Select Page

10 Cara Paling Berkesan Halau Cicak Dari Rumah

Stres dengan tahi cicak yang ada merata dalam rumah? Tak tahan cicak ada sana sini dalam rumah? Dah cuba macam-macam cara nak halau cicak dari rumah tapi tak berjaya?

Ini adalah petua yang paling sesuai untuk anda! Sebab saya pun ada masalah yang sama sebelum ni. Namun lepas saya amalkan hampir semua cara-cara di bawah ni, cicak memang berkurangan dalam rumah.

Terasa rumah lebih bersih, alhamdulillah. Apa cara paling berkesan halau cicak dari rumah? Saya kongsikan 10 petua di bawah:

 

1. Pastikan Rumah Bersih & Buang Sisa Makanan

Ini cara yang paling asas sekali yang ramai orang tak ambil endah. Kalau rumah tak bersih, cara apa yang kita buat sekalipun pasti cicak akan datang lagi ke rumah. Kan?

Pastikan barang-barang di rumah tersusun rapi. Pastikan dapur bersih selepas memasak. Pastikan sisa makanan dibersihkan lepas makan, jangan ada yang tertinggal atas meja, karpet atau lantai. Sisa makananlah yang menjemput cicak untuk sentiasa datang ke rumah.

Bila kita bersihkan rumah dan bersihkan sisa makanan, cicak pasti akan berkurangan datang ke rumah.

 

2. Surat Khabar

halau cicak

Cara ini adalah cara paling mudah untuk kita hapuskan cicak. Ambil beberapa helai kertas surat khabar, gulungkan dan ikat.

Bila nampak cicak je, ketuk terus guna surat khabar tu. Biasanya cicak akan jatuh dari dinding dan pening sekejap. Lepas tu kita uruskan yang selebihnya untuk dibunuh atau dibuang terus dari rumah.

 

3. Kucing

halau cicak

Kucing pantang tengok cicak. Kalau ada je, mesti nak ditangkapnya sebab geram dengan cicak. Bila kita bela kucing di rumah, insyaAllah cicak akan berkurangan dalam rumah.

 

4. Getah Lastik

Getah lastik ni teknik paling klasik untuk bunuh cicak. Namun kalau sekadar guna satu gelang getah je, cicak pun akan tergelak je tengok kita. Nak buat lastik pun ada caranya tau. Rujuk je video kat bawah ni untuk belajar cara buat lastik cicak yang bagus. Yang penting ada getah je kat rumah.

 

5. Perangkap cicak

Dalam Youtube ada banyak tutorial cara nak buat perangkap cicak. Namun pilihlah tutorial cara buat perangkap cicak yang paling efektif dan mudah nak dibuat.

Saya sendiri pernah cuba buat perangkap cicak, tapi saya tak berapa gemar cara ni sebab agak leceh.

Ada juga cara buat perangkap cicak yang perlu gunakan gula dan kapas. Saya tak berapa gemar buat perangkap cicak guna cara ni sebab ia akan menjemput serangga seperti semut untuk datang ke rumah.

 

6. Nampak Cicak, Bunuh Terus

Setiap kali anda nampak cicak yang ada di rumah, bunuh terus. Kill kill kill! Jangan biarkan dia hidup. Walaupun yang kecil sekalipun, bunuh terus.

 

7. Gam Cicak

halau cicak

Kertas gam perangkap lalat juga boleh digunakan untuk dijadikan perangkap cicak. Boleh letakkan di dapur rumah anda tempat yang paling banyak cicak ada. Bila cicak lalu je pada perangkap gam cicak ni, dia akan terus melekat pada kertas gam tersebut.

halau cicak

Gam macam ni boleh beli di Lazada. Klik gambar ni, saya dah letak link.

 

8. Halang Tempat Keluar Masuk Cicak

halau cicak

Di mana tempat cicak boleh keluar masuk rumah, tutup terus. Kalau pada tingkap tu boleh letak jaring. Juga ruang keluar masuk udara di rumah pun boleh letak jaring supaya cicak tak boleh masuk ke dalam rumah.

Selain tu, anda juga boleh tutup bahagian bawah dan atas pintu rumah gunakan tape penghalang supaya cicak, lipas, serangga dan habuk tak masuk dalam rumah. Cara ini dapat kurangkan cicak dalam rumah.

halau cicak

 

9. Tangkap dan buang terus

Kalau berani tangkap guna tangan sendiri, boleh tangkap terus cicak bila jumpa. Lepas tu buang luar rumah atau terus bunuh. Cara ni dekat sama dengan cara nombor 6.

 

10. Kurangkan Serangga Dalam Rumah

halau cicak

Sumber gambar: https://kawalanserangga.blogspot.com/

Cicak ni makanannya tak lain tak bukan adalah sisa makanan dan serangga. Kalau rumah kita ada banyak serangga seperti semut dan sebagainya yang menjadi makanan cicak, usahakan untuk semua itu dikurangkan.

Nak kurangkan semut, caranya kena ikut tips nombor 1. Nak kurangkan serangga lain, perlu cara caranya yang boleh mengurangkan semua serangga tersebut.

Tak ada cara ‘paling mudah’ nak kurangkan cicak. Teknik nombor 2 guna surat khabar tu mudah. Namun semuanya berbalik kepada nombor satu iaitu kebersihan dalam rumah. Bila rumah kita kotor, cara apa yang kita guna sekalipun pasti cicak akan terus singgah ke rumah!

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: