerja saya kena cari customer untuk datang ke event. Semua tu saya buat secara online. Mostly guna Facebook ads. Kira basic tu memang dah ada lah.

Bulan pertama saya buat sales Cuckoo, saya ingat mudah je nak dapat 10 nett. Rupanya sebab permaianan Cuckoo ni tak sama macam bisnes saya buat dulu-dulu, saya berjaya dapat 5 nett je.

Semua yang beli tu terdiri daripada kawan-kawan dan keluarga terdekat sahaja. Masa tu kira pasrah juga lah. Cuba juga nak buat macam-macam jenis ads, tapi tak berapa menjadi.

Leader saya, Puan Risa masa mula-mula jadi ejen apa yang dia buat adalah dia pergi berjumpa terus dengan NCM (Natural Chief Manager) kami di Puchong. Disebabkan rasa inspired dengan sales dia yang mencapai puluhan unit masa tu, saya pun rasa tergerak nak ikut apa yang dia buat.

So, saya pun decide untuk jumpa terus dengan NCM kami di Puchong iaitu En Wan. En Wan ni kira memang supportive sangat. Bila kita nak datang jumpa je dia ok sahaja, tak ada masalah. Nak jumpa, anytime. Masa tu dia masih lagi tinggal di KL dan sekarang dah pindah semula ke kampungnya halamannya. En Wan adalah mentor saya sekarang.

Masa saya jumpa dengan dia, dia memang ajar saya basic daripada 0. Daripada pengenalan produk, cara dapatkan order dan cara nak jadi manager. Fuh! Berwawasan sungguh. Masa tu saya tak terfikir pun nak naik jadi manager. Sebab rasa, tak mungkin lah saya boleh dapat income belas-belas ke puluh-puluh ribu.

Apa yang dia sebut pada masa tu adalah untuk saya mula dengan teknik jualan secara percuma dahulu. Jangan terkejar-kejar nak buat marketing yang berbayar. Sebab teknik percuma ni pun dah cukup power untuk kita dapatkan sekurang-kurangnya 10 net sales setiap bulan. (Tapi saya tak ikut cakap dia masa tu, degil dan rasa hebat kononnya)

Dia ajar saya untuk gunakan antaranya adalah Teknik Naga dan Teknik 100 Contacts.

En Wan juga minta saya untuk fokus kepada merekrut ejen-ejen baru untuk jadi ejen Cuckoo.

“Lepas ni mu fokus jugok pada rekrut ejen-ejen baru. Kalau mu nok dapat RM10,000 sebulan, mu wajib rekrut”

Ini antara mafhum perkataan yang beliau ucapkan kepada saya.

Tapi rekrut ni pun saya tak buat daripada awal. Menyesal rasa. Tapi tak apa, saya dah belajar daripada kesilapan saya yang lama.

So, saya pun usaha buat apa yang diajar sebelum ni. Try buat teknik Naga. Try buat 100 contact tu. Teknik Naga saya tak berapa menjadi, mungkin sebab saya malas. Hoho. Tapi kalau rajin saya yakin boleh pergi sangat jauh!

cara buat bisnes online

Gaji Saya Bersama Cuckoo – Lepas Beberapa Bulan!

TEKNIK 100 CONTACTS?

Teknik 100 contacts tu saya buat indirectly. Teknik ni bila saya buat saya rasa “Teknik ni menjadi”. Ingatkan saya seorang je yang menjadi bila buat teknik ni. Rupanya ramai lagi ejen-ejen Cuckoo lain yang buat dan betul-betul menjadi.

ejen cuckoo

Macam mana teknik 100 contacts ni? Mudah je. Kita listkan 100 list nombor telefon atau contact FB dan Instagram. Listkan pada kertas, handphone atau laptop. Terserah. Bila dah list 100 contact tu, kita mula WhatsApp atau DM seorang-seorang dan bagitahu mereka yang

“Sekarang saya dah jadi ejen Cuckoo. Kalau berminat, boleh inform saya untuk konsultansi. Saya boleh suggest model paling sesuai.” Ewah!

Janganlah kita rasa menjengkelkan buat kerja macam ni. Sebenarnya bila kita bagitahu orang yang kita sekarang dah jual Cuckoo, ia hanyalah satu pemberitahuan.

Kita bukan paksa mereka beli pun. Jangan takut, mesej je tanya khabar dan update pada kawan-kawan kita yang sekarang kita dah jual Cuckoo. Ok kan? Ok sangat! Dalam 100 orang yang kita contact tu, kalau dapat 20 orang beli pun dah kira best sangat. Kalau lebih apatah lagi.

Dan jangan lupa untuk gunakan FB peribadi untuk kenalkan diri kita sebagai konsultan Cuckoo yang sah berdaftar. Hebahkan sahaja pada semua kenalan kita. Jangan takut. Siapa takut, dia rugi!

Sebab apa circle kita yang kita patut mula approach dahulu? Sebab merekalah orang yang paling percaya kepada kita. Keputusan untuk mereka nak beli pun mudah. Tak perlu susah payah nak close sale bagai.

Saya teruskan fokus pada teknik percuma, dan pada sama saya juga cuba-cuba juga buat teknik FB Ads, Google Ads dan lain-lain lagi.

Kebanyakan masa memang banyak saya belajar dan explore sendiri. Buat satu persatu. Hampir semua cara saya cuba.

Pada bulan Ogos, iaitu 2 bulan lepas saya jadi ejen saya terima surat tawaran untuk pergi Haji. Bulan Ogos hingga September, selama 45 hari saya berada di tanah Arab. Sepanjang masa saya berada di sana saya tidak dapat membuat jualan. Hanya ada beberapa jualan sahaja dapat dibuat sebelum kami berlepas.

Tapi semasa berada di Tanah Haram sekalipun, saya masih lagi boleh uruskan jualan yang sedang berlaku. Order saya dipasang semasa saya berada di Mekah!

Bulan November 2017 merupakan bulan yang pertama saya terima ‘gaji’ jualan 10 nett Cuckoo. Iaitu selepas 5 bulan menjadi ejen Cuckoo. Dan bermula selepas itu, pendapatan saya kekal 10 nett dan ke atas sahaja.

Gaji 10 nett jualan boleh dapat sekitar RM3600 hingga RM4000. Itu pun entah berapa kali saya call mentor saya Tuan Wan dan manager saya Tuan Syafie (Afie) untuk minta mereka support saya sampai saya hit target saya. Serius kalau nak berjaya, kena rajin berhubung dengan mentor dan leader kita supaya mereka boleh bantu kita cari jalan untuk capai jualan yang lebih besar.

Perjalanan untuk dapatkan 10 nett sebagai pemula seperti saya kira agak mencabar juga sebab saya tak biasa, kawan pun tak ramai. Sangat banyak cara yang perlu kita buat untuk dapatkan pelanggan sebelum kita boleh dapatkan 10 nett pertama.

Namun, bagi ejen-ejen wanita kebiasaannya tidak susah nak kejar untuk dapatkan 10 nett. Ini adalah pattern yang biasa berlaku. Suri rumah dan golongan ibu adalah golongan yang paling mudah nak dapatkan jualan 10 nett sebulan.

Strategi untuk menjual Cuckoo secara online atau offline ada banyak sangat cara, dan kita hanya perlu cari cara yang paling sesuai dengan kita. Bukan semua cara sesuai untuk semua orang.

Dalam medium online, antara cara yang popular digunakan untuk pemasaran Cuckoo adalah menggunakan FB profile, FB ads, FB Groups, WhatsApp, Google Ads, laman web, YouTube, forum, Mudah dan banyak lagi.

Nak Jual Cuckoo Secara Free Cost Marketing?

Kalau nak jual secara secara online TANPA sebarang kos, anda tahu di mana sahaja anda nak jual.

Bila dah senaraikan di mana anda nak menjual, mudah kerja anda nak jual kelak.

Anda boleh jual di secara ZERO COST seperti di bawah:

  1. Facebook Profile
  2. Facebook Pages
  3. Facebook Stories
  4. Facebook Groups
  5. Facebook Marketplace
  6. Facebook Messenger
  7. WhatsApp Contacts (Kawan-kawan, keluarga, rakan sekerja)
  8. WhatsApp Groups
  9. WhatsApp Stories
  10. Telegram
  11. Instagram
  12. Instagram Stories
  13. Snapchat
  14. Twitter
  15. Youtube
  16. Blog
  17. Mudah.my
  18. Majalah.com
  19. Lazada
  20. Shopee
  21. Carousell
  22. Forum
  23. Email
  24. Dan pelbagai lagi

Banyak lagi tempat yang anda boleh buat jualan secara zero cost. Yang penting anda perlu buat dengan cara yang betul, strategi yang betul.

Jangan tunggu lama-lama, buat je.

Kalau tak jadi, adjust sampai jadi. Buat sampai berjaya.

Pengalaman Jual Secara Offline

ejen cuckoo

Saya pun pernah juga jual penapis air dan udara Cuckoo secara offline. Buka booth di pasar tani dan seminar-seminar. Namun jualan secara offline bukanlah minat saya. Saya rasa saya lebih pandai jual secara online berbanding offline. Semua ini boleh ikut strategi kita masing-masing yang mana paling sesuai dengan diri kita.

Pengalaman Letak Flyers Di Kereta

edar flyers

Ini juga antara usaha yang pernah saya buat sebelum ini.

Letak flyers dari kereta ke kereta.

Pengalaman Jual Secara Face to Face

edar flyers

Saya juga pernah usaha menjual secara Face to Face.

Saya beli flyers, dan cop nama dan nombor telefon di flyers tersebut.

Kemudian pergi berjumpa dengan orang secara face to face.

Kerja ni kalau fasa awal memang malu gila nak buat. Sumpah!

Tapi kalau nak poket tebal, kena muka tebal. Serius.

Saya pergi ke kedai-kedai makan, pergi ke dobi ruang orang menunggu.

Apa yang saya buat adalah saya pergi dari satu meja ke satu meja.

Saya bagitahu saya dari Cuckoo.

Saya share jer promosi terkini.

Dan jika berminat boleh telefon saya.

Part ini paling penting.

Saya usahakan untuk minta daripada mereka nombor telefon mereka.

Kenapa?

Sebab dengan nombor telefon ini kita boleh FOLLOW UP setiap hari hingga dapat jualan.

Tapi nak dapatkan nombor telefon dari ‘strangers’ ni perlu ada cara.

Cara saya buat adalah saya OFFER mereka untuk saya berikan INFO mengenai air bersih.

Ayat saya lebih kurang macam ni:

“Abang, saya nak bagi abang info mengenai program KAB kami iaitu Kepentingan Air Bersih. Boleh saya dapatkan nombor telefon abang supaya saya boleh share info ni kat whatsapp abang kejap lagi? Kosong satu…?”

Haa, macam tu.

Bila dah dapat nombor telefon tu, apa lagi follow up lah sampai dapat sales!

Siapa yang sesuai untuk jadi ejen Cuckoo?

Jujur pada pendapat saya, golongan yang sesuai dan biasanya berpotensi besar untuk jadi ejen Cuckoo yang berjaya adalah ejen-ejen penapis air, ejen takaful/insurans, ejen-ejen produk-produk dropship, suri rumah, guru dan pensyarah, penjawat awam dan swasta yang mencari bisnes part time, ustaz/ustazah dan banyak lagi.

Kerja saya sebagai ejen Cuckoo  yang fokus pada jualan online, hampir setiap masa saya hanya berada di rumah sahaja.

Begitu juga bagi ramai ejen-ejen Cuckoo online yang lain termasuklah golongan suri rumah.

Kenapa?

Sebab tugas kita hanyalah untuk dapatkan tempahan daripada pelanggan.

Bila ada pelanggan yang nak pasang penapis air atau udara Cuckoo, kita hanya perlu key in dalam sistem online kemudian Cuckoo yang akan uruskan pemasangan. Setiap 10 haribulan setiap bulan tinggal tunggu gaji masuk dalam akaun sahaja.

Kita sebagai ejen Cuckoo tak perlu pun nak pasang penapis air di rumah pelanggan.

Semua itu akan dipasang oleh installer Cuckoo di seluruh Malaysia. Best kan?

Apa Cabaran Jadi Ejen Cuckoo Dari Rumah?

ejen cuckoo

Antara cabaran yang saya lalui sepanjang jadi ejen Cuckoo dari rumah adalah sebab perlu layan anak sambil buat kerja. Bayangkan bila anda tengah nak call customer, anak anda nak melekat dekat anda sahaja dan menangis merengek. Perasaan dia pada masa tu, “Waaargh!” Haha. Gurau je.

Tapi saya dah bincang dengan isteri. Saya sendiri perlu ada pejabat saya sendiri dalam rumah saya khas untuk saya buat kerja sahaja.

Ada meja kerja, kabinet buku, laptop dan segala ‘peralatan perang’ saya ada di sana.

Bila saya tanya golongan ibu pula, kebiasaannya cabaran yang saya dengar daripada golongan ini adalah anak-anak juga.

Suami perlu difahamkan dan anak-anak perlu diurus dengan efektif dan efisyen.

Masa juga sangat penting dan hidup perlu lebih berjadual.

Ya, golongan ibu yang nak buat bisnes Cuckoo dari rumah ni sangat mencabar. Lebih-lebih lagi jika anak-anak masih lagi kecil.

Tapi ramai sahaja yang berjaya. Sangat penting untuk anda yang bergelar suri rumah untuk dapatkan support daripada suami dan juga berkawan dengan kawan-kawan ibu berkerja dari rumah yang positif dan dapat motivate anda untuk sentiasa efisyen.

Apa Yang Best Bisnes Cuckoo?

ejen cuckoo

Saya simpulkan beberapa benda best bila jadi ejen CUCKOO:

  1. Daftar Ejen Percuma – Anda tak perlu bayar 1 sen pun kalau nak daftar jadi ejen
  2. Produk Mudah Dijual – Produk Cuckoo dah terkenal sangat. Saya yakin setiap rumah ada keperluan untuk pakai, maka nak jual pun mudah
  3. Komisyen Luarbiasa – Sistem komisyen Cuckoo ni memang best. Kat bawah nanti saya share apa je komisyen yang anda akan dapat
  4. Kerja Dari Rumah – Ini yang saya buat sekarang. 90% kerja saya semua dari rumah. Hanya 10% sahaja masa saya di luar rumah.
  5. Harga Murah RM75.47/bulan – Ramai rakyat Malaysia yang bajet rendah boleh pasang
  6. Jual Produk Sahaja – Bila jadi ejen Cuckoo, anda perlu jual sahaja. Tak perlu pergi pasang dan servis.
  7. Macam Dropship – Walaupun pelanggan tinggal di Kelantan, anda tinggal di KL. Anda masih boleh uruskan pemasangan
  8. Peluang Melancong – Anda juga boleh pergi melancong ke luar negara bila capai target jualan. Kira Incentive Trip dari Cuckoo.
  9. Tiada Modal Permulaan
  10. Tiada Syarat Jualan Minima
  11. Peluang Kenaikan Pangkat – Di Cuckoo ni, anda boleh naik pangkat tau. Bukan sekadar jadi ejen sampai bila-bila
  12. 100% Online – Kalau anda duduk ‘dalam gua’ sekalipun masih boleh buat kerja. Janji ada Internet!

Apa yang best bisnes Cuckoo ni adalah sebab anda boleh buat kerja ini daripada rumah atau secara offline.

Ikut yang mana cara yang kita selesa.

Bahkan, income yang anda bakal perolehi adalah hampir sama seperti eksekutif yang berkerja di pejabat dan boleh jadi lebih besar lagi daripada itu.

Selain daripada itu, anda juga akan dimasukkan ke dalam support group yang sangat supportive dan akan sentiasa bantu anda untuk pergi lebih jauh lagi.

Bisnes Cuckoo ini adalah antara bisnes yang anda boleh daftar TANPA MODAL. Kebanyakan agensi lain jika anda ingin daftar, banyak kos yang anda perlu keluarkan.

Dan kadang kala, anda terpaksa bayar ratusan hingga ribuan ringgit untuk mengambil stok sahaja. Cuckoo tak perlu semua itu.

Anda juga akan diberikan mentoring dan diajar cara nak buat sales dan marketing secara percuma 100%, tak perlu bayar apa-apa untuk dapat ilmu bisnes ini. Anda hanya perlu berikan komitmen anda sahaja, leader akan sentiasa ingin bantu anda untuk terus berjaya.

Ejen-ejen yang mencapai target juga boleh dapat hadiah pergi bercuti di luar negara secara percuma, dan semuanya ditanggung oleh Cuckoo sepenuhnya.

Anda juga tidak perlu untuk datang ke pejabat setiap minggu untuk tanda kehadiran. Cukup berada di rumah sahaja juga sudah memadai.

Jika anda pergi balik kampung atau bercuti sekalipun, anda masih lagi boleh buat sales. Seperti saya, biasanya balik kampung hampir satu minggu. Hidup anda akan jadi sangat fleksibel bila jadi ejen Cuckoo sepenuh masa.

Bayangkan anda jual 5 unit, dapat RM1000 lebih. Jual 10 unit, dapat dekat RM4000.

Kalau anda rekrut ejen baru dan ejen anda buat jualan, anda juga boleh dapat Group Sales Incentive (GSI). 1 unit ejen kita jual, kita dapat 0.5 GSI.

Kalau 10 unit ejen kita jual, kita dapat 5 nett GSI. Kat situ dah dapat RM700. Kalau 20 unit ejen-ejen yang kita daftarkan dapat jual, kita akan dapat 10 nett GSI. Kat situ kita dah dapat RM3000.

Maknanya, bila kita jadi ejen Cuckoo kita akan dapat 3 sumber pendapatan:

1. Komisyen – Komisyen 1 bulan jualan

2. Personal Sales Incentive (PSI) – Capai target jualan 5 nett, 10 nett dan seterusnya

3. Group Sales Incentive (GSI) – Ejen-ejen kita dapat capai target jualan 5 nett, 10 nett dan seterusnya

Dan jika anda capai target jualan seterusnya, anda juga berhak untuk naik pangkat menjadi Natural Manager yang mana anda akan dapat 13 sumber pendapatan pula.

Fuhh! Memang padat! Tak rugi anda usaha jadi ejen Cuckoo part time atau full time tau. Yang penting usaha kena ada dan kena selalu yakin yang kita boleh buat dan pergi lebih jauh.

Saya sendiri lepas ni target nak jadi Natural Manager pula insyaAllah. So, kalau nak naik jadi manager maka lebih ramai ejen Cuckoo yang saya perlu bantu supaya mereka semua boleh berjaya buat jualan sama seperti saya. Itu adalah target saya selepas ini. (UPDATE: Kini saya dah jadi Cuckoo Natural Manager, alhamdulillah!)

ejen cuckoo

Pengalaman Dapat Customer Stranger

Pada awalnya, ramai pelanggan yang saya dapat adalah daripada kawan-kawan dan keluarga sendiri. Senang nak jual dengan orang-orang terdekat sebab mereka semua yang paling percaya dengan kita.

Kemudian, kebiasaannya kawan-kawan dan keluarga kita akan recommend kenalan mereka pula untuk tempah penapis air dan udara Cuckoo daripada kita. Itu juga masih lagi mudah, sebab guna sahaja nama network kita untuk kita buat jualan.

Dan sampai satu masa, kita kena usaha cari pelanggan yang kita tak kenal pula. Ramai orang yang kita boleh target untuk dapat capai jualan jika kita fokus buat jualan secara online dengan kaedah pemasaran percuma mahupun berbayar.

Namun, jangan takut. Ramai sahaja yang akan contact kita nanti dan biasanya bila kita dah makin mahir jual dekat orang, bila ada stranger nak beli pun kita dah tak menggelabah takut. Semua akan jadi lancar sahaja. Nak lancar? Kena selalu praktis. Kena selalu usaha untuk bercakap dengan lebih ramai orang. Tak ada cara lain dah.

Yang penting, kita buat sahaja. Jangan teragak-agak dan banyak berfikir sangat sampai nak mulakan satu langkah pun tak jadi.

jadi ejen cuckoo

Cara Kiraan Income Cuckoo?

Seperti yang saya share di atas, sebagai ejen Cuckoo anda boleh dapat Income dari 3 tempat:

  1. Komisyen Jualan – Secara rental mahupun outright (tunai)
  2. Personal Sales Incentive (PSI) – Insentif bila capai target jualan
  3. Group Sales Incentive (GSI) – Insentif bila ejen bawah anda buat jualan

Di bawah pula saya kongsikan tangga PSI (Personal Sales Incentive) di Cuckoo:

Personal Sales Incentive (PSI)

Bila anda jual:

  • 1 Unit Rental = 1 unit
  • 1 Unit Outright = 1 unit

Di bawah pula saya kongsikan cara kiraan Group Sales Incentive (GSI).

Sebelum itu, saya share dulu apa itu GSI. GSI adalah insentif apabila ejen-ejen di bawah anda jual Cuckoo. Bila jualan ejen di bawah anda capai target tertentu, anda akan dapat komisyen GSI.

Group Sales Incentive (GSI)

Bila ejen anda jual:

  • 1 Unit Rental = 0.5 unit
  • 1 Unit Outright = 1 unit

Rahsia nak cepat berjaya di Cuckoo ini adalah dengan dapatkan sebanyak mungkin GSI.

Seperti gambar di bawah:

Jika total Net Sales GSI capai 22 unit, maka anda akan dapat RM5000 daripada GSI.

Bayangkan anda dapat income macam ni tiap-tiap bulan, memang best!

Boleh Guna Slip Komisyen Cuckoo Untuk Beli Rumah & Kereta?

Ya boleh! Saya dah beli rumah dan kereta menggunakan slip gaji Cuckoo. Alhamdulillah. Bawah ni gambar kereta yang saya beli guna slip gaji Cuckoo. Honda Civic FC 1.5 Turbo-Charged.

Bayar bulan-bulan guna gaji Cuckoo.

Kalau anda nak beli rumah dan kereta dengan kerjaya macam ni, boleh daftar jadi ejen dengan saya. Saya share caranya!

kos servis honda civic fc 1.5 turbo charged

Atas ni gambar kawasan rumah yang saya beli.

Naik Pangkat Jadi Cuckoo Natural Manager!

Alhamdulillah. Lepas 1 tahun lebih saya jadi ejen Cuckoo saya ambil keputusan untuk naik pangkat.

Pangkat seterusnya adalah Cuckoo Natural Manager. Di bawah adalah struktur organisasi jualan Cuckoo.

Kini saya berada di level yang ke 2. Sejak Ogos 2017. Alhamdulillah!

Bila jadi Cuckoo Natural Manager ni, tugas saya bukan sahaja menjual.

Bahkan saya perlu BANTU lebih ramai orang untuk bina kerjaya bersama Cuckoo.

Saya perlu bantu ejen-ejen baru untuk buat duit seperti saya jadi ejen dahulu.

Bantu ejen-ejen baru dapat income yang besar adalah matlamat utama saya.

Menghadiri Kursus 300 NM (Natural Manager) di Cuckoo

Bersama Cuckoo Natural Chief Manager (NCM)

Alhamdulillah kini makin ramai ejen-ejen yang aktif bersama saya.

Ramai yang dah merasa buat ribuan ringgit bersama dengan Cuckoo.

Saya bersyukur sangat sebab mereka yang saya bantu itu kebanyakannya surirumah, pekerja, pelajar dan sebagainya. Tak kurang ada juga yang buat bisnes Cuckoo ini sepenuh masa sekarang.

edar flyers

Aktiviti Jualan Bersama Ejen

Kini lepas dah jadi Cuckoo Natural Manger, saya perlu buka ‘kedai’ saya sendiri.

Inilah dia kedai saya, Cuckoo Brand Kiosk yang terletak di Plaza Idaman, Jalan Gombak.

Alhamdulillah pada fasa ini banyak yang saya belajar.

Antaranya adalah ilmu kepimpinan.

Juga skil untuk sampaikan ilmu, motivasi kepada ejen-ejen yang bersama dengan saya.

Jom Join Team Saya!

Saya percaya semua orang boleh rekrut ejen baru, tapi bukan semua boleh bantu ejen hingga berjaya.

Saya beri komitmen kepada diri saya untuk bantu ejen-ejen yang berada bersama saya.

Dan alhamdulillah usaha saya membuahkan hasil untuk ejen-ejen bersama saya!

Ini adalah aktiviti bonding saya bersama dengan ejen-ejen yang bersama dengan saya. Alhamdulillah kerap juga saya berjumpa dengan ejen dan makan bersama

Selain itu, saya pun tak kisah kalau ejen-ejen perlukan bantuan dengan lebih dekat. Untuk buat 1 to 1 personal coaching pun tiada masalah. Gambar di atas ni saya buat group coaching dengan team ejen saya.

Dari semasa ke semasa kita juga akan adakan kelas untuk tambah ilmu para ejen. Bila ada ilmu, nak buat bisnes Cuckoo pun lebih yakin. Betul tak?

Bila anda daftar jadi ejen nanti saya akan masukkan anda dalam group Whatsapp yang mana dalam group ini saya akan berikan kepada anda copywriting dan gambar-gambar iklan terkini. Mudah anda nak iklan nanti.

Saya juga akan masukkan anda dalam Closed Support Group di FB kami. Di sini sesekali saya akan buat kelas secara online FB Live bagi memudahkan ejen-ejen yang tinggal di luar KL untuk belajar walaupun tanpa berjumpa.

Pada saya yang penting, anda boleh bina pendapatan yang selesa dan bina kerjaya yang luarbiasa di Cuckoo.

Video Saya, Kenapa Anda MESTI Jadi Ejen Cuckoo?

Tonton Video Saya 3 Minit Di Sini

Nak Jadi Ejen Cuckoo?

Nak jadi ejen Cuckoo mudah sahaja. Tak perlu nak bayar apa-apa pun.

Call atau whatsapp sahaja saya. Klik di bawah.

Whatsapp saya di 0139916967.

Atau boleh juga terus daftar di sini secara online. Cara ini lebih pantas.

Terima kasih!

Nak Jadi Ejen Cuckoo? Isi Detail Di Bawah

Isi detail ini, saya akan hubungi anda dalam masa terdekat. Terima kasih!

MAKLUMAT UNTUK URUSAN KECEMASAN

Contact waris terdekat seperti pasangan, ibubapa, adik beradik dsb

-----

-----

GAMBAR IC DAN GAMBAR UKURAN PASPORT

IC

Nota: Pastikan Gambar IC Anda Jelas & Boleh Dibaca

Nota: Boleh Juga Gunakan Gambar SELFIE Separuh Badan. Belakang dinding putih.

*Pastikan gambar anda bersaiz kurang 1MB bagi setiap gambar.

Telefon Hilang! Bagaimana Google Selamatkan Saya?

Telefon Hilang! Bagaimana Google Selamatkan Saya?

Telefon Hilang! Bagaimana Google Selamatkan Saya?
Minggu lepas telefon baru saya hilang. 
 
Salah saya sebab saya tercicir dekat kedai makan. 1 minit je saya tinggalkan, terus lesap. Bila balik rumah cuba nak call semula dah tak dapat.
 
Sah-sah kemungkinan budak-budak muda yang lepak di kedai makan tu ‘ter-ambil’ kemudian terus off handphone saya tu.
 
Padahal handphone tu baru je beli bulan Febuari yang lepas. Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun. Terpaksalah saya beli handphone baru.
 
Sayangnya banyak gambar-gambar saya ada dalam handphone tu. Kenangan saya pergi Haji tahun lepas pun semua ada dalam phone saya. Nombor telefon pun sama banyak ada dalam tu. Paling sedih sebab nombor telefon customer saya banyak dalam phone tu.
 
Tapi alhamdulillah, kebanyakan gambar dan contacts saya dalam phone tu masih lagi selamat sampai sekarang.
 
Macam mana saya boleh selamatkan semua data saya daripada handphone lama saya?
Telefon Hilang

Search di Google: Find Your Phone

1. Gambar – Google Photos

 Jeng jeng jeng. Saya gunakan Google Photos sahaja.
 
Bukak je Google Photos di telefon bimbit kita kemudian sync dan upload semua gambar-gambar kita dalam Google Photos. Begitu sahaja.
 
Jangan risau, orang lain tak akan dapat tengok gambar-gambar peribadi kita sebab ia disimpan dalam simpanan khas untuk kita sahaja.
 
Klik je sini untuk tengok caranya: https://www.youtube.com/watch?v=QjzttXdWRbU

Tapi kalau boleh, bila nak upload tu pergilah ke tempat yang ada UniFi untuk upload tu. Kalau tak nanti habis pulak data kita.
 
Dulu saya ingat kita hanya boleh save contacts je dalam Google. Rupanya gambar pun boleh. Kita boleh save tanpa had (tapi jangan pilih original size masa upload tu).
 
Bila kita buat macam ni nanti phone kita pun akan jadi lebih ringan sebab dah tak perlu save semua gambar dan video dalam handphone kita. Semua dah di-upload ke dalam Google. Senang kan?

2. Save Contact – Google

telefon hilang

Zaman teknologi sekarang ni, semua benda kita boleh save di Google tau. Termasuklah contacts kita.

Kalau kita guna smartphone, sah-sah Google akan terus save nombor telefon kita dalam emel.

Maka jangan risau kalau telefon kita hilang atau rosak, tak perlu kita nak susah payah copy paste contact-contact lama kita.

Sync je guna emel kita, siap semua dah ada balik dalam telefon bimbit kita.

Semudah itu sahaja.

Ingat! Jika kita tak pernah save nombor telefon kita dalam emel, anda wajib buat bermula hari ini.

 

3. WhatsApp Messages – Back Up

Telefon Hilang

WhatsApp ni kebiasaannya akan auto back up segala mak nenek data dalam WhatsApp kita ke dalam Google Drive kita. Dan kebiasaannya ia hanya akan back up bila ada Wi Fi sahaja.

So, jangan risau bila telefon kita hilang atau rosak. Apa yang anda perlu buat hanyalah masukkan simkad, install WhatsApp kemudian sync balik data-data lama yang ada dalam Google Drive.

Pastikan anda gunakan nombor telefon yang sama dan emel yang sama dengan handphone yang anda guna sebelum ini. Kalau anda beli nombor telefon baru atau guna emel lain, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada mesej-mesej lama dalam WhatsApp.

Sebaiknya pergi tempat yang ada Wi Fi untuk download balik semua data lama kita.

Jadikan aktiviti back up ini satu rutin. Kalau rumah kita tak ada Wi Fi, bila kita di ofis cuba back up data kita sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sayanglah kalau data kita hilang semuanya. Lebih-lebih lagi jika kita adalah seorang peniaga, maka banyak nombor telefon pelanggan dan prospek kita akan hilang begitu sahaja. Bahkan ia bermaksud peluang anda untuk dapatkan hasil jualan ribuan ribu ringgit itu melayang begitu sahaja.

Jangan ambil ringan back up data WhatsApp tau!

 

4. Di Mana Telefon Saya Sekarang?

Telefon Hilang

Masa telefon bimbit saya hilang, saya baru tahu rupanya ada fungsi Google yang mana ia boleh buat 2 perkara ini:

  1. Cari telefon kita yang hilang
  2. Delete segala data yang ada dalam telefon bimbit kita (poin seterusnya)

Kalau telefon kita hilang atas kecuaian kita. Mungkin hilang dalam rumah sahaja, gunakan sahaja fungsi Google Find Your Phone ini.

Fungsi ini dapat bantu anda cari semula telefon bimbit anda dengan 3 cara.

  1. Bunyi – Mengeluarkan bunyi pada telefon bimbit anda. Kalau telefon tu hilang dalam rumah sahaja, tunggu telefon kita berbunyi. Sama konsep kita cuba call balik telefon kita bila tak jumpa.
  2. GPS – Fungsi kedua yang pada saya agak bergaya jugak adalah kita boleh cari phone kita yang hilang guna GPS. Google akan tunjukkan di mana lokasi terakhir telefon bimbit anda berada. Namun, kalau telefon tersebut tak disambungkan pada internet maka lokasi terakhir berhenti di sana sahaja.
  3. Mesej – Barangkali ada orang baik yang terjumpa telefon bimbit anda. Sebenarnya kita boleh tinggalkan mesej pada telefon tersebut. Bila orang yang terjumpa telefon itu buka skrin sahaja, mesej anda akan terkeluar. Boleh je letak nombor telefon lain untuk dihubungi.

 

5. Bagaimana Nak Delete Data Di Telefon Lama?

Telefon Hilang

Perkara paling menakutkan bila telefon kita hilang sebab dicuri adalah bila data-data dalam telefon tersebut disalahgunakan, apabila mesej-mesej penting kita disalahgunakan dan gambar-gambar peribadi kita digunakan untuk tujuan yang salah.

Maka, Google mampu menyelamatkan telefon bimbit anda dengan menghapuskan segala data yang terdapat pada telefon tersebut.

Hanya dengan satu klik sahaja, anda boleh ‘erase’, buang semua data dalam telefon tersebut. Jika telefon tersebut masih ada talian internet, maka segala data akan dihapuskan bagi menjaga keselamatan dan privasi anda.

Sama seperti poin sebelum ini, anda hanya perlu masuk link ini sahaja untuk melakukan proses tersebut Google Find Your Phone.

 

6. Nombor Telefon Lama?

Bila telefon bimbit kita hilang, hubungi syarikat telco sim kad lama kita. Tak perlu pun kita beli sim kad dan nombor telefon baru. Nombor telefon lama kita masih boleh digunakan.

Contoh seperti saya menggunakan perkhidmatan UMobile. Semasa telefon saya hilang baru ni, apa yang saya buat adalah saya terus contact UMobile untuk maklumkan yang telefon saya dah hilang.

Bila UMobile tahu yang telefon kita hilang, mereka potong terus line telefon bimbit kita. Kiranya kalau ada orang yang ambil telefon tu dah tak boleh nak salah gunakan telefon bimbit kita.

Kemudian saya tanya operator UMobile, di mana saya boleh dapatkan simkad gantian untuk nombor telefon lama saya?

Katanya: “Di KL, ada beberapa tempat yang encik boleh pergi. Antaranya di One Utama, ….”

Maka keesokan harinya, saya terus pergi ke One Utama untuk beli simkad baru bagi menggantikan simkad lama saya yang sudah hilang.

Jangan risau, kebanyakan syarikat telco ni buka sampai malam ikut waktu berkerja di mall. Maka, lepas waktu berkerja pun kita masih boleh ke sana untuk ambil simkad.

Kredit gambar ke: www.androidpolice.com
Cara Buat Bisnes Online Dropship Tanpa Modal Untung Besar

Cara Buat Bisnes Online Dropship Tanpa Modal Untung Besar

Tips Mudah Cara Buat Bisnes Online Dropship Tanpa Modal Untung Besar

Dalam tempoh 10 tahun ini, perkataan bisnes online dan ‘dropship’ ini sering menjadi perbualan rakyat Malaysia.

Namun kini, ia sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia yang ingin membina pendapatan sampingan atau sepenuh masa dari rumah. Ini juga bagi menampung kos perbelanjaan kita yang semakin meningkat hari demi hari.

Namun pada masa sama, masih ramai lagi yang belum tahu apa itu model perniagaan bisnes dropship.

Jika anda sedang membaca post ini, saya rasa anda pasti masih samar, belum tahu tapi berminat untuk memulakan perniagaan online secara dropship.

 

APA ITU BISNES ONLINE DROPSHIP?

Kerap kali kita mendengar orang bercakap mengenai dropship. Apa itu dropship? Secara mudahnya, perniagaan dropship ini boleh difahami dengan jual produk orang lain secara online.

Ya. Kita menjual produk orang lain secara online sahaja. Kita daftar sebagai ejen dropship. Iklankan produk tersebut. Apabila ada sales, minta syarikat pembekal dropship untuk pos barang kepada pelanggan.

Kita tak perlu pun simpan sebarang stok produk di rumah sebab stok barang disimpan oleh pembekal dropship.

 

BAGAIMANA KAEDAH BISNES ONLINE DROPSHIP?

Kaedah perlaksanaan bisnes dropship ini mudah sahaja. Seperti yang dah ditulis di atas, kita hanya perlu jual produk orang lain. Secara asasnya, kaedah bisnes dropship adalah seperti berikut

  1. Daftar sebagai ejen dropship daripada pembekal
  2. Buat promosi secara online (FB, Instagram, Whatsapp, Blog, Telegram dsb)
  3. Pelanggan mula membeli
  4. Pelanggan membayar tempahan
  5. Ejen dropship bayar pada pembekal pada harga ejen
  6. Pembekal pos produk kepada pelanggan

Senang kan?

dropship

Sumber gambar www.azhan.co

BISNES ONLINE DROPSHIP INI SESUAI UNTUK SIAPA?

Siapa je sesuai buat bisnes dropship ni? Dropship ni sangat sesuai untuk anda yang sedang cari pendapatan sampingan, anda yang cadang nak kerja full time dari rumah sahaja, anda yang nak kebebasan kewangan dan masa dalam hidup, anda yang fokus nak membesarkan anak sendiri di rumah sambil boleh buat duit dan ramai lagi.

Antaranya:

  1. Pekerja
  2. Peniaga
  3. Suri rumah
  4. Pelajar
  5. Belum berkerja
  6. Mencari peluang perniagaan baru
  7. Mencari pengalaman baru
  8. Pesara
  9. Ustaz
  10. Imam
  11. Bilal
  12. Dan sebagainya

KELEBIHAN JADI EJEN BISNES ONLINE DROPSHIP

dropship

Apa yang best bila jadi ejen dropship ni?

Antaranya adalah:

1. Tak perlu simpan stok produk

Ramai yang baru nak mulakan perniagaan terperangkap dengan ‘stok produk’ yang terpaksa disimpan di bawah katil. Nak mulakan bisnes, tapi masih tak pandai lagi. Termakan cakap orang lain, kalau nak buat bisnes kena beli stok barang dengan pembekal dengan harga murah. Kemudian baru jual.

Ya betul, memang peratusan diskaun jika dibeli awal adalah lebih tinggi.Tapi, ini sangat merugikan especially jika anda tiada pengalaman dan ilmu dalam perniagaan.

Berapa ramai orang yang mulakan bisnes dan berhenti separuh jalan. Stok barang dah beli, tapi tersimpan sahaja dalam bilik dan bawah katil.

Last sekali, kita sendiri yang kena ‘habiskan’ produk yang dibeli sebab tak terjual.Maka, peluang bisnes dropship ni sangat wajar untuk diceburi kerana anda langsung tak perlu nak simpan stok untuk mula berniaga.

Anda jualkan dulu produk yang ada pada pembekal, biar mereka yang uruskan stok produk dan penghantaran. Anda hanya perlu buat sales sahaja.
dropship
Tiada Modal / Modal Kecil

Nak mulakan bisnes dropship ni tak perlukan modal yang besar pun. Kebanyakan program dropship minta yuran yang kecil. Paling mahal pun mungkin sekitar RM200 sahaja untuk daftar sebagai ejen, kemudian anda boleh jual produk mereka dengan peratusan % keuntungan yang berbaloi.Ada juga pembekal dropship yang boleh berdaftar secara percuma.

Anda langsung tak perlu nak bayar sebarang kos untuk nak menjual produk mereka. Seperti Cuckoo, daftar sebagai ejen adalah 100% percuma. Latihan juga diberikan secara percuma. Tinggal daftar dan jual sahaja.Mudah kan?

dropship

Boleh Buat Bisnes Dari Rumah – Wow! Ini antara impian ramai surirumah tangga. Juga impian sebahagian kita yang dah penat berkerja di pejabat, dah penat mengharungi perjalanan jam ke pejabat, dah penat sebab terpaksa berkerja juga pada hujung minggu.

Ini antara alasan yang sangat munasabah untuk anda consider mulakan perniagaan dropship.Sebab ramai sahaja zaman sekarang ini yang dah berkerja dari rumah.

Hanya promote produk orang lain sahaja di FB, Insta, Blog, Twitter dan sebagainya.Bisnes dropship jika kena dengan caranya, boleh dapat berlipat kali ganda daripada gaji di pejabat jika kena dengan caranya.Pengalaman seorang ejen dropship yang berkerja di syarikat kecil dengan gaji sebanyak RM2500.

Apabila buat bisnes dropship, untuk mencecah lebih RM5000 dalam satu bulan. Lalu selepas beberapa bulan terus diambil keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan perniagaan dropship dengan lebih serius.

Bebas Masa – Bisnes dropship sambil berkerja ni boleh dibuat selepas waktu berkerja, pada waktu cuti, waktu rehat dan sebagainya.

Ini bagi membina asas dan tapak permulaan untuk berniaga secara dropship dengan lebih serius lagi.Namun jika kita ambil keputusan untuk kerjaya full time sebagai ejen dropship ini akan buat anda bebas dari sudut masa kerana anda sudah tidak terikat lagi dengan waktu berkerja.

Anda boleh berkerja bila-bila anda nak.Anda boleh buat kerja dalam kereta, bila balik kampung, di shopping mall, di kedai kopi, di tepi pantai, di rumah mertua dan sebagainya.Namun antara cabarannya, anda perlu jadi lebih produktif kerana tanpa disiplin berkerja yang betul, ia dapat memberi kesan kepada prestasi jualan kita.

dropship

Peluang Yang Banyak – Nak mula berniaga secara dropship ini jauh lebih mudah daripada mencari pekerjaan.

Sebab setiap masa ramai pembekal yang mencari-cari ejen dropship untuk berkerjasama bersama mereka untuk sama-sama bina kewangan dan menghabiskan stok produk yang sedia ada.Buka saja di Google, bila kita search peluang dropship banyak yang diiklankan di Google. Kita tinggal daftar dan jual sahaja.

 

SENANG KE NAK BUAT BISNES ONLINE DROPSHIP NI?

dropship

Nak mulakan bisnes dropship ni tersangatlah mudah.

Ini kerana peluang untuk nak mulakan bisnes dropship sangat banyak di luar sana.

Bukan sekadar itu, jika anda dapat pilih produk yang senang dijual, niche yang betul dan sasaran pasaran yang betul, maka perjalanan anda sebagai ejen dropship insyaAllah akan jadi lancar.

Produk yang mudah dijual kebiasaannya ramai yang memerlukannya atau menginginkannya.

Seperti produk penapis air Cuckoo, produk ini sangat mudah untuk dijual kerana masyarakat Malaysia zaman sekarang sangat memerlukan kepada bekalan air bersih dan sihat. Namun jika hari-hari perlu beli air mineral dan masak air, ia sangat memenatkan dan banyak menghabiskan masa dan tenaga.

Penduduk Malaysia sekarang berjumlah 30 juta orang penduduk. Peluang perniagaan Cuckoo tersangatlah besar untuk diceburi dan ramai yang dah buat income 4 hingga 5 angka dengan Cuckoo. Dan boleh dibuat daripada rumah sahaja dengan latihan online secara percuma.

Banyak lagi produk-produk lain yang boleh dijual seperti produk kecantikan, produk kesihatan, buku, dan sebagainya yang dapat memberikan pulangan yang sangat berbaloi.

dropship

 

MACAM MANA KIRA UNTUNG BISNES ONLINE DROPSHIP?

dropship

Untuk pengiraan untuk bisnes dropship, ia bergantung kepada jenis produk dan pakej yang ditawarkan.

Jika produk mudah seperti produk kesihatan, kecantikan, buku dan sebagainya maka pengiraan keuntungannya adalah straight forward.

Contohnya: Jika anda ingin menjual pencuci muka Mary Jay yang berharga RM100 di pasaran. Anda daftar sebagai ejen dan Mary Jay memberi anda komisen sebanyak 35% untuk setiap jualan. Maka, kiraannya adalah seperti berikut:

RM100 x 35% = RM35 adalah untung yang anda terima
RM100 – RM35 = RM65 adalah kos yang dibayar kepada Mary Jay

Mudah kan?

Namun, jika anda menjual produk seperti penapis air Cuckoo, pengiraannya sedikit berbeza kerana ada pelan khas yang telah disediakan untuk ejen.

Jika anda dapat customer yang pasang 1 unit penapis air secara rental, maka anda akan dapat untung 1 bulan. Jika dapat kumpul 5, 10, 20 dsb penapis air dalam 1 bulan, anda akan dapat insentif capai target.

Contohnya, dalam 1 bulan anda dapat 10 customer pasang penapis air di rumah mereka, anda akan dapat:

RM100 x 10 = RM1000 –> Komisen jualan
RM1000 RM3000 (Insentif dapat 10 pelanggan) = RM4000 Untung

Lebih kurang begitu cara pengiraannya.

Yang best mengenai jadi ejen Cuckoo ni adalah anda tak perlu pergi pasang penapis air pun. Nanti akan ada installer seluruh Malaysia yang akan tolong pasang. Anda hanya perlu ambil order sahaja.

 

“SAYA TAK PANDAI MENJUAL, MACAM MANA NI?”

dropship

Jangan risau, nak berniaga ni memang mulanya kita rasa susah. Rasa malu. Rasa takut. Sebab ini mungkin pertama kali kita mula nak berniaga.

Kebiasannya bila kita baru mula nak berniaga, kita akan ada rasa:

  1. Takut kena keluar modal
  2. Takut rugi
  3. Takut kena tipu
  4. Takut nak bercakap dengan customer
  5. Takut kena marah dengan customer
  6. Takut tak balik modal
  7. Takut tak dapat puaskan hati customer
  8. Takut customer lari
  9. Dan pelbagai lagi

Semua ini normal.

Kita sahaja yang perlu berani untuk berhadapan dengan segala kemungkinan ini.

Kuncinya adalah: ILMU & AMAL

Ya ilmu dan amal.

Tanpa ilmu, kita akan sentiasa dalam keadaan takut. Tanpa ilmu, kita tidak terarah. Tanpa ilmu, kita berisiko untuk rugi.

Begitu juga amal. Ilmu tanpa amal tidak akan bawa kita ke mana-mana. Ramai ejen-ejen yang sudah mempelajari ilmu di sana sini. Belajar ilmu bisnes di blog, YouTube, seminar, ebook, video dan sebagainya. Tapi tak beramal dengan ilmu yang dah dipelajari.

Kesannya tetap sama: kita tak dapat hasil yang diingini.

Untuk menghadapi perasaan takut tak pandai berniaga, ubatnya adalah ilmu dan berani mencuba.

Paksa diri untuk cuba sesuatu yang belum pernah diceburi sebelum ini.

Paksa diri untuk maju ke hadapan.

Kerana hasilnya adalah untuk kita juga kelak. Ingat matlamat utama kita nak berdropship adalah untuk keluar daripada kesusahan yang kita sedang lalui sekarang.

Nak lebih bebas masa dan kewangan.

Semua ini akan membantu kita sedikit sebanyak untuk lawan rasa takut tak pandai berniaga tersebut.

Di Cuckoo, anda berpeluang untuk mendapat latihan sepanjang hayat secara percuma. Segala latihan akan diberikan kepada ejen dengan percuma tanpa sebarang bayaran.

Latihan diadakan secara online atau di pusat latihan. Segalanya adalah mudah dan anda pasti boleh buat.

dropship

 

BAGAIMANA CARA CARI PEMBEKAL DROPSHIP?

dropship

Seperti yang pernah ditulis di atas, cara nak cari pembekal dropship tersangatlah mudah. Di Google sahaja ramai yang tawarkan bisnes dropship. Belum masuk lagi di FB, Instagram, Blog dan sebagainya. Peluang dropship tersangatlah banyak.

Namun anda perlu cari produk yang mudah dijual dan beretika untuk permulaan ini. Kadang kala, produk yang kurang persaingannya, kurang juga permintaannya.

Itu antara sebabnya kami sangat menggalakkan anda untuk mulakan dengan produk yang mudah nak dijual supaya pengalaman ini dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk berniaga dropship dengan lebih mahir kelak.

Antaranya yang anda boleh cuba adalah:

  1. JUAL PENAPIS AIR DAN PENAPIS UDARA JENAMA CUCKOO – Untung dapat 10 pelanggan pasang Cuckoo boleh mencecah RM4000. Klik sini atau whatsapp terus ke 0139916967 untuk pertanyaan
  2. JUAL BUKU – Untung hingga 50% menjual buku bersama Book Cafe Online
  3. JUAL MINYAK WANGI
  4. JUAL PRODUK KECANTIKAN
  5. JUAL PRODUK KESIHATAN
  6. JUAL PRODUK KANAK-KANAK
  7. JUAL PRODUK KERETA
  8. JUAL BARANG RUMAH
  9. JUAL PAKAIAN
  10. JUAL PERABOT
  11. Dan pelbagai lagi

Apa yang anda perlu buat hanyalah Google dan cari. Atau jika ada sesuatu dalam fikiran, boleh cuba search dulu di Google. Dapatkan berapa harga yang ejen akan terima. Kenalpasti berapa keuntungan yang anda bakal dapat. Kenalpasti sama ada produk mudah dijual atau tidak. Kenalpasti adakah produk tersebut dapat selesaikan masalah pelanggan yang anda dah target.

Pastikan anda buat research dulu sebelum menjual supaya anda tak letih nak tukar-tukar produk baru untuk dijual kalau produk yang sedang dijual kurang permintaan.

 

KESIMPULAN

Demikian adalah perkongsian dari kami berkenaan dengan perniagaan dropship. Bisnes dropship adalah bisnes yang sangat wajar untuk diceburi pada zaman sekarang. Ini kerana kos perbelanjaan yang meningkat hari demi hari, maka bisnes dropshop merupakan peluang yang sangat baik untuk anda mulakan sekarang.

Jangan biarkan rasa takut menghantui diri anda daripada memulakan langkah pertama untuk menjual. Jadikan diri anda, ibu bapa, isteri, anak-anak dan sebagainya sebagai penyebab dan pembakar semangat anda untuk jadikan kehidupan dan kewangan lebih baik lagi.

cara buat bisnes online

Gaji Saya Bersama Cuckoo

Nak jadi ejen Cuckoo?

Nak jadi ejen Cuckoo?

Mulakan dengan menjual produk yang mudah untuk dijual. Seperti produk Cuckoo, ia merupakan produk yang mudah untuk dijual kerana ada permintaan. Anda boleh klik link di bawah untuk faham mengenai bisnes Cuckoo.

  1. Rahsia Bisnes Cuckoo
  2. 5 Fakta Bagaimana Bisnes Cuckoo Dapat Ubah Hidup Anda
  3. 5 Kelebihan Buat Bisnes Penapis Air Cuckoo

 

Minat nak jadi ejen Cuckoo? KLIK SINI! Atau WhatsApp je 0139916967 atau klik Cuckoo untuk terus WhatsApp.

dropship

Review Buku: Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin

Review Buku: Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin

Rahsia Bapa Viral Kebangsaan Oleh Khairul Hakimin
Saya suka baca buku bisnes.
 
Setiap kali ke kedai buku je, mesti saya pergi ke ruangan bisnes.
 
Tak percaya, tanya isteri saya. Dia pun dah naik menyampah. Kahkahkah.
 
2 minggu lepas, saya pergi ke Pesta Buku Selangor di Shah Alam lepas selesai pergi kelas saham.
 
Masa tengah meneroka lautan buku di sana, saya terserempak dengan buku ni.
 
Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin Muhammad.
 
Sebenarnya, dah lama saya perasan pasal buku ni.
rahsia bapa viral kebangsan
 
Tapi entah mengapa, masa tu pula terdetik nak beli.
 
Oh ya, masa tu ada promosi beli 3 buku RM50.
 
Terus saya beli buku ni di booth Thukul Cetak.
 
Buku ni antara buku yang sangat baik untuk memperbaiki penulisan kita di media sosial.
 
Banyak tips yang dikongsikan tersangatlah simple, tapi praktikal.
 
Baca sehari pun boleh habis.
 
Sebab ada dalam 100 muka surat sahaja.
 
Kalau saya jumpa Khairul Hakimin, saya nak cakap dekat dia
 
“Tuan, you make my day.
 
Terima kasih atas segala perkongsian tips dalam buku Tuan.
 
Buku Tuan memang best gila untuk saya.”
 
Sekian ulasan saya pasal buku ni.
 
Nak lebih-lebih, baca sendiri. Haha.
 
 
Fadhil,
Suka Beli Buku
15 Tip & Pengalaman Pergi Haji Lebih Awal | Muassasah Tabung Haji

15 Tip & Pengalaman Pergi Haji Lebih Awal | Muassasah Tabung Haji

15 Tip & Pengalaman Pergi Haji Lebih Awal | Muassasah Tabung Haji

Assalamu’alaikum wbt, saya Fadhil. Saya berumur 28 tahun, berasal dari Gombak, sudah berkahwin dan sekarang berkerja sebagai konsultan jualan penapis air Cuckoo.

Dalam post kali ni saya nak share mengenai pengalaman saya menunaikan ibadah haji pada tahun 2017 yang lepas.

Pada masa itu, umur saya baru 27 tahun. Dan saya pergi haji bersama isteri tercinta yang pada masa itu umurnya baru 26 tahun.

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kerana kami dapat menunaikan ibadah haji pada usia yang muda.

Menunaikan haji pada usia sebelum 30 tahun merupakan impian saya dan life goal saya sejak bertahun-tahun yang lepas.

Saya pergi bersama Tabung Haji, bukan ikut pakej swasta.

Sebab sebelum ni saya langsung tak pernah jejakkan kaki ke tanah Arab walaupun sekali.

Umrah pun tak pernah pergi.

Memang dalam hati ada niat nak tunaikan ibadah umrah, dah tercari-cari pakej murah sekitar RM5000.

Tapi hati tetap rasa berat nak pergi sebab bila difikirkan, kumpul separuh lagi dah boleh pergi haji dah.

Ada kawan yang berkerja sebagai ejen Umrah pun dah quote kepada saya harga untuk pergi Umrah, tapi saya terpaksa tolak juga pada masa itu.

So dalam post ni, saya just nak share apa yang saya dan keluarga dah buat menyebabkan saya dapat pergi haji sebelum 30 tahun.

UPDATE! Saya dijemput oleh TV Alhijrah pada 6 Ogos 2018 bagi slot Rezeki Haji Muda. Video di bawah

1. Daftar Haji

Pada tahun 2003, mak dan ayah saya pergi daftar untuk diri mereka dan untuk saya pergi haji.

Pada masa tu, kesedaran mengenai daftar haji ni masih belum famous.

Belum ramai lagi yang ada kesedaran mengenai haji ni.

Sebab tu kalau dulu-dulu, orang daftar haji dalam masa beberapa tahun je dah dijemput sebagai tetamu Allah.

Tapi masa tu saya masih muda sangat lagi, umur belasan tahun ketika parents pergi haji.

Tahun 2005, parents pergi haji dulu walaupun perancangan asalnya nak bawa saya sekali ikut pergi haji.

Namu atas kekangan bajet, saya tinggal di Malaysia dan parents pergi Haji ikut pakej Rayhar.

Tips: Pastikan anda telah daftar dengan Tabung Haji untuk pergi Haji. Buka akaun simpanan Tabung Haji bukan bermaksud kita dah daftar Haji. Pendaftaran pergi Haji TIDAK berlaku secara automatik.

Ada 2 langkah penting di sini:

a. Buka akaun simpanan di Tabung Haji

b. Cukupkan RM1350 dalam akaun, kemudian terus DAFTAR untuk pergi Haji.

2. Terpaksa Tolak Tawaran Haji

Seingat saya, pada tahun 2012 saya sebenarnya dah dijemput pergi Haji sebab dapat surat pada masa tu.

Mak ayah cakap sebenarnya beberapa tahun sebelum 2012 pun Tabung Haji dah hantar surat jemputan pergi haji.

Tapi terpaksa ditolak juga sebab masa tu saya masih sekolah. Tapi pada masa tu duit dalam akaun dah cukup

Tahun 2012 pun saya terpaksa tolak sebab masa tu tengah sambung belajar di UIA Gombak.

Bukanlah sekadar tolak tawaran tersebut sebab saya tengah sambung belajar. Boleh je pun nak pergi. Tapi duit yang tak ada.

Sebab sejak belajar di Kolej Shahputra untuk program Diploma, dan kemudian sambung Ijazah Sarjana Muda di UIA, duit simpanan dalam Tabung Haji banyak dikeluarkan.

Dikeluarkan untuk bayar yuran belajar, beli laptop, perbelanjaan harian dan sebagainya. Masa tu memang poket tengah kering sangat. Duit pun cukup-cukup je. Saya tak ambil PTPTN untuk sambung belajar.

Duit daripada dekat RM10 ribu, tinggal RM1350 sahaja sebab banyak dah dibelanjakan.

3. 2017 – Sudah Bersedia Pergi Haji

pengalaman naik haji muda

Pada bulan Januari 2017, ketika itu saya masih lagi berkerja di sebuah syarikat pengurusan acara.

Saya tulis sepucuk surat rayuan peruntukan semula untuk pergi Haji.

Kenapa ‘Peruntukan Semula?’

Sebab saya dah pernah dijemput untuk pergi Haji pada tahun 2012 yang lepas.

Tapi kuota pada tahun tersebut saya terpaksa lepaskan atas sebab yang telah dinyatakan sebelum ini.

Sejak tahun 2016 lagi saya dah mula menyimpan semula duit untuk pergi Haji.

Masa tu alhamdulillah, bisnes part-time yang saya buat makin menjadi.

Duit untuk pergi Haji sempat dikumpul sebanyak RM10,000 lebih.

Setiap kali dapat untung lebih je, simpan terus dalam Tabung Haji dan tidak diusik.

Tips: Simpan duit pergi Haji cepat-cepat. Jangan bertangguh dan jangan boros.

Duit untuk pergi Haji dikumpul penuh dalam akaun Tabung Haji pada awal tahun 2017.

Pada tahun-tahun sebelumnya ada juga tulis emel Peruntukan Semula untuk pergi Haji, tapi diletakkan tarikh untuk tahun seterusnya.

Tabung Haji reply pada emel tersebut dengan menyatakan bahawa rayuan hanyalah dibenarkan untuk tahun semasa, bukan tahun akan datang.

Tips: Buat surat rayuan pergi Haji hanya pada tahun yang kita nak pergi Haji

4. Hantar Surat Rayuan Haji

pengalaman naik haji muda

Surat rayuan peruntukan semula pergi Haji telah saya hantar pada bulan Januari 2018.

Saya hanya hantar melalui emel sahaja. Tak hantar surat fizikal pun.

Tapi kalau nak buat cara lebih bersungguh, cuba buat semua cara:

a. Emel

b. Hantar surat kepada pejabat Tabung Haji

c. Pergi HQ Tabung Haji untuk hantar surat rayuan

d. Hantar faks

e. Follow up dengan kerap dengan pihak Tabung Haji, tanya status rayuan

Surat rayuan Tabung Haji itu saya emel ke emel berikut: th-info@lth.gov.my

Surat fizikal pula boleh dihantar ke alamat berikut:

Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat tersebut adalah seperti berikut:

Daripada:

Wan Ahmad Fadhil bin XXXXX XXXXX,
+6 013 991 6967,
(Alamat Rumah).

Kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Tuan/Puan, 19.01.2017

PER: RAYUAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI BAGI PENDAFTAR YANG PERNAH

DIPANGGIL HAJI

Saya merupakan pendaftar haji yang berdaftar pada tarikh 10 Ogos 2003 dan telah dipanggil untuk menunaikan ibadah haji oleh pihak Tabung Haji pada tahun 2012 (1433 Hijrah).

Namun pada tahun tersebut, saya tidak dapat memenuhi panggilan haji pada tarikh tersebut kerana saya masih lagi menyambung pengajian saya pada tahun ke-2 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..

Semasa menerima surat panggilan haji pada tahun tersebut, saya tidak membalas surat tersebut semula kepada pihak Tabung Haji menyatakan tangguhan untuk melaksanakan ibadah haji.

Oleh itu, selaku seorang pendaftar haji saya ingin membuat rayuan untuk peruntukan semula tarikh untuk menunaikan ibadah haji. Tarikh yang dicadangkan adalah pada tarikh berikut:

Tahun 1438 Hijrah/2017 Masihi

Dilampirkan butir peribadi saya seperti berikut:

Nama penuh: WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXXX
No kad pengenalan: XXXXXXXXXX
No akaun TH: XXXXXXXXX
No daftar: XXXXXXXXXX
Tarikh diperuntukkan: 1433 Hijrah/2012 Masihi
No telefon: +6 013 xxxxxxxx

Timbang rasa pihak Tuan/Puan sangat dihargai. Saya akhiri dengan ucapan jazakumullahu khairan jazaa’.

Yang benar,

………………………….

WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXX

Surat ini anda boleh download di sini.

Contoh Surat Rayuan Pergi Haji

5. Dapat Tawaran Haji 2 Minggu Sebelum Berlepas

pengalaman naik haji muda

Sebenarnya masa hantar surat rayuan pergi Haji tu, saya langsung tak expect yang saya akan diterima pergi Haji.

Saja hantar sebab nak cuba nasib, mana tahu tahun 2017 boleh pergi Haji.

Walaupun masa discuss dengan isteri, saya dah plan elok-elok yang saya nak pergi Haji pada tahun 2018.

Sebab pada tahun 2016 anak kedua saya baru sahaja lahir.

Rasa macam tak sesuai nak pergi Haji tahun 2017.

Tapi entah mengapa, jiwa ni memberontak rasa nak sangat pergi ke Masjidil Haram sebab dah lama memendam rasa untuk berada di hadapan Ka’bah.

Sebab tu surat rayuan peruntukan Haji tu saya hantar juga pada Januari 2017.

Beberapa bulan kemudian pada bulan Syawal, masa tu saya dan keluarga berada di Brunei untuk ziarah keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kembali sahaja dari Brunei, pada 16 Julai 2017 mak saya call maklumkan yang saya dah diterima untuk pergi Haji pada tahun 2017.

Perasaan saya pada waktu tu tak tahu nak cakap macam mana.

Mak dan ayah pun call terburu-buru masa tu sebab katanya kalau saya tak reply surat tu selewatnya 18 Julai 2017, tawaran tersebut dibatalkan.

Rupanya surat tu boleh jadi dah lama sampai sebab pada minggu sebelumnya, saya dan keluarga berada di Brunei.

Masa tu saya ada masa 2 hari sahaja untuk buat keputusan.

Masa tu rasa susah sangat nak buat keputusan. Rasa berat sangat hati nak tinggalkan anak-anak yang masih lagi kecil ini di Malaysia.

Anak pertama berusia 2 tahun setengah, dan anak kedua belum sampai 1 tahun lagi.

Isteri pun rasa keberatan.

Masa tu tanya keluarga, tanya juga kawan-kawan rapat, tanya juga pada ustaz untuk minta pendapat.

Tempoh tersangatlah pendek.

Ada yang kata, “Tak apa tangguhkan je dulu. Pergi tahun depan masa anak dah besar sikit”

Ada juga yang kata, “Pergi je Fadhil. Ni rezeki kau. Allah yang jemput kau untuk pergi Haji. Dah berapa kali kau tolak untuk pergi Haji.”

Sahabat saya Ustaz Masri pula kata, “Kalau saya di pihak Fadhil, saya pergi je. Macam ni lah pengorbanan Nabi Ibrahim ketika meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Isma’il di Mekah tanpa meninggalkan apa-apa”

Masa dengar Ustaz Masri kata begitu, jiwa saya rasa makin kuat pulak nak pergi Haji pada tahun 2017 yang lepas.

6. Istikharah: Terima Tawaran Pergi Haji

pengalaman naik haji muda

Masa ni berjumpa dengan Ustaz Abdullah Bukhari. Beliau hadiahkan saya karyanya Ceritera Haji Wartawan al-Quran. Saya sempat habiskan bacaan sebelum berangkat. Pada saya, buku ini anda ‘wajib’ ada dan baca!

Selesai berbincang dengan keluarga, rancang pengurusan anak yang akan di Malaysia dan sebagainya, lalu saya buat keputusan untuk pergi juga.

Lalu kami beristikharah, mohon kepada Allah agar pilihan yang kami ambil ini adalah yang terbaik.

Maka pada hari Selasa berikut, saya pergi ke pejabat HQ Tabung Haji di Jalan Tun Razak untuk mengesahkan penerimaan tawaran untuk pergi Haji.

Di pejabat HQ Tabung Haji, saya perlu pergi ke tingkat 30 dan ground floor untuk mengesahkan pendaftaran tersebut.

Dokumen yang perlu dibawa akan dikongsikan dalam poin yang seterusnya.

*Surat Tawaran Haji saya tak dapat nak bawa sebab surat tu ada di rumah parents. Memang tak sempat nak hantar dah dari kampung ke KL sebab waktu sangat singkat. Tapi boleh minta di pejabat Tabung Haji untuk tolong print kan satu set.

Selesai urusan di tingkat 30 dan di tingkat Ground Floor, Tabung Haji menyerahkan kepada kami beberapa dokumen seperti surat pengesahan penerimaan tawaran, buku putih Tabung Haji, surat untuk urusan medical check up dan lain-lain lagi.

Disebabkan tarikh nak pergi Haji tu tinggal 2 minggu sahaja, beratur di pejabat Tabung Haji tu agak mengambil masa panjang.

Pergi keluar ke pejabat Tabung Haji awal pagi, dekat pukul 4 petang baru balik rumah.

Letih jugak. Fuhh.

7. Rayuan Untuk Pasangan – Isteri

pengalaman naik haji muda

Semasa saya hantar surat terima tawaran Haji, pada masa sama saya dah siap-siap bawa surat rayuan untuk bawa pasangan ikut sekali pergi Haji.

Perkara ni saya dah study sebelum ni.

Memang banyak dah research kat Google.

Ada pelbagai blog yang share mengenai rayuan untuk bawa isteri atau keluarga terdekat untuk turut ikut sama pergi Haji pada tahun yang sama.

Saya beriya-riya nak bawa isteri ikut sebab dalam otak dah terfikir.

“Kalau bukan sekarang bawa isteri aku, bila lagi? Bila lagi dia akan ada mahram untuk turut serta pergi Haji?”

Itu yang buat saya rasa penting sangat untuk kami pergi bersama.

Tidak dinafikan, emosi pada masa itu sangat berat.

Ikutkan, isteri saya memang dalam dilema sebab anak kami yang ke-2 masih kecil lagi.

Saya akan cerita dalam poin yang seterusnya nanti.

8. Dokumen Yang Perlu Disediakan

Antara dokumen yang saya bawa pada termasuklah:

  1. Buku Tabung Haji
  2. IC
  3. Surat rayuan untuk bawa mahram (untuk apply untuk) – 2 salinan
  4. Sijil Nikah (untuk apply untuk pasangan) – 2 salinan

Surat rayuan bawa mahram dan sijil nikah hanya perlu dibawa jika anda ingin bawa pasangan anda turut sama pergi menunaikan ibadah Haji.

Sijil nikah (dan surat rayuan) tersebut perlu ada cop tandatangan daripada Jabatan Agama Islam.

Saya sarankan, sebelum anda serahkan dokumen kepada Tabung Haji. Dapatkan dahulu cop pengesahan dan tandatangan daripada pegawai agama yang bertauliah supaya anda tak perlu buat kerja banyak kali seperti saya.

Cop dan tandatangan tersebut adalah cop dan tandatangan pengesahan Mahram.

8. Medical Check Up & Injection

pengalaman naik haji muda

Haa, antara fasa penting sebelum pergi Haji adalah wajib untuk kita buat medical check up di hospital atau klinik.

Untuk medical check up dan injection ni, ikutkan ada 2 pilihan.

Sama ada korang nak pergi yang kerajaan atau swasta.

Paling mudah sekali, pergi ke ke klinik atau hospital swasta.

Habis cerita.

Sebab tak perlu nak tunggu berhari-hari untuk dapatkan check up.

Cuma kosnya pun boleh tahan. Paling murah sekitar RM200 seorang.

Untuk warga emas pula, biasanya mereka akan ambil pakej injection yang lebih mahal sebab nak vaksin lebih.

Tapi kalau nak save bajet, pergi je ke klinik kerajaan.

Call je klinik kesihatan, poliklinik atau hospital terdekat. Tanya, pusat kesihatan mana yang boleh buat check up untuk pergi haji dan injection.

Klinik atau hospital kerajaan ni free je kalau kita nak dapatkan medical check up dan injection Haji.

Kalau 2 orang, dah jimat RM400 kat situ.

Dalam kes saya, saya pergi ke Pusrawi dan bayar sekitar RM200.

Isteri pula pergi ke klinik kerajaan. Dapat rawatan percuma.

9. Persediaan Ilmu – Kursus Ringkas

pengalaman pergi haji muda

Ini adalah bahagian yang paling penting. Sebelum pergi Haji, korang wajib belajar asas Feqah Haji tau.

Sebab, diterima atau tidak Haji kita ni adalah berdasarkan ilmu.

Kalau rukun Haji tak tahu, wajib Haji pun tak tahu, bahkan kita buat pula perkara yang menyalahi rukun Haji maka Haji kita tidak diterima.

So, kalau boleh pergi lah ke kursus Haji yang disediakan oleh Tabung Haji.

Tiap-tiap tahun ada sahaja kursus Haji di seluruh Malaysia.

Tapi, kes kami pula agak berbeza.

Sebab kami dapat panggilan Haji 2 minggu sebelum berlepas.

Memang tak pernah pergi kursus Haji pun sepanjang hidup.

Umrah pun tak pernah pergi, inikan pula Haji.

So, pada masa tu saya cari ustaz yang boleh bimbing untuk bagi kursus ekspress Haji.

Ayah dan mak mertua pun tersangatlah supportif.

Hari-hari mereka pula yang bersemangat nak ajar kami ilmu dan pengalaman mereka pergi Haji sebelum ni.

Kadang-kala terasa lucu juga, kami yang nak pergi Haji bahkan mereka pula yang bersemangat lebih.

Pastikan sebelum pergi Haji tu, dapatkan buku-buku rujukan Haji.

Kalau boleh, bawa satu bersama kita untuk dijadikan panduan semasa berada di Tanah Suci.

Bila ada keraguan ataupun terlupa, boleh rujuk terus buku atau jumpa terus ustaz pembimbing Haji di Maktab kita di Tanah Suci nanti.

pengalaman pergi haji muda

10. Persediaan Untuk Tinggalkan Anak

pengalaman pergi haji muda

Anak-anak kami yang perlu ditinggalkan ada 2 orang.

‘Abdurrahman yang berusia 2 tahun setengah dan Hafsah yang berusia 11 bulan.

Hafsah masih lagi breastfeeding.

Dan saya seorang yang berkerja dari rumah, isteri pun surirumah sepenuh masa.

Tak pernah kami tinggalkan anak-anak untuk tempoh yang lama.

Namun kali ini, terpaksa saya dan isteri tinggalkan mereka untuk tempoh 45 hari.

So, ini antara perkara yang perlu aku dan isteri sediakan sebelum berangkat pergi Haji

a. Cari Ibu Susuan

Ini antara part yang mencabar. Sebab anak kedua kami masih lagi menyusu badan.

Memang tak pernah sehari pun tak menyusu.

Untuk situasi kami, memang agak unik sikit. Sebab ada beberapa orang ibu susuan yang sudi membantu.

Dan pada masa sama, ada seorang ibu susuan yang sudi membekalkan susu simpanan stok beku.

Kami sendiri memang tak ada stok susu beku sebab isteri saya memang di rumah full time, memang tiada keperluan untuk menyimpan sebelum ini.

Ibu susuan ni kita boleh tanya pada keluarga terdekat atau rakan-rakan terdekat.

Kalau tak ada keluarga atau kawan yang sedia jadi ibu susuan atau bekalkan susu beku, boleh juga cari di Facebook Groups.

Pasti ada sahaja yang sudi memberikan lebih susu beku yang mereka ada.

Stok susu ini perlu diberikan kepada penjaga anak kita kelak supaya mereka dapat memberi mereka susu badan.

Kami pilih supaya anak kami tetap minum susu breast milk sahaja atas alasan tersendiri.

Jika anda ingin memberikan susu dalam tin dan sebagainya juga tiada masalah.

b. Cari Penjaga

Kedua-dua orang anak kami perlu dijaga di kampung.

Pada asalnya, cadangan kami adalah untuk mereka kedua-duanya dihantar ke rumah ibu bapa saya, atau ibu bapa mertua saya.

Ini adalah keputusan yang paling sukar dan paling ‘emosional’ kerana anak-anak masih lagi kecil.

Bagi mengurangkan beban kedua-dua belah pihak, kami buat keputusan untuk hantar ‘Abdurrahman ke rumah ibu bapa saya, dan Hafsah ke rumah ibu bapa mertua saya.

Berpisah dua negeri.

Anak pertama dijaga oleh ibu bapa saya.

Anak kedua pula dijaga oleh adik ipar saya yang sedang cuti semester di UIA pada ketika itu.

c. Sediakan Wang Secukupnya

Berapa wang yang secukupnya itu?

Tepuk dada tanya bajet.

Kalau nak pergi Haji tu, pastikan kita ada lebihan duit yang mesti ditinggalkan untuk anak-anak kita supaya kelak kita tidak menyusahkan orang yang menjaga mereka.

d. Sediakan Pakaian dan Pampers

Pampers dan pakaian perlu disediakan secukupnya.

Pampers sebolehnya sediakan sekitar 4 atau 5 pek untuk seorang.

e. Sediakan Dokumen Penting

Dokumen penting yang perlu disediakan adalah kad MyKid, pasport dan surat beranak.

Jika ada buku rawatan juga boleh diserahkan kepada penjaga.

f. Sediakan Makanan Dan Resipi Masakan

Makanan juga perlu disediakan untuk anak-anak.

Anda sendiri tahu apa yang mereka makan.

Seperti kami sendiri, kami sediakan makanan home made frozen dan juga beberapa perencah organik segera bagi memudahkan penjaga anak-anak kami berikan mereka makan.

g. Wasiat

Apa yang anda nak wasiatkan untuk anak-anak?

Apa yang anda harapkan?

Dan apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran anda yang anda rasa penting, maka tuliskan ia dan berikan kepada penjaga anak-anak kita.

h. Jangan Harap Kesempurnaan

Jangan sesekali kita harap kesempurnaan apabila anak kita dijaga oleh orang lain selain daripada kita.

Ini kerana cara pembawaan setiap orang adalah berbeza.

Kita sendiri akan merana bila kita terlalu mengharapkan kesempurnaan, terlalu mengharapkan segalanya berlaku ikut cara yang kita mahu.

i. Tawakkal

Setelah selesai kesemua di atas, maka bertawakkal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia lah yang menguasai dan mengatur segala sesuatu.

Kerana hakikatnya yang menjaga anak kita bukanlah para penjaga tersebut, bahkan Allah-lah yang akan menjaga mereka.

Serahkan dan bulatkan tawakkal kita sepenuh hati kita dan serahkan segala urusan kita kepada Allah.

Nescaya jiwa kita akan sentiasa tenang semasa di Tanah Haram kelak.

Jangan risau, nanti masa di Mekah dan Madinah boleh je video call anak-anak.

11. Barang Yang Perlu Dibawa Ke Tanah Suci?

Kalau kita teliti dalam Google dan pelbagai blog, sangat banyak barang yang dicadangkan untuk dibawa ke Tanah Haram. Namun, saya sendiri ada cadangan tersendiri apa barang yang boleh dibawa untuk pergi Haji.

Antaranya:

Lelaki

  • Wang: SR1000 untuk Haji (Ikut kemampuan)
  • T-Shirt – 2 atau 3 helai
  • Baju dalam – 2 atau 3 helai
  • Kain Ihram – 1 set memadai
  • Towel Kecil – 2
  • Tower Besar – 1 (saya guna brand Decalthon, cepat kering)
  • Jubah – 1 (Di Mekah boleh beli lagi)
  • Seluar – 2
  • Seluar Dalam – 5 atau 6
  • Kain Pelikat – 2
  • Hangar – 3 hingga 5 batang
  • Sabun – 1
  • Berus & Ubat Gigi – 1 atau 2
  • Pencuci Muka & Toileteries – Secukupnya
  • Pisau Cukur – Beberapa batang
  • Extension Cable – 1
  • Universal Plug – 1
  • Charger Telefon – 1
  • Power Bank – 1
  • Selipar – 1
  • Beg Ikea – 1 (mudah nak angkat baju cucian)
  • Gunting Kecil – 1
  • Cable Tie – Sedikit
  • Uncang Kasut – 1
  • Mesin Rambut – 1 (kalau nak shave sendiri)
  • Stokin – 1
  • Yoga Mat – 1 (boleh beli di Decalthon yang ringan. Guna semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina)
  • Tali Pinggang Ihram – 1 (saya tak pakai)
  • Sleeping Bag – Selesa untuk tidur di hotel dan di Arafah, Muzdalifah & Mina)
  • Ubat-Ubatan
  • Minyak Angin Cap Kapak – 1
  • Minyak Urut – 1
  • Ketip Kuku – 1
  • Sejadah Kecil – 1
  • Pen Marker – 1
  • Botol Air – 1
  • Spray Wudhu – 1
  • Buku Nota & Pen – 1
  • Buku Doa – 1
  • Al-Quran – 1
  • Nescafe – 1 Paket (ikut keperluan)
  • Senarai Doa (Tulis sebelum berangkat ke Mekah)
  • Buku Panduan Haji – 1
  • Makanan Tambahan – Terserah ikut keperluan (Seperti Sambal kering, serunding, sos cili dan sebagainya)

*Saya bawa sambal kering untuk hilangkan muak makanan di sana.

Wanita

Hampir sama seperti di atas. Tambahan seperti berikut:

  • Telekung – 2 set
  • Tudung – 3 Pasang
  • Anak Tudung – 4 helai
  • Losyen dan Rawatan Kulit – Secukupnya
  • Baju Dalam Wanita – 6 helai
  • Jubah – 3 helai
  • Abaya – 3 helai
  • Kain Dalam – 4 helai
  • Stokin – 5 pasang
  • Lampin Wanita – Secukupnya
  • Sarung Tangan – 3 helai
    Kain Batik – 2 helai
  • Bag Pack – Saiz sederhana (Jangan bawa yang besar, tak boleh bawa masuk masjid)
  • Pam Susu – 1 (untuk ibu yang menyusukan anak)
  • Plastik Milk Storage – Secukupnya untuk 45 hari
  • Ice Pack – 1 atau 2 (untuk susu)

11a. Wang Untuk Dibawa Ke Mekah & Madinah

Untuk jemaah Muassasah Tabung Haji, anda tak perlu bawa terlalu banyak wang ke Mekah & Madinah. Sekitar SR1000 ke SR2000 mencukupi.

Namun, sebaiknya simpan duit anda dalam akaun Tabung Haji yang selebihnya jika perlu untuk dibelanjakan di Tanah Suci.

Ini kerana di Mekah dan Madinah, terdapat pusat-pusat Maktab yang mana kita boleh keluarkan duit kita dari akaun Tabung Haji di sana.

Buku Tabung Haji tak diperlukan untuk keluarkan duit. Hanya gunakan tag nama yang diberikan oleh pihak Tabung Haji sahaja untuk keluarkan wang di pusat Maktab Tabung Haji di sana. Mudah sahaja.

12. Dah Dapat Tarikh Penerbangan, Isteri Belum Dapat.

pengalaman haji muda

Selepas beberapa hari saya hantar surat pengesahan pergi Haji di Tabung Haji Jalan Tun Razak, saya telah menerima surat pengesahan tarikh penerbangan ke Mekah.

Pada kertas itu tertulis: XY18B

Yang mana tarikh penerbangan pergi adalah pada 2 Ogos 2017 ke Jeddah.

Tarikh penerbangan pulang pula adalah pada 15 September 2017 dari Madinah.

Ini bermakna, saya perlu berihram di dalam kapal terbang kerana saya masuk ke Mekah terlebih dahulu dan perlu ber-miqat di Qarn al-Manazil.

Saya akan berada di Tanah Haram selama 45 hari.

Satu nikmat tidak terhingga kerana dengan Tabung Haji, perbelanjaan sekitar RM10,000 yang dibayar kepada Tabung Haji boleh menampung hampir keseluruhan kos kita sepanjang berada di sana.

Selebihnya subsidi ditanggung oleh kerajaan.

Sepanjang tempoh nak menunggu tarikh penerbangan, saya kerap juga telefon pejabat Tabung Haji dan pergi ke Tabung Haji cawangan Batu Caves untuk tanya status terkini pendaftaran isteri saya.

Tempoh menunggu tidak terlalu lama. Juga dalam minggu yang sama isteri saya sudah menerima tawaran pergi Haji bersama mahram.

Alhamdulillah, kerana sepatutnya isteri saya berlepas lagi 90 tahun daripada sekarang.

Namun rezeki beliau boleh pergi bersama saya.

Untuk surat peruntukan pergi Haji mengiringi Mahram, anda boleh dapatkan format surat itu di sini:

Daripada:

Wan Ahmad Fadhil bin XXXXX XXXXXX,
+6 013 991 6967,
(Alamat).

Kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Tuan/Puan, 16.07.2017

PER: RAYUAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI BAGI PENDAFTAR YANG PERNAH DIPANGGIL HAJI

Saya merupakan pendaftar haji yang berdaftar pada tarikh 10 Ogos 2003 dan telah dipanggil untuk menunaikan ibadah haji oleh pihak Tabung Haji pada tahun ini, 2017.  Saya telah menerima surat tawaran yang menyatakan saya terpilih untuk menunaikan ibadah haji bagi musim haji 1438H mengikut no rujukan JH***/***/1 JLD.12(**) pada surat tersebut.

Namun saya mempunyai isteri yang telah mendaftar haji dan mempunyai kewangan yang mencukupi, sihat tubuh badan dan bersedia untuk untuk turut serta bersama saya. Kami ingin mengambil kesempatan ini kerana saya merupakan mahram sah bagi beliau.

Oleh itu, selaku seorang pendaftar haji saya ingin membuat rayuan untuk peruntukan mempercepatkan tarikh untuk menunaikan ibadah haji bagi isteri saya bagi tahun ini.

Tahun 1438 Hijrah/2017 Masihi

Dilampirkan butir peribadi isteri saya seperti berikut:

Nama penuh: **** *****
No kad pengenalan: *******
No akaun TH: *******
No daftar: *******
Tarikh diperuntukkan: 1519H / 2096M

Timbang rasa pihak Tuan/Puan sangat dihargai. Saya akhiri dengan ucapan jazakumullahu khairanjazaa’.

Yang benar,

………………………….

WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXX

Copy dan paste sahaja surat ini dan serahkan kepada pejabat Tabung Haji.

Hanya hantar surat ini jika anda sudah confirm dapat pergi Haji pada tahun ini.

13. Hari Perpisahan – Penerbangan Ke Mekah

pengalaman pergi haji muda

Hari perpisahan kami semua adalah pada 2 Ogos 2018.

Hari ini adalah hari yang sangat menghibakan dan membuatkan ramai ahli keluarga menangis.

Penerbangan kami dijadualkan pada waktu malam dan kami perlu berdaftar di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada pada jam 5.00 petang.

Ibu bapa saya telah rancang untuk kembali ke kampung halaman pada jam 12.00pm.

Segala barangan sudah disediakan.

Pakaian dan pampers anak-anak pun sudah siap.

Duit pun sudah diberikan kepada mereka.

Masuk jam 12.00pm, saya berikan kunci kereta saya kepada mereka untuk dibawa pulang ke kampung.

Anak kami yang ikut pulang ke Kuantan adalah ‘Abdurrahman, anak sulung yang baru berusia 2 tahun setengah.

Masa tu, saya ingat lagi. Dia masih lagi seolah-olah bayi yang baru nak besar.

‘Abdurrahman masa tu dah nak tidur.

Masa kereta ingin diundurkan, mata isteri dan mertua saya sudah kemerah-merahan menangis tidak tahan lagi emosi sebab ini kali pertama kami lepaskan anak kami bagi tempoh yang sangat panjang.

Bahkan, kedua-dua anak kami pula terpaksa dipisahkan.

Selepas solat Zuhur di masjid, saya pulang ke rumah dan sudah bersiap sedia untuk pergi ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk daftar diri.

Setibanya kami di Kelana Jaya, suasana di sana tersangatlah ramai orang.

Sesak yang teramat sangat.

Semua orang nak hantar keluarga mereka pergi Haji.

Kelibat warga emas adalah yang paling ramai dalam keadaan sudah berihram dan bertelekung putih.

Saya pada masa tu masih lagi pakai T-Shirt dan seluar 3 suku. Huhu.

Kami tiba di pejabat Tabung Haji pada jam 3.30pm.

Pada masa tu, saya dan isteri nak daftar dah di kaunter pendaftaran tapi pegawai tidak izinkan daftar lagi sebab waktu pendaftaran kami yang telah dijadualkan adalah pada jam 5.00pm.

Oleh itu, tempoh 1 jam setengah itu kami habiskan untuk menunggu dan pada masa sama, keluarga terdekat juga datang untuk menziarahi kami.

Kami menunaikan solat Asar di surau Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Jangan risau, surau memang besar. Cuma tandas di sana sahaja yang agak limited.

Kalau boleh, selesaikan dahulu ‘hajat’ anda sebelum pergi ke sana sebab dikhuatiri tandas sangat ramai orang dan anda pun susah nak buang air di sana.

Ingat, antara ujian terawal anda untuk pergi Haji adalah semasa di Kompleks Tabung Haji tau.

Sebab dalam keadaan orang yang terlampau ramai, keadaan yang agak panas, anda akan mudah rasa stres dan rimas.

Itu baru di Kompleks Tabung Haji, belum lagi ke Masjidil Haram atau ke Arafah.

Proses yang perlu dilalui semasa di Kompleks Tabung Haji akan diceritakan pada poin yang seterusnya.

pengalaman pergi haji muda

Kami dipanggil masuk check in sekitar jam 6.30pm.

Masa tu pula, perasaan sedih datang sekali lagi kerana nak tinggalkan anak kedua kami yang masih kecil berusia hampir 11 bulan.

Masa kami nak pergi tu, suasana semakin hiba. Masa tu keluarga mertua dan adik beradik ipar yang ramai ada di sana.

Ramai antara mereka yang matanya sudah kemerah-merahan dan bergelinangan air mata. Mungkin sebab rasa sebak sangat.

Ayah mertua yang nampak gagah pun, first time saya tengok air mana menitis airmatanya.

Ibu-ibu mertua saya pula sudah teresak-esak (bukan saya ada 2 orang isteri tau, tapi isteri saya ada 2 ibu). Adik-adik ipar pun sama juga.

Semua melihat kepada Hafsah yang masih kecil itu.

Dia seolah-olah tak faham apa-apa, langsung tidak menangis. Bila saya dan isteri memeluknya pun, dia seolah-olah okay sahaja.

Mungkin itu antara ketenangan yang Allah turunkan kepada kami supaya tidak terlalu bersedih dan beremosi untuk tinggalkan anak-anak dan keluarga di Malaysia.

Alhamdulillah kedua-dua anak kami seolah-olah sudah bersedia untuk ditinggalkan di Malaysia.

Teringat pula kisah Nabi Ibrahim ketika baginda diwahyukan untuk meninggalkan anak dan isterinya di Mekah. Pada waktu itu, bandar Mekah pun belum wujud lagi. Sungguh tinggi tawakkal Nabi Ibrahim kepada Allah.

Saya harap agar anda semua kerap berdoa untuk diberikan kekuatan hati untuk tinggalkan keluarga di Malaysia.

Dan usahalah untuk baca dan tadabbur kisah Nabi Ibrahim dan sirah Rasulullah supaya kita dapat menghayati ibadah kita sepanjang kita berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

14. Kompleks Tabung Haji

pengalaman pergi haji muda

Jam 5.00pm di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, kami perlu pergi ke kaunter pendaftaran untuk daftar diri pergi Haji.

Masa ni memang ramai sangat orang. Hanya jemaah Haji sahaja yang boleh beratur. Selain daripada itu, semua orang lain tak boleh masuk walaupun untuk menemani jemaah Haji.

Sebelum masuk untuk daftar, pastikan semua dokumen kita sudah dibawa seperti pasport, buku perubatan dan lain-lain lagi.

Dan waktu pendaftaran wajib ikut waktu yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji.

Tak boleh lambat. Dan tak boleh awal sangat. Nanti pegawai tak bagi masuk.

Semasa daftar, jangan terkejut kalau staf Tabung Haji mula panggil anda ‘Haji’.

Rasa kekok pula, tiba-tiba orang panggil kita Haji. Haha.

Okay, lepas kita serahkan dokumen kita untuk diperiksa, segala dokumen kita akan diserahkan kembali kepada kita.

Selepas itu, staf Tabung Haji akan berikan kepada kita 2 buah beg, gelang tangan, name tag dan beberapa barangan untuk dibawa bersama ke Mekah nanti.

1 beg 5 Kg dan satu beg sandang.

Beg 5 Kg tersebut isinya kosong sahaja. Biasanya akan digunakan masa pergi ke Arafah nanti.

Tapi beg sandang tu pula ada banyak barang yang diberikan. Antaranya, ada kain kanvas multipurpose, spray antiseptic, topeng muka dan beberapa barang lain. Saya pun tak berapa ingat barang apa lagi yang diberikan.

Name tag dan gelang Haji tu wajib pakai terus. Jangan bertangguh.

Dan untuk jemaah Haji lelaki muda, jangan ego sangat nak tukar ihram dalam kapal terbang.

Pakai je terus kain Ihram satu set sebelum naik bas pergi KLIA.

Saya dulu pakai kain ihram bawah sahaja dan pakai T-Shirt sebelum masuk kapal terbang.

Ingatkan mudah kerja kita nanti, bahkan cara macam ni akan susahkan kita bila nak bertukar pakai kain Ihram semasa dalam kapal terbang.

Pakai je kain Ihram lengkap terus.

Nanti sebelum kita masuk check in dalam bangunan Tabung Haji, kita kena letak beg yang nak dimasukkan dalam kargo di yang telah disediakan. Manakala beg sandang kita boleh dibawa terus.

Air dan barang-barang tajam (seperti gunting dan pisau) tak boleh bawa dalam bag pack, sebab nanti air tu kena buang dan barang tajam kita pun kena rampas. Rugi sahaja kalau buang.

Sediakan spray wudhu, sejadah mini dan kompas kiblat (kalau ada jam kiblat lagi bagus) sebab kena expect nanti di tandas ada ramai sangat orang dan mungkin kita kena solat di tempat lain selain surau.

Okay, sambung cerita.

Lepas barang dah dihantar dan kita dah dipanggil masuk untuk check in, itulah masa untuk berlepas pergi.

Masa ni Tabung Haji pasang audio Talbiyah yang sangat sentimental dengan speaker besarnya.

“LabbaikAllahumma Labbaik, Labbaika Laa Syarikalaka Labbaikk. Innal Hamda Wa Ni’mata Laka Wal Mulk La Syarikalak”

Saya cuba nak tahan menangis pada waktu ni sebab dah mula terkenang dekat anak-anak.

Masa masuk je dalam bangunan Tabung Haji, jemaah Haji kena beratur untuk serahkan pasport kepada imigresen manakala bagasi pula perlu ditimbang.

pengalaman pergi haji muda

Dah malam, pukul 7 lebih pada waktu ni.

Tanya pada staf, boleh tak nak solat kejap. Staf Tabung Haji kata

“Tak boleh solat lagi kat sini. Nanti solat di KLIA sahaja jama’ Ta’khir”.

Kami pun akur sahaja.

Nasihat saya, jangan minum air kerap sangat, siap-siap pergi tandas untuk tunaikan hajat buang air besar/kecil, pakai ihram lengkap dan berwudhu sebelum naik bas pergi ke KLIA.

Sebab nanti bila dah sampai KLIA, semua orang berebut nak ke tandas dan nak berwudhu’.

Masa tu juga semua orang nak berkejar untuk solat. Nanti kita yang terlambat masuk kapal terbang.

Kesannya kalau lambat masuk kapal terbang nanti, kita tak boleh nak pilih tempat duduk di lokasi yang strategik.

Baik. Saringan kedua, bag pack kami di scan oleh pihak Kastam sebelum naik bas. Gunting saya dirampas. Sedih betul sebab gunting tu diperlukan nanti untuk bertahallul nanti.

pengalaman pergi haji muda

Bersama Abang Nabil

Kemudian barulah kami semua naik ke dalam bas.

Bas yang bawa kita tu nanti akan di-escort oleh motor-motor dan kereta-kereta polis sepanjang jalan tau.

Fuh, memang rasa macam VVIP. Langsung tak ada berhenti untuk tunggu traffic light dan sebagainya.

Kalau jalan tengah jam pun kita tersenyum sahaja sebab bas dibawa dengan lajunya.

Masa dalam bas tu, banyakkan berzikir kepada Allah.

Dalam kita menginsafi perpisahan kita dengan keluarga, syukuri nikmat yang kita sudah dipilih oleh Allah untuk pergi Haji.

Sebab, dalam dunia ni tak semua orang direzekikan untuk pergi Haji. Ada orang yang berduit atau tidak pun, kalau Allah tak izinkan dia tak akan dapat pergi.

Bila seseorang itu dapat panggilan Haji, maka yakinlah itu semua jemputan direct daripada Allah Ta’ala.

pengalaman pergi haji muda

Setibanya kami ke KLIA, kami semua tak masuk kapal terbang terus.

Maka inilah peluang terbaik untuk kami pergi solat dulu.

Masa ni, saya dan isteri tiada wudhu. Dan spray air pun tidak berisi sebab kena buang air sebelum naik bas.

Ramai betul orang serbu masuk ke dalam tandas.

Memang chance nak masuk tandas awal tu agak tipis.

Kami suami isteri antara yang lambat masuk kapal terbang, bagi peluang dekat warga emas dulu untuk ke tandas.

Masa ni, jemaah Haji perlu solat dalam KLIA di ruang menunggu atau kalau terlambat, kena solat dalam kapal terbang.

Saya ni tak berapa gemar nak solat dalam kapal terbang. Rela solat dulu sebelum masuk kapal terbang.

Kami solat di kawasan laluan orang, namun alhamdulillah ada bawa sejadah mini. Boleh solat terus walaupun tengah jalan.

Tapi yang menyedihkan sebab pada awalnya, saya tersilap kiblat. Huhu.

Lepas solat, kami terus masuk dalam kapal terbang.

Kapal terbang yang kami naiki bukanlah seperti yang dinaiki oleh ramai orang lain.

Standard kapal terbang yang biasa kita dengar jemaah Haji naiki adalah seperti Malaysia Airlines, Emirates dan sebagainya.

Kami naik kapal terbang biasa sahaja, tempat duduk pun standard macam Air Asia yang basic tu. Agak sempit dan sakit tengkuk sebab duduk dalam 8 ke 10 jam.

Tapi, tempat duduk adalah free seating. Boleh duduk mana-mana yang kosong.

Tips yang saya nak kongsikan bila tempat duduk free seating ni adalah pilih seat yang tak jauh dengan tandas (bukan terlalu dekat) dan jangan pilih seat bahagian tengah.

Jangan terkejut kalau sampai satu masa nanti, air dalam bilik air pun habis. Ini standard tau.

Kalau perlu solat fardhu dalam kapal terbang, solat sahaja.

Pastikan kita dah belajar cara nak solat dalam kapal terbang. Cari guru agama yang kita yakini ilmunya, tanya dan yakin sahaja dengan apa yang diajar olehnya.

Boleh juga rujuk di sini: https://www.youtube.com/watch?v=tvjYsfjl7Yc

Dan satu perkara lagi, anda wajib tahu di mana Miqat untuk jemaah Haji dari Malaysia yang terus ke Mekah. Apabila sampai di kawasan Miqat, dah tak boleh ada pakaian berjahit dan kopiah di tubuh badan anda (bagi lelaki). Dan kena niat paling lewat pun semasa kita berada di Miqat.

Miqat tu apa? Nanti boleh rujuk pada ustaz anda.

Pengalaman saya ketika tiba di Jeddah dan yang seterusnya akan dicoretkan dalam siri yang akan datang, insyaAllah.

pengalaman pergi haji muda

15. Duit Perbelanjaan Sebelum Pergi Haji?

Kos Haji keseluruhan ni anda perlu kira sebelum pergi Haji.

Kalau tambang Haji RM10,000, simpanan pun cukup-cukup RM10,000 maka hakikatnya anda masih belum mampu pergi Haji.

Sebab kos Haji bukan sekadar pada tambang sahaja. Bahkan ada kos-kos lain yang perlu anda tanggung.

Saya senaraikan beberapa kos supaya dapat bantu anda buat keputusan satu hari nanti.

a. Kos Haji – RM9980. Sepatutnya kos pergi Haji lebih RM20,000. Tapi sebab ada subsidi, kita hanya perlu bayar jumlah tersebut sahaja

b. Duit Belanja – Ikut kemampuan. Paling kurang, bawalah RM1000 untuk sarapan dan beli keperluan lain. Kalau ada lebih, tak salah bawa lebih. Boleh guna untuk makan, membeli barangan, bersedekah dan sebagainya.

Dan sebaiknya, bawa sedikit wang tunai yang telah ditukarkan ke Saudi Riyal. Selebihnya simpan sahaja dalam akaun Tabung Haji.

Sebab masa di Mekah dan Madinah nanti, boleh sahaja kita keluarkan duit kita di hotel Maktab. Akan ada tempat untuk mengeluarkan duit dan akan convert terus ke Saudi Riyal.

c. Duit Anak-Anak – Boleh sediakan untuk anak-anak ikut kemampuan kita. Duit tu nanti untuk dibelanjakan oleh penjaga untuk beli keperluan anak-anak juga nanti.

d. Upah Penjaga – Bila kita dah minta tolong orang jagakan anak kita, kita pun sebolehnya bersikap ihsan dengan para penjaga. Sediakan mereka sedikit duit upah supaya mereka pun rasa gembira.

e. Kos Barang Keperluan – Seperti yang telah ditulis di atas, beberapa ratus atau ribu ringgit perlu dibelanjakan untuk beri barang keperluan sebelum berangkat.

f. Kos-Kos Lain – Kos yang biasa kita belanjakan seperti sewa rumah, bayaran bulanan kereta, takaful, internet, bil telefon, bil air dan sebagainya. Sediakan duit lebih in advance supaya kos-kos ni dapat dibayar tanpa perlu bertangguh.

Ini antara perbelanjaan yang perlu disediakan.

Nak pergi Haji ni jangan takut sangat duit akan berkurangan. Allah akan ganti balik duit kita, yakinlah.

Biasa kalau nak pergi Haji ni, ada sahaja saudara mara dan kenalan kita yang akan hulur duit.

Terima sahaja, sebab memang duit sangat diperlukan semasa di Tanah Haram nanti.

Dan orang yang memberi kepada kita memang niatnya untuk dapat pahala berinfaq bagi anda yang nak pergi Haji.

TAMAT PART 1


UMRAH SAFWAH 10 – 21 DISEMBER 2019 – PAKEJ EKONOMI (50-100M) – RM4799

Alhamdulillah, saya diamanahkan untuk membantu anda yang sedang mencari pakej UMRAH Safwah pada Disember 2019 / 1440H. Sekiranya anda sedang mencari

InsyaAllah masih ada visa tapi sangat terhad. Boleh whatsapp Hj Fadhil di sini 0139916967

UMRAH TERMURAH SAFWAH DISEMBER 2019

🕋 PAKEJ UMRAH 10-21 DISEMBER 2019 🕋

Maklumat pakej:

✅ Tiket penerbangan direct pergi-balik (AirAsia X) ✈
✅ Kenderaan sepanjang umrah
✅ Penginapan Mekah (5 hari) & Madinah (5 hari)
✅ Ziarah & Lawatan sekitar Mekah & Madinah
✅ Mutawwif berpengalaman
✅ Majlis Ilmu
✅ Air ZamZam 5L bagi setiap jemaah
✅ PERCUMA Travel Kit
✅ PERCUMA Buku Panduan Umrah
✅ Miqat Umrah 3 Kali

Tarikh Penerbangan: 10-21 Disember 2019

___

🔸 PAKEJ SUPER SAVER ➡ _Hotel Al-Jiwar setaraf (50~100m)_ – *RM4799*
🔹 PAKEJ SUPER PLUS ➡ _Hotel Safwah setaraf (50~100m)_ – *RM5299*

__

NOTA

1. Tidak termasuk Makanan & Minuman sepanjang umrah
2. Diskaun RM500 untuk bawa bayi atau kanak-kanak – kongsi katil
3. Deposit RM1000 untuk booking

Anjuran: Safwah Travel & Tours Sdn. Bhd. & DH Travel

__

📲 Whatsapp/Call: Wan Ahmad Fadhil – 0139916967 @ klik wa.me/60139916967

error: Content is protected !!